Monday, August 31, 2009

Update Pak Ndak Azmi..

Salam......

Buat seluruh keluarga semua....pada yang belum untuk berkesempatan untuk pulang Menziarah Pak Ndak Azmi di Pulau Pinang.......kat sini.....Gua bawakan secara eksklusif bagi mengubat Kerinduan semua.

Pak Ndak Azmi adalah Abg kepada Ibunda Gua yang berusia 60an
Dua hari lepas...... selepas mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau Pulau Pinang selama seminggu...beliau kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi
( ICU di Hospital Besar Pulau Pinang )
Pada mulanya doktor suspek ada Virus Denggi pada dirinnya.......tetapi selepas Result Darah diterima pada waktu Gua bersamanya di Hospital......tiada POSITIF Denggi...
Sempat gak ....Gua bertanya ngn Doktor yang yang merawatnya.....
kata Doktor " Belum Pasti Virus yang menyerangnya " adoiyaaaaaai! "
Gua yang bercerau darah ketika itu"....

Kat Hospital .........Pak Ndak Azmi ditemani oleh Mak Ndak yang Setia Bersama ngn Pak Ndak...

Apa yang Gua boleh ceritakan daripada pandangan mata Gua.....
Pak Ndak Azmi ketika ini KRITIKAL melawan virus yang belum tahu asal usulnya itu.....
Dalam 2 hingga 3 minit Pak Ndak Azmi akan mengerang kesakitan melawan Virus itu......
Ya... Allah......Gua sendiri pon tidak boleh tahan Air Mata Gua ini.......
Ketika itu Gua hanya berdoa dalam hati agar Tuhan megurangkan Kesakitan yang ditanggungi oleh Pak Ndak.
Selepas Doktor memberikan Ubat Tahan Sakit yg kuat pada Pak Ndak.................Pak Ndak kelihatan perlahan2 memejamkan matanya.....untuk berehat.

Lebih kurang 2 jam lah..... juga Gua berada disisi Pak Ndak......di Hospital ketika itu.......
Pak Ndak dengan perlahan sempat membisikkan 3 Nasihat yang Gua rasakan.......amat-amat berguna untuk membentuk Kasih Sayang dalam Keluarga dan dalam kehidupan seharian.....

Teringat Gua..... waktu......Gua kecik - kecik dulu.....ketika itu Pak Ndak bertugas sebagai Pegawai Polis di Kuala Nerang Kedah........sempat gak 2 - 3 kali Gua temankan Pak Ndak yang keseorangan ketika itu............

Pak Ndak mengajar Gua bermain Golf!
Pak Ndak mengajar Gua menyayangi orang 2 disekeliling!
Pak Ndak mengajar Gua menyayangi Haiwan2 Peliharaan!
Pak Ndak Mengajar Gua untuk menghormati orang2 yg lebih dewasa dari Gua
Gua ............mengharapkan ini....... bakal berlaku lagi bagi diri Gua....

Pak Ndak ....kalau Pak Ndak dah sembuh nanti.......kalau Pak Ndak dapat dapat membaca nurkilan........ hati Gua ini........
Pak Ndak!.......kami akan sentiasa Menyayangi & Sentiasa bersama2 Pak Ndak..walauponk kita berjauhan.

Mak Ndak!..............Anuar Ucapkan ribuan terima kasih kerana menjaga makan minum dan segalanya untuk Pak Ndak kami..........
Kasih & jasa Mak Ndak hanya Tuhan yg dapat membalasnya......

Pada semua seluruh keluarga.........PULANGLAH melawat Pak Ndak kita........
Pada Mata Gua........Pak Ndak sedang KRITIKAL ketika ini....





Pak Ndak yang Gua kenali......................beliau seorang yang
terlalu PENYAYANG pada Anak - Anaknya.......


Marilah kita sama2 Berdoa agar Pak Ndak akan sembuh seperti sediakala.
Amin.

Salam Takziah buat Cikgu ImanShah


Salam.....

