Tuesday, November 10, 2009

SERVEY... deko.. dekoO... deKOOOOOOO!

STICKY MODE!
Entry baru kat bawah sanun!!!!

Salam...

Alhamdulilah Projek Fantasia didalam Blog ini menunjukkan feed back yang bagus untuk keseluruhannya .....Gua dan Epoi8787 Warisan Kreatif
Banyak pendapat-pendapat & Idea-idea Bernas yang telah Gua perolehi......
Salah satu daripadanya........adalah" CONTEST PROJEK FANTASIA "ataupon dalam bahasa lain "DeKO with Dj Epoi".

Dengan ini....
Gua nak buat ....APA KATA SERVEY dulu..... buat koworang semua yang berminat menyertainya....

TERBUKA kepada SEMUA!

Aper yang Gua nak buat...... atau sebelum Gua putuskan apakah bentuk Hadiahnya...lebih baik Gua buat SERVEY dulu bagi mendapatkan gambaran yg jelas untuk majority & jenis bentuk ruang tamu rumah , kedai , hostel, atauponk bilik koworang...huhuuuuuuuuuuuuuuu....
Kita tengok dulu feed back berapa banyak rakan jalur Epoi8787 yang berminat menyertai CONTEST - DEKO WITH DJ EPOI

Ada Cadangan?

Pada yang berminat......sila tinggalkan jejak kat kotak komen kat bawah ,Gua nak tengok feed back dari koworang sekarang ...k
Sila masukkan jenis kediaman anda?
Lokasi?
Pastikan anda salah seorang yg dah jadik FOLOWER Gua heheheh


Untuk segala Tips2 & Segala gegambaw DECORATION & RENOVATION
Koworang boleh jenguk - jengok kat Folder
PROJEK FANTASIA
atauponk Blog kat bawah nih....
DJEPOI

Monday, November 9, 2009

Makan2 "SRI GANU "
















TERJAH 23 Tahun..!


Salam.....

Setelah 23 tahun kami terpisah....
Akhirnya bertemu jua....dalam segment TERJAH Gua huhuuuuuuuuuuuuuuuu...
Kali ini Gua yang diterjah weihhhhhhhh...heheheh

Dah..... macam citer Hindustan dah weih......sob..sob....sob....sedih+gembira siut.

AZMI
adalah kawan sekolah rendah Gua.....,
best pren Gua......,
Seseluar Gua ...waktu dulu-dulu....

Memang Gua sikit ponk tak sangka ...yang kawan ....yg dah lama Gua cari nih...boleh Gua temui semula...........huhuuuuuuuuuuuuuuuu...
23 tahun lamanya Beb!

Selepas seminggu Gua berkecimpung dalam muka buku atau"face book"
seorang demi seorang kengkawan Gua dapat jejaki diaorang.......best nya siut!
Gua sikit ketinggalan sebelum nih..hehehe

Alhamdulilah ....Shukur pada Yg Maha Esa
TQ buat Kak Syabar ....org pertama yg bagitau Gua..... tentang wujudnya Alumni Sekolah Rendah Gua di face book....iaitu

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA BALING KEDAH

Gua sekoalah kat sini dari dajah satu hinggalah ke darjah 4,
Selepas itu..... Gua mengikut Ayahnda Gua yg berpindah ke Alor Setar ....
dan ...Gua menyambungkan pelajaran di Sekolah Rendah Iskandar Alor Setar Kedah
dari darjah 5 ke darjah 6 huhuuuuuuuuuu....

Jom Layanzzzzzzzzzz gegambaw Gua , Azmi & rakan Azmi ....pabila kami bertemu kembali di Projek Mega Fantasia Gua di Kepong huhuuuuu..
Layanzzzzzzzzz.


Model TANDAS ....hehehehe....jgn marah noooooo...hehehe


Tengah.... dok belek2 Unit mana yg hendak dibeli....heheheh
"Tak Mahal......RM 2.3 Juta jer Beb!! heheeheh

Possing Orang Kaya - Kaya .....

P/S - Lepas nih saper pulak ...Budak Tunku Putra yg nak kena TERJAH eik? heheheh

Sunday, November 8, 2009

Bercuti ngn Anak2 d' Sunway Lagoon

Salam....
Minggu lepas......ngn minggu nih......time Gua ngn Family...huhuuuuuuuuuu...
Masuk jew minggu depan Gua dah start sibuk dah...ngn segala function mak nenek dan projek fantasia yg baru......

