Wednesday, March 17, 2010

Tip Susun Sofa


Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-

  1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
  2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
  3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
  4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
  5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
  6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
  7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.

P/S - Dj Epoi duduk atas LANTAI ponk siooooook juga hehehehhe.......

Nak tau lebih lagi tentang Tip - Tip Ubahsuai Rumah ....
Terjah Blog Gua satu lagi........

djepoi.blogspot.com

8 comments:

Unknown said...

rumah ku tiada sofa.. tetamu dtg sila bersila yer.. :)

amirul said...

Salam bro,
Rumah aku pun tiada sofa... dok atas tilam je la ye... hohoho

Ena said...

umah sy hall nyue memanjang.. tp x la luas sgt.. memg pening nak buat susn atur.. kejap cam tu kejap camnie.. pintu masuk adlh slidding door..
memandangkan keluasan yg agak terhad.. sy cumer letak 1 sofa yg 2+1 yg duk sekali jer.. pastu klu tetamu dtg duduk kat bawah pun boleh sbb sofa tu cam x muat nak dok.. ahahahaha..
sy belasah jer la .. ok ker camtu? ker x paham penerangan sy nie.. uwaaaa...

Dj Epoi said...

Kak Yong...

Wakakakaka...itu yg best tuh Kak

Dj Epoi said...

Amirul...

Ambik tilam ngn katil tak kat Hall ponk Ok gak!

Dj Epoi said...

Yap....kalau rumah kecil..Gua galakkan mengunakan Sofa L Shape jer....BUT yang MINI ok...

Ena....Gua paham apa yg Lu nak sampaikan ....hehehheh Walaweiiiiiiii

el said...

bgs tips ni..thx bro
w/pun gua dok ngan mil
tp insyallah ms depan ada umah sndiri
sudah pasti tau nak susun sofa cm mn..hehehe

irma said...

thx utk tips ni....tp kat umah ni tuan umah sewa gua ni tinggal ka sofa 3+2+1+1 dgn 2meja kopi..aduyai..pening nk susun,umah pon kecik je...mau je letak smua ni kat luar...haha br lapang..