Untuk Maklumat seluruh...jajahan epoi8787

Ayahnda kepada sahabat Alam Maya Gua......

IMANSHAH -
( Seorang CIKGU yg berpengkalan di Ipoh PERAK )

Blog - Hok Sengoti Since 1980

Sebagai sahabat Bloger .....
Marilah kita sama - sama sedekahkan Al - Fatihah buat Arwah Ayahnda nya...
Sila Baca Surah Al Fatihah dengan penuh sempurna....bukan setakat menyebut
Al - Fatihah saja yer..........

( Ayat ini....diCopy From My Kopitiam )


Buat ImanShah .....Allah lebih menyayangi Ayahnda anda.
Perbanyakkan Berdoa Buat Ayahnda...anda...
Moga Arwah ditempatkan bersama Orang2 yg Beriman
Amin

Walaupon kita belum pernah bersua atau berbicara nyata.......
Lu Tetap Sahabat Follower Dj Epoi................wahai Cikgu ImanShah

Banyakkan Bersabar ya.......

Kemerdekaan Minda dari Seorang Sahabat!

Selamat Pagi 31 Ogos................ Salam kemerdekaan buat semua.
Entry ini Gua street away....Copy & Paste dari seorang
Usahawan Wanita Yang Gua Kagumi ngn Semangatnya................
aZZiela....
klik kat sini untuk lebih lanjut

Tak salah kan?.....barang yg baik kita sama2 kongsikan.....?

Bangun jew tidow jap tadik..........Gua tertarik ngn Entry MERDEKA ini....
Dj Epoi nyer "trade mark" pon......adalah

Apasalah Ilmu & Rezki Yang Tuhan Kasik Kita Sama2 Kongsikan

Jadik..... ENTRY ini Gua kongsikan pulak ngn koworang huhuuuuuuu.....
-------------------------------------------------------------------------


Sambutan hari kemerdekaan kali ni, barangkali tidak semeriah tahun2 yang lepas. Hormat sanjung bulan yang mulia ini dari menganjurkan sebarang konsert atau persembahan yang tidak sesuai. Bagus juga dgn tindakan sedemikian.

But, tabik springg gak kat beberapa kontijen yang difahamkan akan membuat pembarisan pagi ni. Sambutan yang sederhana ringkas akan diadakan seperti biasa di Stadium Nasional Bukit Jalil. Warghhh.... semangatnya mereka yang terlibat sungguhpun terpaksa berhadapan dgn bulan Ramadhan ni. TAHNIAH.

Bercerita tentang merdeka, sudah tentu ianya hari untuk kita memperingati saat2 manis negara bebas dari penjajah seterusnya mengambil semula hak keatas bumi Malaysia yg tercinta ini. Namun, bagi generasi kini, barangkali mereka yang lahir selepas tahun 70-an, cerita2 kemerdekaan tersebut kita perolehi dari mereka yang terdahulu, ataupun sekurang2nya dari pembelajaran di sekolah. Bangga bukan???

Persoalan tentang kemerdekaan,
Ianya bukan saja berkisar kepada perjuangan nenek moyang kita, yang bergadai nyawa untuk mmerdekakan tanah air, tetapi erti kemerdekaan ini perlu di lhat secara global dan bersesuainya dgn keadaan masa kini. Apa t/jawab dan komitmen kita dalam memeprtahankan kemerdekaan yang telah sedia ada ini.

Saya tertarik untuk menyentuh tentang suatu perkara,
Sudah 52 tahun negara kita merdeka. Di dalam keghairahan melaungkan MERDEKA, bercerita tentang MERDEKA, dan meraikan hari MERDEKA,
SEDIH sekali kerana ramai diantara kita yang tak mampu untuk memerdekakan MINDA mereka sendiri.
Minda yang sempit dan sentiasa negatif..... minda yang lemah dan minda yang sangat2 miskin. Miskin ilmu dan miskin berfikir! Itulah minda yang tak pernah kenal erti merdeka.

