Monday, April 6, 2009

Projek Fantasia Ampang - Tips2 Pemilihan & Pemasangan Tile

SEBELUM
SELEPAS

Salam....

Hari ini Gua nak tunjukkan kat semua ....kerja2 akhir yang Team Gua tgh jalankan di AMPANG


GUA ...KONGSIKAN TIPS- TIPS Untuk Memilih & Membeli Tile 2 Kaki x 2Kaki

Sebenarnya rumah nih adalah RUMAH LAMA...rasanya Umur rumah nih ponk dah jejak 20 tahun lebih.....
Memang mencabar gila buat KREW2 gua untuk projek ini......mana idaknya...memula kitaworang pergi site vissit...Mak Oi!!! dah macam rumah Hantu...siut!!!!! heheheheheeh

Teruja untuk mencarik kelainan dan membalas kepercayaan tuan rumah .....Gua ON kan juga projek nih.....

Projek nih mengambil masa yang agak lama cikit untuk disiapkan diatas sebab yang yang tidak dapat dielakkankan seperti
Tiada Bekalan Api & Air pada awal projek....di kebas/dirembat/dicuri dik geng Ali Baba Bujang Lapok Penyamun.....heheheheheehh
Paip Air lama tidak dapat digunakan lagi memandangkan semua G.I paip dah tersumbat dek kotoran2 KEKARATAN degil....almaklum...rumah lama...
Tiada Penempatan Statik Pekerja untuk projek ini....pada mulanya...
Tidak sepenuh masa untuk menyiapkan rumah ini.....( Selalu Terlibat ngn kerja2 Ekspess yang diberikan oleh Tuan Rumah Ini....pada projek yang lain )


TIPS Pemasangan & Pemilihan Tile


Proses Pemasangan Tile

Korang nampak tak duit sling 50 sen kat tengah2 gambaw diatas..

Tips2 Yang Terbaik Untuk Menguji Kerataan Tile Lantai & Pemilihan Tile saiz 2kaki x 2kaki

Dengan cara menggunakan Duit Siling 50 sen......
Korang gosokkan atau ponk longsorkan duit siling tersebut diatas permukaan lantai sewaktu dalam proses pemasangan.....bila terdapat tile yang tak rata.... duit tersebut akan melantun jadik On The Spot korang boleh minta kontraktor buka kembali tile tersebut.....kang !! tak pasal2 bila simen dah keras... korang dah rugi sekeping tile....kalau tile saiz 1 kaki tak terasa sangat... pasal murah......kalau kena tile 2 kaki....Walaweiiiiiiiiiiii mahal siut!!! sekeping dah Rm 15 - 30++ sekeping...

Juga .....JANGAN MENGGUNAKAN TILE yang MURAH.....esp tile dari CHINA.....
KENAPA... Gua cakap macam tuh.....,untuk tile daripada negara China daripada pengalaman Gua yang dah masuk 14 tahun dalam line Construction nih.....dan servey2 yang diajukan pada semua tukang-tukang pasang tile TERLATIH..........tile tersebut tidak dapat bertahan dengan lama.......selalunya akan tertanggal dengan sendirinya... juga cement tidak akan melekat dengan baik di permukaan tile walauponk ianya dipasangkan dengan mengikut Teknik2 yang betul..dan sehingga kini masih lagi Tiada Jawapan untuk penggunaan Tile daripada negara CHINA ini.

Memang Cantik & Murah kiranya nak dibandingkan ngn Tile dari Malaysia.....tapi kena ingat BEB!!! sebagus/sepandai mana Tukang yang digunakan & Secantik mana tile tersebut.........

DEFECT akan datang pada bila2 masa......!!!! Tak hari ini besuk...tak besuk bulan depan...tak bulan depan ..tahun hadapan.......

Nak Cantik ker?
Nak Tahan Lama?
Sangup Keluarkan KOS TAMBAHAN ?
Sanggup dalam KETIDAKSELESAAN bila dalam Proses membetulkan Defect ?
......
Sendiri mau ingat beb!!!


