Sunday, March 22, 2009

Khasiat Durian Belanda



Khasiat Durian Belanda

Ramai dikalangan kita yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Demikianlah khasiat Durian Belanda

DJ EPOI

10 comments:

@e_da said...

thanx 4 the info... wah Dj epoi ni saje membuatkan tekak ni rasa cam nak durian belanda ni la... huhu nampak sodap...

MariaFaizal said...

Hmmmmm....patutlah lepas kawin terus dpt anak. Acah jer..he he...Bersyukur atas rezeki & kurniaan Allah.Alhamdulillah.

P/S: I memang suka durian belanda since bujang from fruit to the juices/cordial :)

sabrosa said...

jus durian belanda sedap bro..gua suka..hehhe..nati time gathering kita bley buat kot..special punya utk achik..hakhak

Naz said...

ooo... begitu yer ceritanya. bnyk sunggu khasiat dr pokok sampai ke buah.

SYAbAR said...

Nak minum juice segar buah ni, pi pekena kat gerai makan tepi veledrom cheras. Sambil2 tu pekena ayam kampung goreng panas2.

hysman said...

salam bro..

fuh..sodap siott..
tapi cmane buah ni boleh dinamakan durian belanda bro??ni patern durian kat belanda ke??hihikk..

walaupon masam klu mkn buah tu mcm tu je pon da terangkat beb..
hao liaw...
kahkahkah..
thanx for da info bro..

peace no war..

Idalara said...

hmm...rasa yg masam2 manis dan sejuk mng melegakan tekak yg kering...mng buah favourite akak ni...masa zaman2 remaja dulu ada pokok durian belanda kat rumah mak..tggu je buah tu masak siaplah buat air durian belanda..pure lagi..tnpa pengawet..
rupanya bnyk khasiat buah durian belanda ni ye...

amirul said...

Salam Sahabat,
Good Info... thanks You...

Fly said...

salam sohabat, info ilmiah camni memang ditunggu-tunggu..

Anonymous said...

klu nk minum jus DB boleh hubungi saya Wagi 0197955133