Minda yang tidak pernah merdeka inilah, banyak membawa tenaga negatif di dalam kehidupan kita sehari-harian. Ada sahaja cerita, berita, khabar dan tragedi2 negatif yang berlaku. Minda itu tidak pernah merdeka, kerana minda tersebut tidak mahu untuk diubah. Sering memberikan alasan dan bertangguh untuk bertindak. Minda ini senang dijajah oleh anasir2 buruk yang datang. Paling menyedihkan minda yang tidak merdeka ini,akan mempengaruhi orang-orang disekelilingnya.

Lontarlah apa sahaja kepada mereka.... pimpinlah dengan apa cara jua..... namun, minda yang tak pernah merdeka ini akan menolak dan menolak.
Anjakan pardigma dan perubahan zaman ini, menuntut untuk kita merdekakan minda-minda yang negatif tu. Matlamat dan impian semua pihak akan tercapai dengan mudah. Tapi sayang seribu kali sayang agak payah kalau karat2 negatif tu dah sebati dalam minda mereka ni, kalau cakap semua tahu cakap.... "aku juga ingin senang, aku juga mahu kekayaan, aku pasti nakkan kebahgiaan, aku akan capai erti kejayaan....." TETAPI, cukupkah dengan hanya berimpian dan berhasrat sedemikian jika mereka tidak mhu merdekakan minda mereka.

Sanggupkan untuk mereka berjuang habis-habisan untuk menentang musuh2 ketat demi memerdekakan minda mereka? Berjuanglah untuk menentang perasaan takut, dengki, khianat, malas, ego, bersalah, tidak yakin dan seangkatannya. Umpamanya perasaan hasad dengki, satu sikap yang sangat2 jijik ini masih merajai minda2 mereka. Atau.... ada diantara kita??? Mereka ni, pantang melihat orang berjaya, kaya raya, senang lenang, hidup bahagia.... bermula lah agenda & susulan dari minda-minda yang sangat kolot ini. Menunding jari dan menuduh yang bukan2. Mula membawa cerita2 yang kurang enak dan tidak senang dgn kejayaan org lain. Tak kurang jugak yang pantang tengok orang bahgia. Hak kita jadi hak dia, suka2 hati jer.

Apa nak jadi?
Perasan tak orang yang macam ni lah sebenarnya orang yang tak punya apa2. Macam mana dia nak senang, nak kaya atau nak bahagia. Abiss asyik perhati dan tengok kejayaan orang, lepas tu analisa sana analisa sini, kononya dan selidik macamana org tu bole kaya raya, boleh ada bini cantik idup bahagia.... Kajian pun bermula, dorang ni pakai ilmu itam ker, makan duit rasuah kaa, atau pelariss apa yer??? .... dalam masa yang sama dia tak bertindak apa2 melainkan mereka2 cerita negatif untuk menjatuhkan orang. Inilah penyakit minda yang susah diubat, bawak laa dukun dari Siam atau Indonesia pun, yang sebenarnya orang seperti ini amat-amat parah penyakitnya.

"Hati yang kotor,
dengki,
Khianat adalah tanda hati syaitan.
Kalau hati dihuni syaitan, kiranya tuan punya hati pun umpama syaitan la jugak"

Dalam sedar atau tidak, minda seperti ini sangat-sangat banyak dalam masyarakat kita terutamanya sebangsa dan seagama dengan saya. Sedih sekali......!!!

Itu belum lagi masuk bab minda anak2 muda yang malas, banyak alasan dan takut! Belajar tingi-tinggi, abiskan duit mak bapak, bukan takat tu jerr... melantak duit PTPTN tak sedar ingat, dapat degree berlagak sana sinun. Setakat naik kancil tak main, segan la konon, kurang2 Satria Neo. Ewahhhh.... mentang2 graduan universiti laa gitu. Tapi, bila suruh berusaha, diberi peluang tak mahu. Belajar laaa ilmu keusahawanan, kemahiran kerr, dikatanya tak perlu. Tak sesuai! Yer laaa.... sebab, nak tunggu goverment offer keja, setakat sangkut2, sementara2, kontrak2 ni tak main..... konon nak jawatan tetap. Tambah sedih, peluang pertama datang di tolak, peluang kedua datang pikir dulu, peluang ketiga datang relaks jer, sudahnya peluang tak akan datang2 n melangukk leer tunggu canteek nya peluang seterusnya, Jangan haraplah! Sudahnya mula laah merempit sana sini, dan paling syahdu, buat kerja yang cepat duit masuk, jual menda haram, tak cukup itu.... dia sendiri balun cucuk sana, cucuk sini. Sedih kan......

