Tuesday, February 3, 2009

Terimalah Suami Seadanya...


Terimalah kekurangan Suami seadanya
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,

" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,

Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan,

Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan
kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.
Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?


Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata
"NO MAN IS PERFECT".

14 comments:

rampage said...

no woman no cry, no man born perfect...

nak jugak hang tayang gambark time muda noooo.(time kurus).

betul aper yg hang kata:"Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata.".

aku sokong hang, kengkadang jer ader isteri menganggap bila suami pulang lewat,dia pergi berfoya2 ngan pompoan lain...hehehehe Adios

amirul said...

Salam Dj Epoi,
Wah? bukan main lagi ar? Hebat ar ceramah... ada potensi jadi ustaz rock la pulak? hahaha.
anyway... confuse skit ar... nape ada pic Dj sendiri? ditujukan siapa sebenarnya ni? huhu

Diamilikku said...

inginkan suami yang sempurna...
tapi adakah isteri itu sudah menjadi sempurna untuk suaminya?? manusia diciptakan berpasang2..untuk melengkapi...tak payah la nak komplen2....ish tak faham lah...ada jugak manusia cenggini kan

sabrosa said...

sempoi bro..mmg nasihat yang berguna buat semua perempuan2 dan isteri2..gud job bro!!!

MariaFaizal said...

Sekira nya wanita itu masih tidak sempurna seperti Sayyidatina Khadijah a.s, janganlah bermimpi untuk bersuamikan lelaki seperti Rasulullah s.a.w.

I selalu ingat perkara tu bro...

Tiada perhubungan sesama manusia yg sempurna. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. But it really helps if both hubby & wife pandai memujuk (bukan isteri shj yg merajuk dlm dunia tau ? :)

I'm feeling very lucky (I hit JACKPOT with my hubby!).Walaupun apa org ckp about my hubby, I tetap rasa dia sempurna buat I, pewittttt!!!

Cheers bro & Suked!

Dj Epoi said...

Rampage - Semua itu adalah luahan dari hati seseorang yang Gua cilok letakkan kat Blog Gua....
Gua ader gak teperasan..........suami isteri yang masih baru dalam Alam Rumah tangga selalunya mempunyai KETIDAKFAHAMAN...jadik sebagai renungan tak salah kan?
Macam bak pepatah Gua sebelum nih..

BUKAN SEMUA YANG KITA SUKA..Orang Suka....
BUKAN SEMUA YANG ORANG SUKA kita Suka.....

Ader sesetengah pasangan selalunya kuat berlakon....didepan pasangan SKEMA abis!!!!
Di belakang Pasangan HAHAHAHAH...Gua tatau!!!! Owh....

Amirul - Ustaz Akhil ponk Rock gak beb!!!! heheheh ( IDOLA GUA tuh... ) Mungkin cara dia berdakwah ngn cara macam tuh kan?
Gambow Gua takder kena mengena ngn citer tuh hahahahah....
Gambow tuh ......kenangan Gua...
Waktu Gua cintan2/datting ngn Suked8787( Isteri Gua )..Kat Perlis...
Dipendekkan citer...kitaworang tengah *MABUK bercinta!!!* mak ooi!!! malunyer.... hahahahah!!

Diamilikku ....!!!
Dunia nih ader macam2 jenis orang...!!!!
Bershukurlah kita... diberikan Pasangan2 yang secocik hahahahahh

Ader Dj Epoi Ader Suked 8787
Ader Diamilikku - Ader abg Atlit
Ader Syabar - Ader Abg Polis
Ader Sis Maria - Ader Bro Engineer
Ader Tinie - Ader Abg macam Akmal Rizal
Ader Rampage - Ader tukang masak hebat ( Liza )
Ader - Captain Joy - Ader Ei_da

Biszsign ,Acu , Si RibenMerah & Achik ???????

@cu SaYaNg said...

bro,
gmbar atas tu mcm kat Tasik Melati,Perlis je...hehehhee

Diamilikku said...

hahahahahhaha...
depa masih mencari yang sesuai untuk melengkapi...
i like your comment bro..tapi i nak tambah..
ada alesha ada robocop ke sponge bob??
hahahahahhahahaha

suked8787 said...

Suked bersyukur dpt suami mcm Bro Dj sbb rajin n pandai cari duit utk kebahagiaan kami sekeluarga. Semua keja dia sapu, kontraktor bandaraya. Zaman skrg ni kalu x ada duit, x ada kasih sayang (lu fikir la sndiri). Suked jugak terima Bro Dj seadanya.

Dj Epoi said...

Acu...Lu jangan ngelat.eik..Gua letakkan ? ( tanda soal kat last tuh ....)
Yang Bawah tuh semua masih bujang lagi ker?.....ker dah ader yang punya...?

Diamilikku....ops!!!! terlupa Gua kat menantu Gua...hahahahha...
Eiyyyyyyyyyyyy geram kat gibik2 Alesha.....Gua tak sabow nak tunggu Zuriat num 2 Mizan hahahaahah

Dj Epoi said...

Suked8787

Gua ponk macam tuh juga....
Sayang ker Laki awak gemuk2 camni? hahahahhahahhaha

I Love You Suked8787

Dj Epoi said...

Acu....
Yap!! kat Pergholiis
Kenangan mengusik Jiwa beb!!

@cu SaYaNg said...

mana de ngelat bro..
acu bujang lg aaa
boifren ada la..suami lum ada
kah..kah..kah..

SYAbAR said...

First day sah menjadi isteri, niat di hati, `TIADA LAGI PERKAHWINAN KEDUA SELEPAS INI, DIA YANG PERTAMA DAN TERAKHIR HINGGA AKHIR HAYAT. HAK MUTLAK DAN TIADA ISTILAH PERKONGSINAN'