Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.
Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.
Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.
Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.
Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.
Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
- MSTAR
Dj Epoi - Senyum Kambing...bila masing2 menafikan sebleum ini! hehehehehe
10 comments:
uhuu.. me d 1st comentor awini! sebenarnya last friday nk hntr komen nk habaq sy baru dapat email.. somebody hantar email pasal cerita 'diaorg' bdua ni.. Yg bestnya sy dah baca surat untuk akhil tu dlm blog DjEpoi... Uhuu!! Wallaweiii..... ada org copy cerita dr blog DjEpoi..
eeerrmmm...pasal "diaorg" berdua ni..mula2 mamaD suka sangat...tapi bila dah melibatkan prceraian ada anak2 pulak2..terus mamaD kureng kat "diaorg" berdua ni...tak tau la kenapa...mungkin mamaD sensitip sikit sikap "lelaki" tu kat anak2 yg berderet tu...hehheheee..doa2kan lah moga dia tak buat benda yg sama kat wahida tu kan...uuhuhuuu..
huhu.. x mau komen lebeh2 takot terjadi kat diri sendirik lak.. minta djauhkan, amin.. pe2 pun, smoga dorg bahagia, wat exwife ustaz, jg anak2 & smga tabah.. tuhan x kan uji diri kita kalo kita x mampu utk mgatasi ujianNya...
weeekkkk!!! menafikan konon dulu.. apa cita skang?? lu pk la sniri! hahaha!!! ;p
kebahagian diatas kehancuran rumahtangga orang lain.. ermm wajarkah? atleast tunggula sampai habis edah ke.. tak faham perasaan pmpuan langsung waheeda ni laa.. pastu bleh cakap lak `lantak la orang nak kata apa`..iskk mintak dijauhkan laa..hidup ni umpama roda.. skang ni dia kat atas konon2 bahagia.. sok tunggu la.. wat goes around comes around..
x suke deme ni.sekian terima kasih.
mula-mula bagai nak rak menafikan siap kuar hadis bagai..
baru 30hari , kuar citer nie plak. Apa cer nie...
takpelah, dunia nie bulat bang, wat goes around come around, yer tak!!!
Semoga berbahagia setelah menderitakan orang lain....
Emo plak kin nie.... Luahan seorang perempuan untuk perempuan jua...
betul pone, mie masa tau depa kawin pun, sengih gak sorang-sorang..sudahnyer kan..sabo jerla...
Dj Epoi......masih lagik tersenyum.....selepas melihat koworang nyer komen!!!
Ahak!!!
selamat pengantin baru....=}
Post a Comment