Apa jadi pulak dengan minda yang sudah merdeka.... tapi tak terisi dengan ilmu dan panduan yang betul? Iskkkkk.... susah jugakkan. Sebab tu, prinsip mencapai kejayaan ini mudah saja, pertama kena ada ilmu, lepas tu, mentor dan seterusnya sistem. Kalu dah ada ketiga2 ni, petik jari jerr, sekali peluang datang, nikmat dituai beribu2 kali gandanya.

Sebab itu, belajar mestilah dengan berguru, dan pastikan guru2 yang betul dan boleh membimbing. Lagi satu, minda tu kena laah merdeka. Tengok saja jutawan2 muda sekarang ni, awal 30-an dah kumpul aset juta2, berkereta mewah, banglo besar, keluarga bahagia, sedekah sana, sedekah sini, Tunai Haji n Umrah, melancong luar negeri, dalam negeri, motivasi sana motivasi sini. Itu yang awal 30-an, yang tak sampai 30 tahun pun ramai dah bergelar jutawan tau!... Orang-orang macam ni yang kita perlu contohi. Ramai diantara mereka pun seperti kita, orang biasa2.... tapi dia boleh jadi luar biasa sebab MINDA mereka telah merdeka. Mereka orang-orang yang positif dan sering melemparkan tenaga positif. Sebab itu juga, tak hairan jika mereka banyak menarik tenaga2 yang positif.
Bagaimana untuk memerdekakan MINDA anda itu?

Tips nyer senang sahaja,
Anda mesti ada Keinginan yang tinggi untuk Berubah. Hasrat, Kehendak, Azam, Kemahuan, Sasaran, Target dan cita2 pertu mantap, jelas dan ikhlas. Ia akan menjadi. U deserve to change! Dampingi orang2 yang positif dan berjaya, bersedia melepaskan sikap negatif n tanggapan2 negatif tentang Kejayaan, Kekayan atau Kebahgiaan. Kena banyak membaca.... tak kira apa jua bahan bacaan. Buat dengan konsisten dan berdisplin, seterusnya dapatkan seorang mentor untuk membimbing anda dalam mencapai impian atau berjuang utk merdekakan minda anda tu. See..... senang aje kan.

Pokok pangkalnya kita kena POSITIF.

Dengan mengubah pemikiran anda,
Anda mengubah pendirian anda

Dengan mengubah pendirian anda,
Anda mengubah harapan anda

Dengan mengubah harapan anda,
Anda mengubah perilaku anda,

Dengan mengubah perilaku anda
Anda mengubah cara hidup anda

Dengan mengubah cara hidup anda
Anda mengubah prestasi anda

Dengan mengubah prestasi anda,
Anda mengubah HIDUP anda!


Then..... Enjoy your life!!!! (Opss... nampak perut boroiii pulak!)
******************************
Semoga dengan santapan minda pagi ni, menjadi permulaan yang hebat kepada pembebasan minda, perjuangan untuk merdekakan minda kita. Sedikit sahaja dari saya yang sangat cetek ilmunya. Apa yang terkandung dalam entry ni adalah peringatan kepada diri saya juga. "Syabas anda yang dah bangkit dari rebah, awas kepada orang yang belum pernah rebah dan sabarlah kepada orang yang baru saja rebah!

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke52 & Salam sayang......
Azie~Saya bukan setakat rebah, tersungkur pun pernah, tapi saya tak pernah putus asa.


