Monday, March 23, 2009

Petua LELAH / ASMA


Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.


Diantara petua yang boleh diamalkan ialah dengan menggunakan daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

DJ EPOI

11 comments:

CAHAYA said...

serius? tak sangka pokok hati2 tu leh mengubat. Ingatkan utk perhiasan je. :)

Thanks for sharing.

Dj Epoi said...

Yap......BETUI......


Gua ponk ingat untuk perhiasan jer sebelum nih.....
Ummmmm.....
Okessss!!!!

Amacam bercuti.....Ok?

TiNiE said...

hmm..menarik. tapi mana nak dpt pun daun ati² nih. anak² kbnykan ada eczema yg relate kepada asma. tapi tak kronik la. kalau leh amal petua ni leh kurangkan, alhamdulillah

MariaFaizal said...

Hmmm...x sangka. Terima kasih kerana berkongsi satu lagi 'keindahan' pokok herba ini. :)

amirul said...

Salam Sahabat,
Jarang2 dengo daun ati2 nih... kat mane bleh dpt erk? Anyway... thks 4sharing...:)

SYAbAR said...

Kat KL, banyak ditanam sekitar taman2 rekreasi or tepi2 jalan. Tak silap dulu depan BDKL pun byk ditanam dlm pasu. Nak ambil minta la izin dulu, bukan apa CCTV banyak, takut kena saman kang

hysman said...

baguih info nih..
thanx bro..
gwa pon kalu bersukan memang semput tahap dewa2 same like asma gak hehee..
a'ar la bro..tak penah dengo dan tak penah nampak pon daun ati2 nih..sukar dijumpai la..
tak pe org dulu2 mesti tau..so nnt ape2 hal tanya ler mok den..
hehee..
:p

echah_syed said...

alamak..mane nak dapat mende alah ni ekk :)

combi ni batuk blom baik lagik laa :(

ade petua tak tuan hamba?? :p

Naz said...

pokok camni lah yg bagus ditanam kat ghumoh. ada manafaatnya..

sriayu said...

PETUA TERBAIK... ADA ORG KATA MINUM SARANG BURUNG WALIT...WALIT GOLD.. I TRY MINUM.. OK...AND MUCH BETTER... KLU ADA YG MENCARI CARI PRODUK KESIHTAN... PRODUK SUAMI ISTERI.. MEH LA SINGGAH DI BLOG SAYA.. MCM MCM ADA.. I AKN CUBA CARI POKOK MCM DLM PETUA U NIE.. THANKS YA...

Anonymous said...

Daun ati² yg mana satu sesuai utk di sapu od dada