Sunday, July 19, 2009

Dj Epoi & Machester United





Tapi anak buah Rajagobal akhirnya terpaksa akur kepada jaguh kelab dunia

GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.




Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri - anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53 ketika ramai menyangka akan dilumat habis-habisan oleh pelawat perkasa itu berpandu kepada kunjungan terakhir pada 2001 berakhir dengan kekalahan 6-0.

Tanpa disangka, Malaysia yang dihimpit dalam kotak penalti sejak sepak mula oleh United, berjaya mendapatkan gol yang didahagakan barisan anak buah K Rajagopal apabila Amri akhirnya membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Amri yang menampilkan prestasi baik untuk menjulang Selangor ke persada Liga Super, namun gagal menterjemahkannya dalam dua pemanas badan menentang Zimbabwe sebelum ini melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gawang Belanda itu pada penghujung saingan babak pertama untuk menggamatkan 100,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

United membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani.

Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dan membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.Gua ditemani orang kuat PROJEK FANTASIA GUA...Bro BADAR


Aksi ulangan Malaysia-MU


MANCHESTER United, semalam memutus kan untuk melanjutkan tempoh persinggahan mereka di Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dengan mengatur perlawanan ulangan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 8 malam, esok.

Harga tiket RM308 untuk tempat duduk utama dan RM58 tempat terbuka.

Tiket mula dijual di kaunter ‘pintu hijau’ Stadium Nasional bermula 12 tengahari ini.

Perkembangan terkini itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam selepas perlawanan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill, berkata selepas keputusan membatalkan kunjungan ke Indonesia, pasukan itu mengambil keputusan kekal di negara ini selepas amat berpuas hati dengan persiapan Malaysia.

“Kami terpaksa menolak rayuan Indonesia berikutan isu keselamatan sejajar dengan keputusan yang sudah dibuat kelmarin. Kami juga mengetepikan pelawaan Australia kerana terlalu sukar menguruskan aspek logistik pada saat akhir,” katanya pada sidang akhbar khas, semalam.

SKUAD

MALAYSIA:
Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraruddin Umar (Mohd Azmi Muslim), Norhafiz Zamani Misbah (kapt) (K Gurusamy), Mohd Aidil Zafuan, Mazlizam Mohd (V Thirumurugan), Safiq Rahim (Mohd Sabree Mat Abu), Amar Rohidan (Mohd Bunyamin Omar), Indra Putra Mahyuddin (Badrol Bakhtiar), Mohd Amri Yahyah, Mohd Khyrill Muhymeen, Zaquan Adha (Norshahrul Idlan Talaha)

MAN UNITED: Edwin Van der Sar (Ben Foster), Patrice Evra, Rio Ferdinand (West Brown), Anderson (Ryan Giggs), Dimitar Berbatov (Ferico Macheda), Wayne Rooney (Michael Owen), Nani, Paul Scholes (Zoran Tosic), John O Shea, Jonny Evans, Darron Gibson

15 comments:

ToPeNG_OPeRa said...

best nyer dpt gi..
nk gak..
tp xder cr7..
~sOb3

congrat to mlysia cOz prstasi yg agk baek..
lalala

IMANSHAH said...

Ramai tol penyokong..kalaulah Liga Malaysia macam ni kan barulah berduit persatuan bolasepak negeri..ni macam hidup segan mati tak nak..

~nEeYsA~ said...

waa...
bez nya bro pat g tgk!
bca entry ni pun ase dh cm bca brita sukn..
siap dgn intonasi g..
smpai semput kot..
pnjg sgt ayt nyer..
hihi

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum.

tak minat sgt kat MU.
tp tetap bangga sbb pemain malaysia tunjuk prestasi yg baik.

*clap-clap.

amirul said...

Salam Tuan Dj,

Mantap ulasan bola sepak! Pengalaman menjadi Dj le tu... hehe... apapun Tahniah kepada pasukan Negara...

TiNiE said...

wah..terror gak bro kita ni...
leh ganti hasbollah awang pengulas sukan muahahaha

Fly said...

Wah..best lah lu bro dapat tgk game tu :)

Anyway pose lu tu lebih macho dari owen :)

sabrosa said...

bro, next game p tgk dak??make sure pakai baju malaysia kali ni..hheheheh..gua sokong malaysia walupon gua fan MU..yeayhhh!!

joegrimjow said...

camne tak terjumpe ni
ade tiket 98 free untuk 2 lebey
haha

hysman said...

3-2 boleh la bro..dr 6-0,
kihkihkih..

Unknown said...

sempat jugak tu...
kakyong tgk kat tv jer...

DJ epoi nyer n3 ala2 reporter gitu... :))

Darling Pya said...

salam bro...
tiket kita harga sama
tapi gate masuk kita tak sama..
padan le acu tak jumpa lu..hahaha

A.I said...

pegi jugak kau ye....

IEYNA said...

salam bro..
tiket harga dh sama, gate pun sama tapi still xjumpa gak...hihihi
coz orgnye beribu...payah nk jumpa...
klu jumpa mesti muke cik yumici ada dlm blog bro ni kan...

ape2 pun malaysia best... :)

yatie chomeyl said...

arghhhhhhhhhhhhhh jelesssssssss jelesssssssssss