Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan Minda dari Seorang Sahabat!

Selamat Pagi 31 Ogos................ Salam kemerdekaan buat semua.
Entry ini Gua street away....Copy & Paste dari seorang
Usahawan Wanita Yang Gua Kagumi ngn Semangatnya................
aZZiela....
klik kat sini untuk lebih lanjut

Tak salah kan?.....barang yg baik kita sama2 kongsikan.....?

Bangun jew tidow jap tadik..........Gua tertarik ngn Entry MERDEKA ini....
Dj Epoi nyer "trade mark" pon......adalah

Apasalah Ilmu & Rezki Yang Tuhan Kasik Kita Sama2 Kongsikan

Jadik..... ENTRY ini Gua kongsikan pulak ngn koworang huhuuuuuuu.....
-------------------------------------------------------------------------


Sambutan hari kemerdekaan kali ni, barangkali tidak semeriah tahun2 yang lepas. Hormat sanjung bulan yang mulia ini dari menganjurkan sebarang konsert atau persembahan yang tidak sesuai. Bagus juga dgn tindakan sedemikian.

But, tabik springg gak kat beberapa kontijen yang difahamkan akan membuat pembarisan pagi ni. Sambutan yang sederhana ringkas akan diadakan seperti biasa di Stadium Nasional Bukit Jalil. Warghhh.... semangatnya mereka yang terlibat sungguhpun terpaksa berhadapan dgn bulan Ramadhan ni. TAHNIAH.

Bercerita tentang merdeka, sudah tentu ianya hari untuk kita memperingati saat2 manis negara bebas dari penjajah seterusnya mengambil semula hak keatas bumi Malaysia yg tercinta ini. Namun, bagi generasi kini, barangkali mereka yang lahir selepas tahun 70-an, cerita2 kemerdekaan tersebut kita perolehi dari mereka yang terdahulu, ataupun sekurang2nya dari pembelajaran di sekolah. Bangga bukan???

Persoalan tentang kemerdekaan,
Ianya bukan saja berkisar kepada perjuangan nenek moyang kita, yang bergadai nyawa untuk mmerdekakan tanah air, tetapi erti kemerdekaan ini perlu di lhat secara global dan bersesuainya dgn keadaan masa kini. Apa t/jawab dan komitmen kita dalam memeprtahankan kemerdekaan yang telah sedia ada ini.

Saya tertarik untuk menyentuh tentang suatu perkara,
Sudah 52 tahun negara kita merdeka. Di dalam keghairahan melaungkan MERDEKA, bercerita tentang MERDEKA, dan meraikan hari MERDEKA,
SEDIH sekali kerana ramai diantara kita yang tak mampu untuk memerdekakan MINDA mereka sendiri.
Minda yang sempit dan sentiasa negatif..... minda yang lemah dan minda yang sangat2 miskin. Miskin ilmu dan miskin berfikir! Itulah minda yang tak pernah kenal erti merdeka.

Minda yang tidak pernah merdeka inilah, banyak membawa tenaga negatif di dalam kehidupan kita sehari-harian. Ada sahaja cerita, berita, khabar dan tragedi2 negatif yang berlaku. Minda itu tidak pernah merdeka, kerana minda tersebut tidak mahu untuk diubah. Sering memberikan alasan dan bertangguh untuk bertindak. Minda ini senang dijajah oleh anasir2 buruk yang datang. Paling menyedihkan minda yang tidak merdeka ini,akan mempengaruhi orang-orang disekelilingnya.

Lontarlah apa sahaja kepada mereka.... pimpinlah dengan apa cara jua..... namun, minda yang tak pernah merdeka ini akan menolak dan menolak.
Anjakan pardigma dan perubahan zaman ini, menuntut untuk kita merdekakan minda-minda yang negatif tu. Matlamat dan impian semua pihak akan tercapai dengan mudah. Tapi sayang seribu kali sayang agak payah kalau karat2 negatif tu dah sebati dalam minda mereka ni, kalau cakap semua tahu cakap.... "aku juga ingin senang, aku juga mahu kekayaan, aku pasti nakkan kebahgiaan, aku akan capai erti kejayaan....." TETAPI, cukupkah dengan hanya berimpian dan berhasrat sedemikian jika mereka tidak mhu merdekakan minda mereka.

