Tuesday, May 19, 2009

SUSU cap Gantung weih!!!!


Pada......kaum-kaum lelaki .......Siapakah yang tau benda kat atas...nih?
5
.
4
.
3
.
2
.
1

Memang tak tau ponk kank.....?hehehehehe
Kalau kaum Hawa yang dah beranak..takkan tau tau juga kut !!!heheheheheh
Ada kawan2 Gua yang tanya Gua....Baby Afiq dah berusia berapa bulan....
Gua cakap 3 bulan.....dia orang tak percaya siut!!! diaorang cakap......kalau ikut saiz badan dah macam 4 - 5 bulan...hehehehehh
Ok Gua Share cikit TIP2 nak Gemukkan/ Debabkan anak2 kui...kui....kui
Macam Gua
Sebenarnya...dari mula kelahiran hingga kini.... Baby Afiq masih lagi menggunakan
SUSU BADAN...
Apa yang korang.......tengok nih adalah.......Alat untuk menyedut susu badan yang Gua belikan tempohhari.......
Harga asalnya....RM 450.00....selepas Suked tawar...taWAR..dapatlah....
Rm 350.00

Tak yah...........nak cakap...!!!
Tak yah lah kita nak pertikaikan KEBAIKKAN SUSU BADAN nih.......kan?
Cuma apa yang Gua tau dari SUKED8787.......................setelah mengumpul SUSU badan ini.....kiranya ditempatkan didalam peti sejuk....jangak ketahanannya....boleh sampai 2 hingga 3 hari........kiranya ditempatkan didalam tempat BEKU boleh tahan sehingga 6bulan......siut!!!!
Tapi takkan lah.....nak simpan sampai 6 bulan kut kan....? Kalau tak habis juga stok tuh!!!! kasik jer BAPAK budak minum ,,,,kui,,,kui,,,kuii...lawak minggung!!!

Korang baca lah .....spec2 yang tertulis kat kotak bawah nih.....
Jom Layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Gua baru sahaja melancarkan Ruangan Update Baby Afiq........
chechhhhhh!!! lancar lah pulak...heheheeee
Ruangan ini gua ciptakan KHAS buat Gua dan rakan2 semua kongsikan tentang masaalah
JANTUNG BERLUBANG
Pada semua yang mempunyai pengalaman & ingin berkongsi pendapat.......
Inshaallah ......kita semua akan kongsikan k....
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu
  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

16 comments:

hysman said...

ilmu baru bg gwa yg tak kawen lg nih..baguih info nih..akan ku praktikkn pada bakal gwa punya bini..
hihikkk....

mantop beb..
1st time gwa tengok penyedut tu..
wakakaka....

thanx 4 dis info..

sabrosa said...

cayala bro!!hehehe

Diamilikku said...

bro saya pun beli jugak..fully electrik breast pump..tapi hampeh..guna dua minggu jer..alesha tak nak susu badan langsung...dah sedap minum susu anmum...

cerpelai said...

Info bagus ni bro..
Tapi tang benda yang serupa trompet tu gua taknak komen banyak.. Gua dah kawin dan gua tau apa bendanya tu.. Hahahaha..!!

Banyak info rumahtangga dia nih.. Pada kaum-kaum hawa kat luar tu, silalah cari calon cam brader Epoi ni untuk kesejahteraan hidup anda..

Kehkehkeh..

Dj Epoi said...

HysMan.............

Cepay kahwin beb!!!
Jangan Lambat kawin......

Heheheeheh
Huishhhhhhhhhhh........budak tak kawin mana boleh Komen pasal nih heheheheheheh

Siapakah gerangan bakal BINI HysMan ini kan...? Mesti Cun Gilak!!!

Dj Epoi said...

Sabrosa

Tq arrrrrr.......Periksa...Periksa juga...weih!!!!!!

Jangan Main Kotak pusing tuh sampai mingung hahahahahahahah

Dj Epoi said...

Diamilikku

Tak...tak...pa......
Anak num 2 on the way heheheheheh
Tak rugi!!!!

Tak habis!! macam dikata.....kasik kat Bapak dia hehehehehee

Dj Epoi said...

Cerpelai....

Macam Gua?
Huis!!!!!! gua nih biasa2 jer!!!!

Lu yang macam trompet tuh nampak sangat arrrrrrrr......
Kang tak pasal2 kena babab ngn org umah Lu heheheheeh

MariaFaizal said...

Tajuk yg telah menarik makcik kat sini..he he...

I didn't buy those pump as you could actually use hands.Boleh penuh botol jugak! he he...

P/S:Article mengenai susu ibu tu patut dibaca & dipraktikkan oleh semua ibu & bakal ibu.Jangan campur or beri minum air kosong/suam pada baby yg baru lahir as susu ibu already lengkap & terbaik!

Utk Sue M,for next baby,if baby x nak jugak susu badan,don't give up utk susukan juga baby dgn susu badan (w.pun using bottle)as Allah dah guarantee susu ibu adalah yg terbaik & yg paling sempurna.

@e_da said...

Bro... baby afiq makin tembam kan.. geram tul la.. thanx 4 the info.. dah tunjuk entry ni kat captain joy.. nak mintak jugak kat dia bst pam ni.... hehehehehe

Dj Epoi said...

Sis Maria.....

Kalau boleh macam tuh ....tak yah ibu2nya......

Bapaknya boleh tolong kerjakan...
hahahahahahahhahahah

Mak nyer relek jer!!!

Dj Epoi said...

Eida

Gua rekemen Lu dik.....

Benda nih...lebih membantu buat semua ibu2
Mudah , simple, selamat......

Made In Switzerland

Nak beli nanti bgitau Gua....gua kasik Alamat nya.......
Kat situ murah cikit pasal Distributor nyer!!!

amirul said...

Salam Bro,
keh3x... aku yg takde anak ni... akulah yg minum susu cap gantung itu sorang2... wakakakakakakaka... teeeeeeeettttttt... censored...

MariaFaizal said...

Dlm hal ni,abang sayang x boleh tolong,nanti jadi activiti 'riadah' lain..

Muah ha ha...

Baby Lyana said...

betul..baby Lyana fully breast-feed.. tu sebab dia bam-bam..bila tengok, badan dia umur cam setahun lebih, walhal baru 8 bulan..hehe

*SiRibenMerah said...

ouhhhhh..
topic neh x sesuai untuk I.. kuikuikuikui.. I hanya menyokong untuk sume ibu2, berikanlah susu ibu untuk anak2 korg.. hehehe..

* bro, my sis malas nak pump susu kerap2 untuk baby.. tuh psl dioa sumbat susu anmum je utk alesha..hahahahahaha*