P/S Gambaw Yg Perut Boroi tuh macam Gua jew heheheeh....
Azie....teruskan....Sis!!

Selamat Hari Kemerdekaan.....


Salam.....

Selamat Bercuti!

Hari KEMERDEKAAN yg ke 52.

Sebagai Anak MALAYSIA ....Gua nak Ucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia yang Bertuah ini..
Sayangi & Hargailah Negara Tercinta ini...

Dan........ buat semua Rakyat Majmuk di Malaysia ini......... tanpa mengira Agama , Darjat, Pangkat & Pahaman Politik marilah kita sama - sama menjaga Negara Yang Tercinta ini daripada DIJAJAH lagi....

Gua Bangga jadik ANAK MALAYSIA!
Merdeka.....
Merdekaaaaaaaa....
Merdekaaaaaaaaaaaaaaa.....


Buat Semua Pemimpin & Pejuang Kemerdekan yang sebelumnya.....
Gua Ucapkan terima Kasih diatas KEMERDEKAAN ini.....
--------------------------------------------------------------------------------

P/S - Marilah kita bersama2 untuk memahami Apakah itu Kemerdekaan.?

Dj Epoi
Negara Malaysia Sudah Merdeka.......!
Tetapi..... Masih Ramai Rakyat Malaysia Yg Belum Lagi Merdeka......!
Marilah kita sama - sama.... Memerdekakan Diri Kita sendiri dulu...huhuuuuuu!!

Sunday, August 30, 2009

Update Ben10

Salam......

Selepas Usia Ben10 masuk 5 Bulan
Suked8787 dah mula menyediakan Bubur Bijirin untuknya...
Huhuuuuuuuuuuuuuuuu.......bukan main lagi mamat nih! lpas satu sudu...satu sudu dimamamnya...hehehhehe

Antara "paeeel" barunya nyer...hehehhe

Skank nih dah pandai ambik perhatian sekeliling dah....
Dah pandai bunyi....bila orang tak bagi perhatian padanya...
Pandai tengok TV
Dah pandai pusing badan dan angkat bontotnya.....heheheh kelakaw siut!

Jom Layanzzzzz


Selamat BerBuka Puasa Kepada Semua....pelayar -pelayar RadiO Buruk Ini huhuuuuuu...

Saturday, August 29, 2009

Update Kereta Bapak Mertua Gua

Salam......

Biarlah gambar-gambar dibawah menceritakan keadaan kejadian.....


Alhamdulilah......Bapak Mertua Gua..........petang semalam dah berjaya menjalani satu lagi Ujian Pemeriksaan Teliti melalui CITY SCAN......keseluruhannya Ok.

Tulang Peha & Punggung telah berjaya dimasukkan kembali......
Keadaan Jahitan pada Muka dah pon mula kering....
Cuma minggu depan satu lagi....Ujian Scan akan dijalankan.....untuk memastikan serpihan tulang pada Peha yang pecah ......tidak berada dikawasan Daging & Sendi

Marilah kita bersama2 berdoa agar semuanya dalam keadaan yang Baik seperti sediakala
Doktor memaklumkan kepada Gua.....kirannya terdapat serpihan tulang yang tinggal.......maka Operation PASTI akan dilakukan.....

Ya Allah Ya Tuhanku.......!!!
Hanya Engkau ......Tempat Kami Bermohon...
Kau Ringgankanlah Beban Kesakitan Yang Ditanggung Oleh Bapak Mertuaku ini..
Kau Sembuhkanlah Kesakitannya ini......!

Masuk Hari ini.....dah 3 hari Ibu Mertua Gua bermalam disisi Suami Tercinta A.K.A Pak Mertua Gua....Sabar yer Mak!
Allah Hanya Menguji Insan Yang Dipilih olehnya......
.....................................................................................................................

P/S - Semasa kejadian Bapak Mertua Gua........maklumkan.....yg beliau TERLELAP seketika....
Mungkin disebabkan Effect ubat yang dimakannya pada sebelah pagi sebelum kejadian....