Kebetulan..compony Gua....ada buat FAMILY day kat..SUNWAY LAGOON minggu lepas...Gua dan Sponge Bob & Robocop gerak gi main air kat sana......
Walaweiiiiiiii..... baru Gua tau......sejak dua beradik nih dah besaq panjang.......Gua sendirik ponk dah under control diaorang heheheheh....
Tak terkepong siut Gua soarang nak jaga diaorang ...
Kejap....Kejap.....hilang dalam Sunway Lagoon tuh hehehehh....
Suked & Ben 10 tak ikut kitaworang waktu tuh.......apalagi......MERDEKA ar Gua 3 beranak kat dalam tuh heheheehheh

Hari ini , jap lagi ...Gua anak beranak & Suked nak bercuti lagi.......
Jom saper2 nak ikut Gua gi KEMENSAH jom......


Gua kat Chalet WARISAN RIMBA....

bersebelahan ngn Chalet Jinbara...huhuuuuuuuu....

Jom Gerak main air Jom!


















Saturday, November 7, 2009

Negeri Sembilan "JUARA" Piala Malaysia


Salam.....

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan
Dan cuba lagi buat pasukan pantai timur ........iaitu pasukan Kelantan
Keputusan sepenuhnya

Negeri Sembilan 3 Kelantan 1

Dengan aksi...yang Gua rasa pada mulanya rancak ...akhirnya
bertukar kepada permainan yg terlalu BERHATI - HATI..
Kedua2 pasukan TIDAK bermain dibawah permainan yang sebenar ....
Dia awal permaian...... kedua - dua pasukan amat terlalu berhati-hati untuk mencorakkan permainan...
Mungkin juga disebabkan bebanan perlawanan AKHIR yg dipukul untuk
Negeri & Penonton2 Finatik masing2....
membuatkan kedua-dua pemain agak gugup.....huhuuuuuu

Sebentar tadi "Sejarah Baru"...... baru sahaja dicipta daripada pasukan
"Hobin Jang Hobin"

Boleh dibanggakan....
Pengadil
perlawanan tadi berjaya mengawal keseluruhan pemain diatas padang ....
Tiada.....kekasaran yang Serius berlaku .....

Apa yang menarik Gua kat sini ......adalah tak lain tak bukan.....iaitu
Gelagat Penonton yang Gua rasa tidak profesional dan memalukan....huhuuuuuuuuu....
Memang....! segelintir peminat Bola Sepak MALAYSIA masih lagi ditakuk lama.......

Baling botol sana........
Baling Botol siniiiiiiii....!

Bakar sana....
Bakar sini....!

Mercun sana.....
Mercun Sini.........!


Berubahlah.....!
Gua sayangkan......Permaian Bola Sepak Malaysia....

Ok lah .....Lu Orang Pikirlah sendiri......huhuuuuuuuuuuuuu

Negeri Sembilan VS Kelantan

Bahangnya makin terasa!!

Final Piala Malaysia

Negeri Sembilan VS Kelantan

Ramalan Anda?

Friday, November 6, 2009

Beberapa Kaedah Berkesan Mengurangkan Stress

Beberapa Kaedah Berkesan Mengurangkan Stress - Siri 1
Penulis: Amiene Rev (C) 2008


Stres atau tekanan perasaan adalah sesuatu yang tidak disenangi dan boleh menjejaskan daya tumpuan kita terhadap aktiviti kehidupan seharian yang perlu kita tempuhi. Di sini terdapat beberapa panduan berkaitan dengan cara-cara untuk mengurangkan stres.


Petua Selepas Bangun Pagi
Elakkan tidur pada waktu pagi. Tidur pada waktu pagi boleh mendatangkan tekanan perasaan. Sekiranya jam loceng anda berbunyi, pastikan anda tidak mematikan jam loceng tersebut semata-mata untuk menyambung tidur. Ini kerana usaha anda untuk tidur kembali selepas terjaga pada waktu pagi boleh menyebabkan tenaga anda semakin berkurangan akibat tekanan.

Udara segar pada waktu pagi seharusnya dimanfaatkan untuk menyegarkan kembali nafas dan minda anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya untuk menghirup udara segar pada waktu pagi. Lakukan senaman ringkas dan mulakan aktiviti pagi anda dengan penuh rasa ceria dan fikiran yang positif.

