Saturday, July 18, 2009

Rahsia Tauge


Rahsia Tauge


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu
Menyumbang kepada KESUBURAN Lelaki dan Wanita.
Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Bagi.... yang sedang berusaha mendapatkan anak, boleh cuba petua di bawah:

Ambil segenggam kacang hijau. Rendam dalam 2 hari, hingga tumbuh 'ekor' anak tauge kira-kira dua kali panjang kepala tauge. Air rendaman mestilah sama aras dengan kacang hijau yang direndam.
Tutup bekas rendaman, kalau nak senang boleh guna tupperware/periuk.
Bila kacang hijau sudah bertukar menjadi tauge, cuci dan buang kulit kacang hijau tersebut.
Rebus tauge engan dua gelas air kira-kira 15 minit dengan api sederhana, tinggalkan air rebusan sehingga lebih-kurang segelas. Bila agak suam, tapis air rebusan dan bolehlah dimimum.
Amalkan meminum air rebusan tauge tiap-tiap pagi, bermula dari hari pertama period sehingga waktu subur.

Jika diamalkan selalu, insya Allah, adalah rezeki nanti!

Selamat mencuba!

10 comments:

||alis|| said...

erk.. saya seboleh mengelakkan togeh nih.

sebab:
-togeh bleh sebabkan pewot moncet (hasil pembacaan)
-sesetengah pengusaha togeh nih guna sebahagian baja dia ngan najis (kencing babi), sebab togeh tumbuh direct ngan hanya air. tak guna tanah.

sekian. sorry eh kalau bagitau fakta nih, sebab saya tahu nih semua melalui pembacaan buku perubatan cina dan kursus pertanian yg parents saya attend.

Dj Epoi said...

Salam.....Alis

Menarik INFO Taugeh...nih.
Boleh dikongsikan bersama rakan2 blogger yg lain...

Tq Ar Sis!!

Dj Epoi said...

Powet Boncit?

Gua Boncit gak ker? heheheheh

Ivy Metaga said...

tauge sedap kan kalo goreng dengan mihun hehehhee...kueh tiaw goreng pun sodapppp...

Ayu Zan said...

teringat kes lori taugeh tergolek tgh jalan besar kampung aku.. melambak togeh.. ada buak kutip..tapi...semua org buang balek..coz, dpt tau yg tanam tu cina, die guna air ba**.huuhuu

A.I said...

aku tengok semenjak 2 menjak ni entry kau ni lebih berkisarkan 'anu-anu' je..

musim mengawan kau ye? kwang kwang kwang..

SUKED!!! READY FOR THE BEATLE!! :P

Idalara said...

bagus gak info ni..tp pasal kata tauge ni guna air najis..buat tekak kak ida kembang je..

Tinta Ana said...

macam mana neh..saya pengerusi kelab anti sayur.hehehehe

ToPeNG_OPeRa said...

hak3.
aku layan gak tauge nih.
tp lps ni kawen nnti xleh lar mkn byk2.
nnti ank rmai plak.
adesh.
~ak nk 4 jerk.
wakakaka!!
gatai seh.

Naz said...

good info....

Gua penggemar taugeh... maknanya, gwa ni suburlah yer bro?? ahaks..