Sanggupkan untuk mereka berjuang habis-habisan untuk menentang musuh2 ketat demi memerdekakan minda mereka? Berjuanglah untuk menentang perasaan takut, dengki, khianat, malas, ego, bersalah, tidak yakin dan seangkatannya. Umpamanya perasaan hasad dengki, satu sikap yang sangat2 jijik ini masih merajai minda2 mereka. Atau.... ada diantara kita??? Mereka ni, pantang melihat orang berjaya, kaya raya, senang lenang, hidup bahagia.... bermula lah agenda & susulan dari minda-minda yang sangat kolot ini. Menunding jari dan menuduh yang bukan2. Mula membawa cerita2 yang kurang enak dan tidak senang dgn kejayaan org lain. Tak kurang jugak yang pantang tengok orang bahgia. Hak kita jadi hak dia, suka2 hati jer.

Apa nak jadi?
Perasan tak orang yang macam ni lah sebenarnya orang yang tak punya apa2. Macam mana dia nak senang, nak kaya atau nak bahagia. Abiss asyik perhati dan tengok kejayaan orang, lepas tu analisa sana analisa sini, kononya dan selidik macamana org tu bole kaya raya, boleh ada bini cantik idup bahagia.... Kajian pun bermula, dorang ni pakai ilmu itam ker, makan duit rasuah kaa, atau pelariss apa yer??? .... dalam masa yang sama dia tak bertindak apa2 melainkan mereka2 cerita negatif untuk menjatuhkan orang. Inilah penyakit minda yang susah diubat, bawak laa dukun dari Siam atau Indonesia pun, yang sebenarnya orang seperti ini amat-amat parah penyakitnya.

"Hati yang kotor,
dengki,
Khianat adalah tanda hati syaitan.
Kalau hati dihuni syaitan, kiranya tuan punya hati pun umpama syaitan la jugak"

Dalam sedar atau tidak, minda seperti ini sangat-sangat banyak dalam masyarakat kita terutamanya sebangsa dan seagama dengan saya. Sedih sekali......!!!

Itu belum lagi masuk bab minda anak2 muda yang malas, banyak alasan dan takut! Belajar tingi-tinggi, abiskan duit mak bapak, bukan takat tu jerr... melantak duit PTPTN tak sedar ingat, dapat degree berlagak sana sinun. Setakat naik kancil tak main, segan la konon, kurang2 Satria Neo. Ewahhhh.... mentang2 graduan universiti laa gitu. Tapi, bila suruh berusaha, diberi peluang tak mahu. Belajar laaa ilmu keusahawanan, kemahiran kerr, dikatanya tak perlu. Tak sesuai! Yer laaa.... sebab, nak tunggu goverment offer keja, setakat sangkut2, sementara2, kontrak2 ni tak main..... konon nak jawatan tetap. Tambah sedih, peluang pertama datang di tolak, peluang kedua datang pikir dulu, peluang ketiga datang relaks jer, sudahnya peluang tak akan datang2 n melangukk leer tunggu canteek nya peluang seterusnya, Jangan haraplah! Sudahnya mula laah merempit sana sini, dan paling syahdu, buat kerja yang cepat duit masuk, jual menda haram, tak cukup itu.... dia sendiri balun cucuk sana, cucuk sini. Sedih kan......

Apa jadi pulak dengan minda yang sudah merdeka.... tapi tak terisi dengan ilmu dan panduan yang betul? Iskkkkk.... susah jugakkan. Sebab tu, prinsip mencapai kejayaan ini mudah saja, pertama kena ada ilmu, lepas tu, mentor dan seterusnya sistem. Kalu dah ada ketiga2 ni, petik jari jerr, sekali peluang datang, nikmat dituai beribu2 kali gandanya.