Kalau diikutkan pada kereta ini.....rasanya Total Lost!
Tunggu arr.......Syarikat Insurant untuk buat pemeriksaan...camana ?
Pintu Sisi Pemandu Terpakasa dipecahkan bagi mengeluarkan Bapak Mertua Gua yg tersepit.

Gambar dibawah adalah gambar POKOK yang dilanggar oleh kenderaan Bapak Mertua Gua.
Putus Dua Pokok Tuh..........
Saiz pokok tuh ....rasanya ada kut....dalam diameter 2 kaki'


Hospital Besar Alor Setar



Gua Doakan agar Bapak Mertua Gua Cepat Sembuh...........dan boleh bersama - sama Anak & Cucunya di Rumah paha Hari Raya yang akan Datang Ini.....


Tunggu Entry Pak Ndak....di ICU Hospital Penang yer Adik Beradik semua!!

Friday, August 28, 2009

Update Terkini dari Pulau Pinang

Salam.......

Panjang citernya kalau Gua nak citer detail nyer kat koworang semua.........
Gua pendekkan jew lah eik.......badan & mata Gua ponk dah tak bermaya sangat nak Update Radio Buruk Gua ini........

Selepas Gua dapat call hari tuh dari keluarga Suked dikampung pada pagi Rabu hari tuh.....
Gua terus call Boss Gua & Staff2 kat Tapak Projek Gua ...thennnnnnn zassssssssssss!!! belasah naik Highway Utara Selatan menuju ke Alor Setar Kedah.....dimana kampung
Suked8787 ( Isteri Gua )......................

P/S - Untuk Manager Gua ....Mr Loo, Project Engineer Gua.... Mr Alex Tumonong , Abg Karim , Suhaimi, Foong, Amir & Maliga...........Gua betul-betul mintak maaf bebanyak pasal tak boleh nak join Luorang dalam Consultant Meeting & Sub Conc meeting semalam dan untuk segala2 aktiviti kat sana......Gua tau sekarang memang Time Critical bagi kita semua............
Maafkan Gua yer kekawan semua.......
Ini bukan kehendak Gua....!


Jam 10.00 pagi Gua start henjut WMU6787 Gua diatas Highway..................
Jalan semua clear........tak sesak.......langsung!
Yang sesak nyer....atas keter Gua jew.........si Robocop & si Sponge Bob.....dari KL sampai Kedah....tak leh nak duk diam langsung ashik bergaduh memanjang.....naik tension Gua bawa kereta.....................nak juga Gua buatkan partion dalam kereta lepas nih...huhuuuuuuuuuuuuuuuuu

Jam 2 petang Gua sampai di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.........
Nak jadik citer rupanya................time melawat kat hospital Jam 12 tgh hari sampai jam 2 petang.....dah tak pasal2 kena gerak balik kampung Gua dulu......binaweeee!! betul....

Penat Gua sampai skank pon tak abis2 lagi siut! memang penat sangat - sangat...
Memang kurang tidow sungguh dari mula balik sampai hari ini......
Si Ben10 ponk.....dah 3 malam kat kampung buat perangai.....tak nak tidow...asyik nangis jew malam - malam.....sian Gua nengok Suked dah macam orang tak betui dah skank nih.....mata dah poyoooooooooooo jew!

Cuaca kat kampung pulak dari mula Gua balik sampai skank hari2 Hujan...........

Alhamdulilah.....sempat gak Gua buat 3- 4 perkara yang bagi Gua.......
Gua rasa perkara Wajib! yang perlu Gua Buat!
  1. Melawat Bapak Mertua Gua yang kemalangan...
  2. Menyediakan barang2 apa yg patut untuk Bapak Mertua Gua
  3. Menziarah Nenek Gua yang Uzur kat Rumah Mak Ngah Gua
  4. Kebetulan pulak waktu On The Way nak balik...........KL dapt call dari Kak Syabar yg Pak Ndak Gua dimasukkan ke ICU hospital Besar Pulau Pinang.......zassssssss terus kesana untuk Ziarah sekali............nasib baik waktu tuh baru jew keluar dari Hospital Alor Setar.
Dan Ketika ini................Gua dah mingong ngantuk mata sesangat.....sampai tak tahan rasanya mata ini.....nak teruskan Drive ke KL....
Hujan lebat kat luar pon masih tak berhenti - henti lagi..................maka terkantoi lah Gua kat.......Hotel B - Suite Pulau Pinang..................itu lah dia... citer malam nih.........
Besuk pepagi selepas Sahur.....haruslah Gua redah balik ke Kl huhuuuuuuuuuu........penat lagi woi!!!!