Dari pada postmortem Gua sebelum ini.... tile daripada China tidak sesuai ngn Cement di Malaysia walauponk kita gunakan sepecial GLUE CEMENT / CEMENT GAM

Dan jangan KELIRU ngn Tile Gred A ....Gred B...Gred C....harga serupa, tapi Quality berbeza sama sekali dengan Harganya..........korang boleh bertanya pada Tauke2 Kedai Tile tersebut untuk mendapat kepastian selebihnya ..........
Seperti selalunya...Tile yang murah disetiap Bucunya adalah tidak lurus....dan tidak konsisten diantara satu sama lain....menyukarkan si pemasang tile dan akan mendapat hasil yang tidak baik...

Diigatkan!!!
Barang Baik ,,,,,Harga ponk baik Beb!!


Langkah-Langkah Untuk Memilh & Membeli Tile
  • Lakukan Perbandingan pada Tile Yang Murah dan Mahal
  • Pastikan Quality Edging Tile dalam keadaan Bersiku 90<
  • Pastikan Kelicinan & Kekilauan permukaan tile ( Ini penting )kiranya tidak ada perbandingan Tile Murah & Baru....... susah untuk kita membuat perbandingan KILAUAN muka tile
  • Tanyakan Gred-gred tile .....Gred A,B,C .......Tile Serupa tapi Qualitynya adalah berbeza
  • Pastikan Cement2 yang bertepatan ngn Tile2 yang hendak dipasang...... ianya boleh dibeli di Show Room Tile ( Contohnya Cement Gam & Cement sepecial untuk tile!!!! ) Cement biasa tidak digalakkan untuk semua proses ini bagi menjaminkan KETAHANAN ....
  • Cement biasa haruslah dicampur ngn Cement diatas.
Proses Membuat Kounter Meja Dapur


Proses Melicinkan Lantai Kasar Permukaan Ceiling sediaada

Gua disamping Grill Yang Telah Siap Dipasang


Kerja -kerja menurunkan lantai Car Poarch sediaada .......1.5 meter lantai yang
diturunkan

Proses Membentuk Pandangan Hadapan Rumah


Meja Kaunter Yang Hampir Siap


Proses Membuat Car Poarch ( Exposed Timber )

Proses Pemilihan Kayu2 Yang Lurus
Proses Membentuk Depan Kayu Pegola & Varnishing

Car Poarch ( Exposed Timber )
Kelebihannya adalah Mempunyai Kitaran Udara dan Angin yang mencukupi
( Tidak Panas )




Gua ...olahkan anak Tangga mengikut Konsep Tangga RUMAH MELAKA....

Seperti Biasa ....,selalu Gua gunakan Pintu Allumunium ini bagi menampakkan TANDAS Lebih Feminin & Modern

Moga dapat Berjumpa lagi didalam Projek Fantasia Seterusnya......CASA EPOIaaaaN!!!

Untuk apa jua soalan ....boleh diutarakan dalam ruang Komen....Inshaallah Gua cuba membantu menyelesaikan masaalah anda .....
Untuk Lebih Lanjut Tentang Renovation Rumah & Tips2 berkaitan dengan Dengan Rumah sila TERJAH ke FOLDER
PROJEK FANTASIA

9 comments:

@cu SaYaNg said...

wah..tahniah bro
umah tu jadi cantik hasil keje tangan lu & the geng

Rubina Yunal said...

G.I.L.A

total makeover. sgt kagum..

MaMaQaYPo FaMiLy said...

waaaaa.... lawa siut!!

SYAbAR said...

On your mark>>>>>>>

cerpelai said...

Waicehh..!!
Panduan yang berguna dari seorang businessman berjaya..!!

Cayaklah bro..
Gua suruh Ameng buat tabik spring kat bro..!!

Naddiea said...

bro,sangat kagum okeh..well done!

Fly said...

salam bro, sekalung tahniah dari gua, dasyat ah daya kreativiti bro, bukan calang2 orang yang leh wat renovation cam bro dan team bro.

echah_syed said...

wow.. sgt cantek bah !

pstttt..berapa ribu hengget laa budget mcm gitu.. :D

info yg sgt berguna bro.

amirul said...

Salam,
Weih! ada kerja kosong tak? Aku nak kojo...hehe