Sebab itu, belajar mestilah dengan berguru, dan pastikan guru2 yang betul dan boleh membimbing. Lagi satu, minda tu kena laah merdeka. Tengok saja jutawan2 muda sekarang ni, awal 30-an dah kumpul aset juta2, berkereta mewah, banglo besar, keluarga bahagia, sedekah sana, sedekah sini, Tunai Haji n Umrah, melancong luar negeri, dalam negeri, motivasi sana motivasi sini. Itu yang awal 30-an, yang tak sampai 30 tahun pun ramai dah bergelar jutawan tau!... Orang-orang macam ni yang kita perlu contohi. Ramai diantara mereka pun seperti kita, orang biasa2.... tapi dia boleh jadi luar biasa sebab MINDA mereka telah merdeka. Mereka orang-orang yang positif dan sering melemparkan tenaga positif. Sebab itu juga, tak hairan jika mereka banyak menarik tenaga2 yang positif.
Bagaimana untuk memerdekakan MINDA anda itu?

Tips nyer senang sahaja,
Anda mesti ada Keinginan yang tinggi untuk Berubah. Hasrat, Kehendak, Azam, Kemahuan, Sasaran, Target dan cita2 pertu mantap, jelas dan ikhlas. Ia akan menjadi. U deserve to change! Dampingi orang2 yang positif dan berjaya, bersedia melepaskan sikap negatif n tanggapan2 negatif tentang Kejayaan, Kekayan atau Kebahgiaan. Kena banyak membaca.... tak kira apa jua bahan bacaan. Buat dengan konsisten dan berdisplin, seterusnya dapatkan seorang mentor untuk membimbing anda dalam mencapai impian atau berjuang utk merdekakan minda anda tu. See..... senang aje kan.

Pokok pangkalnya kita kena POSITIF.

Dengan mengubah pemikiran anda,
Anda mengubah pendirian anda

Dengan mengubah pendirian anda,
Anda mengubah harapan anda

Dengan mengubah harapan anda,
Anda mengubah perilaku anda,

Dengan mengubah perilaku anda
Anda mengubah cara hidup anda

Dengan mengubah cara hidup anda
Anda mengubah prestasi anda

Dengan mengubah prestasi anda,
Anda mengubah HIDUP anda!


Then..... Enjoy your life!!!! (Opss... nampak perut boroiii pulak!)
******************************
Semoga dengan santapan minda pagi ni, menjadi permulaan yang hebat kepada pembebasan minda, perjuangan untuk merdekakan minda kita. Sedikit sahaja dari saya yang sangat cetek ilmunya. Apa yang terkandung dalam entry ni adalah peringatan kepada diri saya juga. "Syabas anda yang dah bangkit dari rebah, awas kepada orang yang belum pernah rebah dan sabarlah kepada orang yang baru saja rebah!

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke52 & Salam sayang......
Azie~Saya bukan setakat rebah, tersungkur pun pernah, tapi saya tak pernah putus asa.


P/S Gambaw Yg Perut Boroi tuh macam Gua jew heheheeh....
Azie....teruskan....Sis!!

4 comments:

amirul said...

Salam Dj Epoi...

Saya dan isteri mengucapkan salam Ramadan dan Kemerdekaan buat sekeluarga Lu... Maaf bro... lama tak singgah sini... bukan ape... aku dah lama tak jenguk blog aku sendiri... apatah lagi blog rakan2... sejak bertapak di FB... jarang2 sekali aku bukak blog... InsyaAllah lepas ni aku akan memantau berita terkini dari kalian semua...

Alhamdulillah... pak mentua Lu selamat... didoakan cepat sembuh... Ngeri aku tenguk kereta yg remuk tu bai...

Selamat menjalani ibadah puasa...

CAHAYA said...

Salam Merdeka,

Merdeka sudah 52thn. Tapi ada yang berumur 52thn dan masih belum merdeka.

Merdeka tak perlukan laungan, jeritan, konsert dan sbgnya. Merdeka perlukan penghayatan, baik dalam jiwa dan juga minda.

Semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya dan cuba merdekakan diri sebaik mungkin.

SYAbAR said...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Semoga kita rakyat Malaysia bertambah maju minda dan bebas dari konkongan.

Eta LaZiM said...

Syabas BRO!! Semangat yg TINGGI nih...