Kat Hotel nih best gak.........nak tau pasal aper Gua kata BEST...
Pasal ada WI-FI huhuuuuuuuuuuuuuuu...............boleh lah Gua Godek2 jap Blog Gua nih huhuuuuu


Sebelum Gua tidow malam nih Gua nak mintak maaf pada beberapa orang yg Gua rasa bersalah pada diaorang

  • Tinie - Pasal tak sempat nak tunaikan janji Gua.........maafkan Gua wahai sahabat
  • KREW Bazar Ramadan Gua .........maafkan Abg pasal buatkan koworang terkontang kanting kat sanaaaaaaaa........ini adalah peluang untuk koworang BERDIKARI......jadik BUKTIKAN!
  • Rakan - Rakan............Projek Gua di SPK
  • Sue , Mizan , Adik Riben, Achik Sabrosa.................Gua tak sempat nak Terjah koworang untuk berbuka PUASA together2....maafkan Gua semua.....jadual Gua amat padat sekali.....lenkali k....Gua janji...nanti kita jumpa....k
......citer selanjutnya Gua sambung balik.... setibanya Gua di KL besuk....
Chowwwwwwwwwwwww!


Kita Hanya Merancancang ....!!!!.
Tuhan saja yang menentukan..!!!!

Wednesday, August 26, 2009

EMERGENCY! Gua Balik KAMPUNG

Salam.....

Jam 7.50 jap tadi .......Gua menerima panggilan dari salah seorang jiran kampung Mertua Gua...yang Ayah Suked ditimpa "kemalangan kereta" sewaktu pulang dari menghantar Ibunya.......
Gua sendiri pon masih lagi terjut ketika ini.....Yang Gua runsing ketika ini.....Kitaorang belum dapat tahu keadaan Ayah Mertua Gua....... Hanya dimaklumkan Ayah Mertua Gua telah dibawa ke Hospital Besar Alor Setar.....
Ibu Mertua Gua juga belum lagi dimaklumkan ketika ini.....memandangkan mempunyai masaalah sakit Jantung.....

Gua anak beranak akan berlepas pulang sekarang juga ke rumah Ayah & Ibu Mertua Gua di Alor Setar Kedah....sekarang

Doakan pada kami...... wahai sahabat2 Blogger


NOTA : Suked hanya ada 3 adik beradik.....Beliau adalah anak kedua dalam Keluarga.......Abg Sulungnya ketika ini berada di Pelantar minyak di Terengganu........
( Gua sendiri ponk tak tau camana nak hubunginya ).........
Adik Lelaki Bongsunya ketika ini tengah "EXAM" UITM Shah Alam....

Tuesday, August 25, 2009

Double Strike!

Salam.......

Alhamdulillah......semalam kitaworang......berjaya melakukan strike lagi...!
Walaupon pada awalnya...dengan Cuaca yg agak mendung sangat..-sangat menakutkan siut!....
Berkat "DOA SEMUA"
Akhirnya segala air buah dan dadih yang kitaworang UP kan sikit kuantitinya dari semalam SOLD OUT lagi.......huhuuuuuuuuuuu....
Alhamdulilah......

Daripada hari yg pertama......... Gua adjuskan cikit.....cara susunan Air Jus & Dadih supaya lebih Walaweeiiiiiiii lagi.......
Kalau hari semalam Gua letakkan dalam takung air bekas plastik kuning tuh......kali ini Gua letakkan Air Kus terus memanjang diatas meja...huhuuuuuuuuuuuuu......
Sunguh - sungguh PUAS HATI......jam 7.00 petang semuanyaaaaaaaa "sakaliauuuuuuuuu"
Khemah Gua turun awal lagiiiiiiiiiii........

