PENGUNJUNG yang singgah di Putrajaya hujung minggu lalu, pasti terperanjat dengan kehadiran 25 belon udara panas berwarna-warni yang didatangkan khas dari seluruh dunia.
Gua ponk berkesempatan membawa Suked8787 ,anak2 dan adik & adik ipar Gua kesana....
Layanzzzzzzzzzzzz
Pemandangan yang jarang dapat dilihat di negara ini adalah sempena penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya, dari 19 dan 22, April lalu.
Pesta ini dijadikan gelanggang untuk mempamerkan inovasi, rekaan, teknologi dan perkembangan terkini dalam penghasilan belon panas.
Walaupun tidak berpeluang menaiki belon itu, pengunjung terpesona apabila menyaksikan kepelbagaian bentuknya naik perlahan-lahan ke ruang udara Putrajaya.
Ada juga yang datang seawal jam 7 pagi di Alaf Baru di Presint 2 bagi menyaksikan proses memasukkan gas helium ke dalam belon bagi membolehkannya terbang ke udara.
Sambil menyaksikan belon panas, pengunjung juga dapat menyertai paramotor, helikopter dan kapal terbang kawalan jarak jauh serta bermain layang-layang.
Penganjur juga turut menjemput kumpulan wartawan asing dan tempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki belon udara panas.
Acara ini diharap menjadi landasan bagi Malaysia menganjurkan lebih banyak pertunjukan sama seperti di Albuquerque, Amerika Syarikat; Bristol, United Kingdom dan Saga, Jepun.
>TAHUKAH ANDA?
>Pada 21 November 1783, Jean-François PilÒtre de Rozier dan François Laurent d'Arlandes membuat penerbangan pertama dengan belon udara panas hasil ciptaan adik-beradik Montgolfier di Paris.Robocop & Geng
>Belon udara panas memiliki beg dipanggil "envelope" yang mengandungi udara panas. Tergantung di bahagian bawahnya adalah gondola berfungsi sebagai tempat penumpang atau sumber udara panas.
>Udara yang dipanaskan dalam 'envelope' ini membuatkannya terapung di udara kerana kepadatan yang lebih rendah berbanding udara sejuk di bahagian luar. Belon yang digunakan dalam festival atau acara sukan diperbuat daripada bahan tahan lasak seperti Nomex.
Belon udara pada hari ini kian popular sebagai aktiviti rekreasi dengan lebih 7,500 belon udara panas beroperasi di Amerika Syarikat.Gua , Adik Bogsu Gua ( Saiful Naim ) , Syamil ,Anas Sufyan & anak2 Bro Jasmi
Aida - Anakda Abg Gua...Saiful Nizar & Kak Azrina
7 comments:
comey baby dlm troly...
Bro... gua tau lu gayat, mesti tak naik belon tu kan..kan...kan,
Bro lagi satu baby aida dlm trolie bukan dlm stroler..hehehehe cian baby aida
Salam Sahabat Epoi,
Weih! Pembetulan... 19~22 March... bukan April... hehe...
salam bro,
tak citerpun naik ke tak belon tu... kalu naik mesti dh citer best kan?...
cutenya baby tu..
Laaa....dalam trolley sweet baby Aida sleeps...
kesian baby....but x per as she's so cute!
Panas tak cuaca hari tu bro? Looks like fun..
uiiii kak suked dah abis pantang ke?
Djepoi ni asal mana dan dok mana..akak yg dekat dgn putrajaya pun tak tau pasal ada pertunjukan belon ni..wah..rugilah tak dpt g tguk..nampak mcm best jer..
Post a Comment