Kurangkan Kafein Hindari Stres
Sebarang jenis makanan atau minuman yang mengandungi kafein seharusnya dielakkan daripada tersenarai dalam menu sarapan pagi. Sekiranya perlu, ambil makanan atau minuman berkafein dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan kafein yang terlalu banyak pada waktu pagi akan melambatkan kelancaran pemikiran anda, dan ini boleh menjejaskan daya tumpuan anda. Akibatnya, anda akan mengalami stres. Anda disarankan memakan epal pada waktu pagi untuk melancarkan lagi daya pemikiran anda.


Sarapan Pagi Baik Untuk Pengamal Diet
Badan dan otak anda memerlukan zat dan garam mineral yang secukupnya untuk memulakan pagi anda dengan sempurna. Oleh itu pastikan anda bersarapan pagi sebelum melakukan kerja-kerja rutin anda. Sekiranya waktu tidak mengizinkan anda untuk menyediakan sarapan pagi, maka makanlah makanan yang boleh dibawa bersama ke tempat kerja seperti snek lobak atau apa-apa makanan yang berkhasiat dan ringkas.

Makan pada waktu pagi juga dikatakan berkesan untuk pengamal diet. Jangan terkejut sekiranya anda dapati, orang yang tidak meninggalkan sarapan pagi akan memiliki berat badan yang lebih unggul berbanding orang yang selalu meninggalkan sarapan pagi. Berat badan yang ideal pasti akan memberikan satu perasaan positif terhadap diri anda dan secara tidak langsung boleh mengurangkan stres.


Kurangkan Stres Dengan Aktiviti Senaman
Senaman bukan sahaja bagus untuk memperbaiki stamina dan kelenturan anggota badan, malah boleh juga membantu menguatkan mental dan menghindari stres. Semasa anda bersenam, endorfin akan dibebaskan untuk meningkatkan tenaga anda. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih selesa dan bersemangat.

Stres atau tekanan mental selalunya akan menyebabkan badan anda rasa lemah dan kurang bersemangat, maka senaman adalah salah satu cara untuk menyihatkan kembali fizikal dan mental anda.


Kemaskan Rumah dan Hiaskan Bilik
Sekiranya kita berasa stres, mengemas rumah atau bilik sewa yang menjadi tempat tinggal kita boleh memberikan perubahan kepada jiwa kita. Bilik yang ceria, kemas dan cerah akan dapat menimbulkan suasana yang damai.

Anda tidak perlu memberi barang-barang perhiasan yang mahal-mahal, cukuplah sekadar mempamerkan apa-apa objek yang dapat memberikan rasa diri anda dihargai. Contohnya barang-barang hadiah pemberian kawan, piala-piala, sijil, gambar foto bersama orang tersayang dan aliran udara yang baik.

Bilik yang pengap, panas dan lembab akan mendatangkan rasa resah kepada diri anda, maka pastikan anda mempunyai cara untuk mengatasi masalah ini.


Banyakkan Berinteraksi dan Berhubung Dengan Masyarakat
Hidup bersendirian akan menyebabkan anda rasa kesunyian. Warga tua yang tinggal berseorangan di rumah selalunya memelihara kucing atau anjing sebagai teman setia mereka. Orang muda juga tidak dapat lari daripada kesunyian. Apabila anda tidak ada teman untuk bercakap, maka carilah teman yang boleh memberi teladan kepada anda. Libatkan diri dalam aktiviti sosial dan pastikan anda sentiasa bertegur sapa dengan rakan-rakan di tempat kerja, jiran-jiran di sebelah rumah atau sesiapa sahaja yang anda selalu temui dalam kehidupan seharian anda.

Pernahkah anda berjalan dengan arah yang bertentangan dengan seseorang tanpa menegurnya? Pernahkan anda pergi ke kedai runcit, mencari barang keperluan, meletakkannya di atas kaunter dan kemudian membayar tanpa bertegur sapa atau bertanya khabar kepada penjaga kedai? Cuba ubah rutin tersebut. Agama kita, Islam menggalakkan kita mengucapkan salam kepada sesiapa yang kita temui, ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama manusia, selain membantu untuk menghilangkan stres.

