Penyusuan Susu Ibu
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
- mudah hadam
- sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
- mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
- mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
- sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
- ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
- rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
- bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
- susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
- susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
- bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
- susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
- makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
- teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini
Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan
Bayi
- tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
- tidak akan mendapat kolostrum
- akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
- susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
- boleh menyebabkan bengkak payudara
- sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
- susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
- susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
- susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
- susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
- perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
- yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
- anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
- merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
- membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
- mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
- susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
- sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
- penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
- biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
NOTA : BABY AFIQ menggunakan 100% Susu Ibu dari mula Kelahiran Hingga kini.....
11 comments:
Just discovered another great benefit if baby fully breastfed.Better rate of recovery if baby has small heart condition like baby Afiq.InsyaAllah...
Have a steadfast recovery baby Afiq.Auntie & families know you're such a strong,smart boy.Ameen...
P/S: I'm still breastfeeding the not-so-baby Ayesha :D
Sis Maria .....
Siuttttttttttttt!!!! jew hehehehhehee
hahahahahahhaha....
kak maria very the notty...
alesha dulu tak nak minum susu badan...harap2 yang nombor dua ni nak ahh menyusu..sedih rasa tak dapat bagi baby hisap susu sendiri...alesha sampai skrg kalau tunjuk kat dia..dia tak berahi nak hisap..takat cium jer....hampeh dot com tul...
kolestrum memang bagus utk baby. pesal tu la susu baby kat kedai mahal2 belaka pesal ada benda ni. artikel yg bagus utk mereka yg dah ada baby, bakal dpt baby dan bercadang2 nak cari bakal ibu kpd baby...
*semoga baby Afiq semakin sihat dan semakin comel mcm ayahnya... :)
Baby Afiq sangat comel. Cepat sembuh yer sayang.
ku suke minum susu ibu
Salam Bro,
1st, semoga baby Afiq betambah sihat dan kuat...susu ibu keperluan kanak2x tapi apa pulak susu keperluan bapanya pula ya? hehehe...
Tuuuuuut!
comel3!!
*hehe..dulu sufy lmbat bhenti menyusu..sbb tlalu sedap kot!!haha
hmmm...patut baby strong kan, huhu comel lah gambo2 dia tu..
meh sini cubit pipi baby yg gebu2..tu hehehehe..
nape dak afiq ni comeyy sgt.. heheh.. insya allah ikut jejak langkah kak suked.. breastfeed sepenuhnya.. hehehhe
Lyana pun breastfeed 100% dr saat kelahiran hingga harini..1 thing, dia susah nak sakit @ demam.. rasanya, baru sekali dia ala2 nak demam lepas imunisasi yg 1st.. hari2 lain, semua aktiffff ajer..
Post a Comment