Monday, May 25, 2009

Pagar Corak Makin Diminati

PAGAR yang tersergam indah memperlihatkan kemegahan dekorasi pemilik dan memukau pandangan setiap tetamu. Bagaimanapun, perancangan konsep kediaman lebih menarik jika reka bentuk pintu pagar diberi tumpuan utama.

Pintu pagar atau jeriji bukan saja mampu menjadi penghias dekorasi rumah supaya nampak cantik dan bergaya tetapi juga untuk mengelak kejadian tidak diingini. Selari dengan perkembangan semasa, ada pemilik yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan pagar reka bentuk terkini.

Pintu pagar antara elemen dekorasi terawal yang ditatap tetamu dan keluarga ketika berkunjung ke kediaman dan fungsinya bukan setakat melindungi rumah semata-mata.

“Fungsi pintu pagar yang dulunya hanya untuk keselamatan isi rumah kian dipelbagaikan dan berkembang sebagai pelengkap konsep hiasan kediaman. Corak pelbagai jenis dan warna serta eksklusif yang diterapkan pada pintu pagar berasaskan kemasan besi tempawan (wrought iron) menyebabkan ia diminati.

“Sebenarnya, untuk memilih corak pagar ini bergantung kepada cita rasa pemiliknya. Sama ada konsep moden, kontemporari, nusantara atau tropika, kediaman lebih bergaya jika dekorasi pintu pagar yang dipilih sesuai dan tidak keterlaluan,” katanya.

Beliau berkata, pemasangan besi hiasan bercorak bukan saja pada pagar tetapi sesuai dipasang pada selusur tangga, tingkap dan balkoni yang pastinya membuatkan ia tampil berbeza jika reka bentuknya kreatif.

Terdapat beberapa motif hiasan besi tempawan tiga dimensi flora dan fauna selain corak yang menerapkan keunikan identiti tempatan sebagai simboliknya termasuk corak padi dan tumbuhan tropika.

“Corak bermotifkan identiti tempatan seperti `rural charm’ mempunyai makna tersendiri dalam mengembalikan nostalgia kedesaan kepada setiap penghuni kediaman. Motif `rural charm’ memberi kesan secara langsung kerana istilah desa itu sendiri menggambarkan ketenangan dan keharmonian semula jadi.

“Menyedari keunikan itu, para pengusaha seperti saya mengambil peluang mempelbagaikan motif hiasan pada pintu pagar dalam usaha memenuhi cita rasa pemilik kediaman dan memulihara nilai estetikanya dengan gaya tersendiri,” katanya.

Setiap corak tiga dimensi seperti kelopak bunga direka khas dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan pemilik dan risiko pembiakan nyamuk serta besi tidak mudah berkarat.

“Pintu pagar besi tempawan antara produk yang memerlukan ketelitian dan kreativiti dalam penghasilannya sebagai langkah memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.

“Biasanya motif flora yang diletakkan pada pintu pagar itu banyak mengikut permintaan pelanggan dan ada kalanya menguji kemampuan jika pelanggan meminta pemandangan hutan hujan tropika direka pada pintu pagar itu,” katanya.

Motif hiasan yang ditampilkan pada pintu pagar banyak menggabungkan ideanya dan mengikut permintaan pelanggan supaya segala yang dihasilkan memenuhi cita rasa semua pihak sesuai dengan bajet dikeluarkan.

Untuk Mendapatkan Tips2 ...Untuk Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah jom gi TERJAH blog Gua yang satu lagi kat bawah

http://www.djepoi.blogspot.com

8 comments:

Tukang cerita said...

walaweiiiiii....
cantik gila bro.....

~tp, ku tak mampu...huhuhuuuu

CAHAYA said...

rumah kat mane ni? cantiknya!

Dj Epoi said...

Tukang Cerita -
Terima Kasih
Inshaallah Kak!!!.....Akak ponk boleh

Dj Epoi said...

Cahaya -

Cahaya...nih adalah projek mega Fantasia Gua ketika ini...kat KEPONG.....

ciK LyndaWawa said...

wah..
nanti tolong design untuk rumah sy..:)

Hazlin Nazri said...

Salam,
pagar sekarang memang cantik-cantik.

yg penting kepala agung tu je...

Fly said...

salam sahabat, wow hhebat ...2 susah nak jumpa orang2 kita yang berkemahiran tinggi cam lu ni :)

Anyway juri untuk contest lu tu InsyaAllah gua xde masalah ...

TajiDaGreat said...

brother, boleh sy dapat no contact x?
sy nk ty harga utk gate.