Apabila kita merasai diri kita wujud dan diterima oleh masyarakat sekitar, kita akan berasa gembira dan ini akan dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan atau stres yang sedang kita hadapai pada satu-satu masa.

Saper nak RM 4 ribu ringgit sehari!

Salam....

Malam besuk.......Pasukan Negoriiiiii Sembilang & Kelantang akan ke Bukit Jalil.......dalam mencarik siapakah yg bakal merembat Piala Malaysia
pulang ke kampung diaorang....heheheh
Dj Epoi ucapkan TAHNIAH buat kedua2 pasukan yg bagus ini.....
korang memang layak ke FINAL weih!!
Cuma kat sini Dj Epoi nak kongsikan TIP - TIPS carik makan
pada sesapa yg berminat nak mencarik duit lebih pada FINAL PIALA MALAYSIA
di Bukit Jalil malam besuk....huhuuuuuu.....
Saper ...yang berminat dan punya kesungguhan....pasti akan tercapai weih.....

+ - lebih kurang
RM4,000
henggit sehari jew beb!
Tak caya...?


Ini Gua nak citer dari pengalaman Gua sendiri......
Cuma apa yg Dj Epoi nak sampaikan kat kawan2 semua, adalah..pasal

PELUANG + USAHA + KEBERANIAN


ENTRY ini......adalah ENTRY yang diberi nafas baru.......dimana Gua pubblish semula untuk dikongsikan ngn kawan2 semua.......
Tahun lepas pabila KEDAH masuk Final.....di Bukit Jalil.....Gua buat kerja nih ...hehehehe

Jom Layanzzzzzzzzzzzzzz

---------------------------------------------------------------------

"Korang cuma alih jer ayatnya....daripada pasukan KEDAH
ke pasukan NEGERI SEMBILAN atau KELANTAN
"

Minggu lepas bila saja dengar Team Kedah akan datang kat stadium Bukit jalil untuk Final Piala Malaysia..
DJ Epoi terpikir apa..kesempatan yang boleh dicarik.....sempena ngn kedatangan Lautan Finatik Hijau Kuning.....( +- 30,000 peminat )
tup. .tup..tup .waktu tgh drive keta...teringat plak kebolehan sebagai DJ dan simpanan koleksi2 seloka negeri Kedah...,apalagi ...pikiaq punya pikiaq....terus buat keputusan segera
carik cd burner+Cd+lagu2 pilihan + buat design untuk cover Cd ..heheheh
( maka era lanun pon dah bermula ehek..ehek..ehek..)

1. Kat cni cuma Dj Epoi nak kongsikan...pada rakan2 pentingnya sesorang individu yg nak niaga apa apa saja.. Peluang yang datang ...depan mata, kalau rasa ok jer...belasah jer terus.
2. Harus ada Keberanian untuk ngambil peluang yang ada depan mata, ( kadang2 dalam bisnes kita kena GAMBLE/PERJUDIKAN.
3. HARUS punyai tenaga kerja yg mencukupi....almaklumlah..semua nie adalah kja2 parttime, kalau sendiri nk buat ...mampusssss tak sempat.
4. Team works ( Kerja berpasukan) bukan main bola jer nk kna berpasukan...niaga pon perlu juga...nanti duk.. pikir semua nk buat sendiri ..jadik gila sorang2
5. Paling 2 penting Arranggement Of works /susun atur & Follow up segala material kerja, tenaga kerja + MODAL yg mencukupi.....takdak pulus ,apa pon tak leh jadik juga..biar dok berbuih mulut...kalau tak ada duit jadi Mat Jenin jer laaa.....
6. Kena ada SEMANGAT....walaupon benda2 ni nampak remeh...yg penting niaga kecil2an camni......dia nyer benefit cepat....pagi niaga malam kira untung..ahak..ahak..ahak..
7. IDEA yang kratif juga penting untuk semua benda2 ni....walaupon nampak ciput bisnes ni..presentation...biar nampak macam Profesional ckit...
8. Disiplin tersangat ler penting nyer dalam perniagaan........Disiplin nie luas...maknanya.....jadik bagi kawan2 semua LU PIKIR LER SENDIRiiiiiiiiii......
9. Lain Dari yang lain.......adalah resepi kekuatan yg orang lain tak leh nk saing ngn kita....Dj Epoi tgk banyak sesangat rakan2 kita takut untuk membuat kelainan.....bila orang niaga itu..kita pon niaga itu, kalau org niaga ini ..kita niaga ini....( Perniagaan selamat )jadik apasalah kita cuba buat kelainan ckit....
P/S Waktu Dj Epoi Buat Koleksi lagu2 seloka tu ...banyak feed back yg cakap.....
( "woi...Brother? Kat Stadium Kedah pon tak ada lagi koleksi2 lagu cam nie....?" ) kembang jap bumper Dj Epoi waktu tu..heheheheheh
10. Perlu ada masa....
Dj Epoi pon sanggup ambik cuti untuk slot DJ EPOI 'D' BUKIT JALIL....pasal dah bleh nampak hasilnya
11. Tawakal dan Berserah pada Yang maha kuasa...tanpa restunya tak jadik juga...buatlah camana baik pon....

