Beberapa Kaedah Berkesan Mengurangkan Stress - Siri 1
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Stres atau tekanan perasaan adalah sesuatu yang tidak disenangi dan boleh menjejaskan daya tumpuan kita terhadap aktiviti kehidupan seharian yang perlu kita tempuhi. Di sini terdapat beberapa panduan berkaitan dengan cara-cara untuk mengurangkan stres.
Petua Selepas Bangun Pagi
Elakkan tidur pada waktu pagi. Tidur pada waktu pagi boleh mendatangkan tekanan perasaan. Sekiranya jam loceng anda berbunyi, pastikan anda tidak mematikan jam loceng tersebut semata-mata untuk menyambung tidur. Ini kerana usaha anda untuk tidur kembali selepas terjaga pada waktu pagi boleh menyebabkan tenaga anda semakin berkurangan akibat tekanan.
Udara segar pada waktu pagi seharusnya dimanfaatkan untuk menyegarkan kembali nafas dan minda anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya untuk menghirup udara segar pada waktu pagi. Lakukan senaman ringkas dan mulakan aktiviti pagi anda dengan penuh rasa ceria dan fikiran yang positif.
Kurangkan Kafein Hindari Stres
Sebarang jenis makanan atau minuman yang mengandungi kafein seharusnya dielakkan daripada tersenarai dalam menu sarapan pagi. Sekiranya perlu, ambil makanan atau minuman berkafein dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan kafein yang terlalu banyak pada waktu pagi akan melambatkan kelancaran pemikiran anda, dan ini boleh menjejaskan daya tumpuan anda. Akibatnya, anda akan mengalami stres. Anda disarankan memakan epal pada waktu pagi untuk melancarkan lagi daya pemikiran anda.
Sarapan Pagi Baik Untuk Pengamal Diet
Badan dan otak anda memerlukan zat dan garam mineral yang secukupnya untuk memulakan pagi anda dengan sempurna. Oleh itu pastikan anda bersarapan pagi sebelum melakukan kerja-kerja rutin anda. Sekiranya waktu tidak mengizinkan anda untuk menyediakan sarapan pagi, maka makanlah makanan yang boleh dibawa bersama ke tempat kerja seperti snek lobak atau apa-apa makanan yang berkhasiat dan ringkas.
Makan pada waktu pagi juga dikatakan berkesan untuk pengamal diet. Jangan terkejut sekiranya anda dapati, orang yang tidak meninggalkan sarapan pagi akan memiliki berat badan yang lebih unggul berbanding orang yang selalu meninggalkan sarapan pagi. Berat badan yang ideal pasti akan memberikan satu perasaan positif terhadap diri anda dan secara tidak langsung boleh mengurangkan stres.
Kurangkan Stres Dengan Aktiviti Senaman
Senaman bukan sahaja bagus untuk memperbaiki stamina dan kelenturan anggota badan, malah boleh juga membantu menguatkan mental dan menghindari stres. Semasa anda bersenam, endorfin akan dibebaskan untuk meningkatkan tenaga anda. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih selesa dan bersemangat.
Stres atau tekanan mental selalunya akan menyebabkan badan anda rasa lemah dan kurang bersemangat, maka senaman adalah salah satu cara untuk menyihatkan kembali fizikal dan mental anda.
Kemaskan Rumah dan Hiaskan Bilik
Sekiranya kita berasa stres, mengemas rumah atau bilik sewa yang menjadi tempat tinggal kita boleh memberikan perubahan kepada jiwa kita. Bilik yang ceria, kemas dan cerah akan dapat menimbulkan suasana yang damai.
Anda tidak perlu memberi barang-barang perhiasan yang mahal-mahal, cukuplah sekadar mempamerkan apa-apa objek yang dapat memberikan rasa diri anda dihargai. Contohnya barang-barang hadiah pemberian kawan, piala-piala, sijil, gambar foto bersama orang tersayang dan aliran udara yang baik.
Bilik yang pengap, panas dan lembab akan mendatangkan rasa resah kepada diri anda, maka pastikan anda mempunyai cara untuk mengatasi masalah ini.
Banyakkan Berinteraksi dan Berhubung Dengan Masyarakat
Hidup bersendirian akan menyebabkan anda rasa kesunyian. Warga tua yang tinggal berseorangan di rumah selalunya memelihara kucing atau anjing sebagai teman setia mereka. Orang muda juga tidak dapat lari daripada kesunyian. Apabila anda tidak ada teman untuk bercakap, maka carilah teman yang boleh memberi teladan kepada anda. Libatkan diri dalam aktiviti sosial dan pastikan anda sentiasa bertegur sapa dengan rakan-rakan di tempat kerja, jiran-jiran di sebelah rumah atau sesiapa sahaja yang anda selalu temui dalam kehidupan seharian anda.
Pernahkah anda berjalan dengan arah yang bertentangan dengan seseorang tanpa menegurnya? Pernahkan anda pergi ke kedai runcit, mencari barang keperluan, meletakkannya di atas kaunter dan kemudian membayar tanpa bertegur sapa atau bertanya khabar kepada penjaga kedai? Cuba ubah rutin tersebut. Agama kita, Islam menggalakkan kita mengucapkan salam kepada sesiapa yang kita temui, ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama manusia, selain membantu untuk menghilangkan stres.
Apabila kita merasai diri kita wujud dan diterima oleh masyarakat sekitar, kita akan berasa gembira dan ini akan dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan atau stres yang sedang kita hadapai pada satu-satu masa.

2 comments:
huhu. cahaya keje malam. balik kul 7pg. kalau tak tido, konfem dingdong. huhu.
huhuhu(ikut Cahaya kat atas :)
kalau i baring kat atas rumput mcm bro dj buat tu,org mesti ckp "kesian maria..probably due to stress kerja dia ni" :D
or
kalau i amalkan dudk bersila (lebih kurang yoga practice dlm pix above :),nanti org ckp i pengikut ram hare ram pulak! he he he...
Acah jer...
Have a happy w/end bro & family..
Post a Comment