Tuesday, March 24, 2009

Petua Kekalkan Zat Sayur-Sayuran


Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut saya sertakan cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :
  1. Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
  2. Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
  3. Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
  4. Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
  5. Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
  6. Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
  7. Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.
Gambaw Candat Sotong Kat Pulau Langkawi


Dj Epoi

8 comments:

Diamilikku said...

apa pasal itu gambar potong tangan...
haiyyayyaaa...macam sosej je nampak...
ni buat saya tak lalu nak makan sosej nih.....bro nih saja tau

SYAbAR said...

Ngeri tengok jari-jemari tu.... nak mkn tgh pikior 2/3 kali kalau ingat itu cili....

CAHAYA said...

erk, gambar jari buat lauk tu sgt seram la.

cerpelai said...

Dalam banyak-banyak, acara mencandat sotong tu jugak yang gua berkenan.. Yihaaa..!!

Pernah kena serang dengan todak masa candat sotong dulu.. Bukak lampu sorot kat tengah laut.. Nasib tak terkubur kat situ..!!

Fly said...

best ah bro candat sotong, gua pernah gak merasa masa kat pulau stindan..ngidam nak gi lagi ni

thanks bro epoi, jgnlah ckap camtu gitu malulah gua bro (sambil kelip2 mata haha)

bro lu saje perli gua bab tido yek heh...bab tido tu, pehhhhhh memang x cukup bro..wuuu2 mlm tadi dpt tido 2 jam lebih jek.

Idalara said...

weh...djepoi ni...wat akak ngeri jer tguk jari2 dipotong mcm cili tu...tp info ni bagus dikongsi bersama...bolehlah akak try test cuba...

amirul said...

Salam Sahabat,
Info ini baguih... semua info yg Dj Epoi keudarakan semuanya baguih2... tima kasih berkongsi... tapi nape terkeluar gambo potong jari nih? buat tak lalu mkn jek! hehe...

hysman said...

adoyaii..
tak nak mcmterbeliak plak gwa tgk jari tu terpotong..
huh..nyummiee..ceh..

hahaa..
baguih la info nih bro..
tank kyu veri mach..
gwa kdang2 dgn batang2 sayo pon makan..
hehe..budak kg..
:p