Buat Semua............adik2 Gua......
Koworang semua melakukan dengan sempooooooooooooi!

Buat Custumer Gua ......terima kasih kerana menyokong Gua.......


Warna Warni Epoiaaaaaaaaaaaaaaan......

Nih arrrrrrrrrrrrr Gerai Bazar Gua

Suked 8787 senyum sampai teliga
bila..... 55 Cup dadih nya...........HABIShhhhhh!!!!!!


"SAKALIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAU" ( Kamus Dj Epoi maknanya HABIS )

Jam 7.00 Khemah Gua..........dah diturunkan huhuuuuuuuuuuu....


Terima Kasih buat Semua adik -adik Gua......Good Job!



Inshaallah Tips2 dan Catitan ini ............
Kita akan sama2 kongsikan.....k
Buat semua........ !!
Gua mengharapkan TEGURAN dan juga IDEA dari koworang semua
......
Untuk Berjaya .....adalah lebih baiknya............kita kongsikan benda2 nih semua.....

P/S - Gua sangat - sangat PUAS HATI dengan CUTI yang Gua ambik semalam....huhuuuu.....


Nota Kaki
: Insyallah.......kalau ada lesempatan ada yg lebih cikit......Gua buatkan Open House nanti k......,Terima kasih diatas KOMEN anda semua......Gua terkejut juga ngn feed back dari kawan2 semua........sampai 17 KOMEN keseluruhan.
Kalau Gua buatkan nanti...Bebudak Johor & Melaka jangan lupa turun pulak heheheheh

Monday, August 24, 2009

Sold Out !

Salam

Alhamdulilah.......1st day........di Bazar Ramadan semalam....
Semuannya berjalan lancar........
Terima Kasih Tuhanku.....
Terima kasih juga buat ADIK2 Gua...


Satu permulaan yg bagus..........walaupon kita bermula agak lewat sedikit dari tahun sebelumnya...
Sebelum ini....jam 2.30.....khemah berniaga dah tercacak berdiri huhuuuuuuuuuuuuuu....
Gua paham Luorang semua masih lagi mencari rentak yang walaweiiiiiii...

Jam 630 petang semalam............Air Buah & Dadih............sold out!
Terkejut gak Gua...........................

Terima Kasih buat semua yg terlibat.......juga Kak Syabar & Suked yang menyediakan
"Dadih Warisan" ini







Jam 6.30......................khemah Gua dah " TAPAU " huhuuuuuuuuuuuuu

Kat Bawah gambaw2 Krew Gua yg berbuka puasa kat Tapak Pasar Ramadan....
Best owh....................kebanyakkan peniaga2 agan melakukan "Sistem Barter" pabila masuknya waktu berbuka.......tapi semalam Gua tak dapeeeeeeeek ar...nak lakukan.....pasal semuanya "SOLD OUT"



Saturday, August 22, 2009

Selamat Tinggal Hantu Dan Setan...


Anak Ketam Belajar Bejalan.....

Matanya Tanggal Digigit Lipan....

Selamat Datang Bulan Ramadan...
Selamat Tinggal Hantu & Setan.

Pesanan Jibril Buat Nabi S.A.W tika hadirnya Ramadan
" Jangan Tinggalkan Bermohon Maaf Maaf Dengan
3 Golongan Ketika Hadirnya Ramadan"
  • Mohon Maaf Dari Kedua Ibu Bapamu
  • Maaf Sesama Suami & Isteri
  • Mohon Maaf kepada Keluarga , Sahabat Handai & Mereka Yang Berada Di Sekeliling
Gua Sekeluarga juga... ingin mengambil kesempatan memohon maaf pada semua k...

Selamat Berpuasa Semuaaaaaa......


Dj Epoi Junior