Walaupon bisnes ni kecik cam ikan bilis tapi hasil segerannya yg palingx10 sempoi ....Cepat +Padat ( macam cakera padat )Tak semua yg sangup buat kja remeh temeh camni...malas nak buat kja2 fieldworks.....Contohnya....kotor, penat ,panas,malu dan macam2 lagilah....banyak sesangat alasan yg negatif bila tak mau nk buat..

Cuba pikir2an kalau satu hari anda bekerja benefit yg anda perolehi bersamaan ngn Satu bulan gaji...sanggupkah anda mengahadapi semua alasan2 diatas..?
Kat cni Dj Epoi tahu... mungkin ada dikalangan kita yg boleh memperolehi...benefit yg lebih dari apa yg Dj Epoi Lakukan....( Jangan tgk kat atas jer.....sesekali jenguk2 juga kat bawah - tak semua yg dapat peluang cam kita.)
Tetapi Pluang dan pengalaman ni ....Dj Epoi rasa nk kongsikan ngn kawan remaja yg baru nk ceburkan diri ngn bisnes kecik2....( Bisnes Santai.i.i.i.i.)

Ok lah Chow dulu.....
Cetusan rasa sendirik.....
DJ EPOI

P/S - Niaga air mineral ponk OK gak heheheh...nak jom? kita gamble kat sana heheheh
P/S Apasalah rezki yg tuhan kasik, kita sama2 kongsikan,
P/S Biar dapat cikit , dari tak dapat langsung...heheheh



Thursday, November 5, 2009

Deco Dj Epoi masuk TV yeahhh!


Yeszaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Bangga bila CASA EPOIAN Gua... aka PROJEK FANTASIA dipilih menjadi LOKASI Drama DAPUR...huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Gua puas hati sesangat coz salah satu daripada hasil sentuhan Deko Gua diiktiraf dan diterima untuk Drama ini......
Lpas nih....rumah saper yg nak masuk TV....carik Gua k...
Gua Deko baik...punyeeeeerr
Seronoknya siut heheheheh
Alhamdulilah.....Shukuuuuuuur!!


--------------------------------------------------------------------

Membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti
ZIZAN NIN
SHARIFAH NADIA
KARTINA AZIZ
ABU BAKAR JUAH
SHAHRUNIZAM (suami SAFURA)
ATIE AF, RUMINAH SIDEK
allahyarham NASIR ALI (AlFatihah)
Ikutilah drama DAPUR di mana lokasi penggambarannya telah diadakan di rumah Kak SYAbAR.
Drama terbitan RTM ini sepatutnya disiarkan setahun yg lalu tetapi dek pertukaran Menteri dan penjenamaan semula saluran TV 1 (INFO) dan TV2 (HIBURAN), drama 4 episod ini akhirnya akan bersiaran pada hari ISNIN depan 9 NOVEMBER 2009, tepat jam........

Kak Syabar & Kak Kartina Aziz
Tarraa!!!!!! 0000hrs @ TV2
Wani, ada siaran ulangan ka? Takut drama yang tengok tuan rumah tau!!!!! Hahaha...Kredit kepada Wani dan Uji yang memilih rumah Kak Syabar sebagai salah satu lokasi penggambaran. First ambil lokasi rumah, next shooting ambil tuan rumah la pulak sebagai pelakon tambahan ya! tp kena tunggu la sampai body Kak Syabar solid cam Ziana Zain dulu...heheheheh...

Dj Epoi

Tq Kak Diatas ENTRY ini....Gua Siooooook owh!!!

Wednesday, November 4, 2009

KL Bike Week 09