Thursday, February 11, 2010

Al Fatihah Untuk ARWAH PEMILIK Blog Ini


Salam semua bloggers kawan² Dj Epoi di sini.


Untuk pengetahuan semua, pemilik blog ini telahpun meninggal dunia pada 7 February 2010 yang lalu. Al-Fatihah untuk beliau.

Al-Fatihah.......



Berita sedih ini Gua terima dari kawan Blogger Gua iaitu saudara BAINCARDIN
Gua sebagai Blogger Malaysia....mengucapkan TAKZIAH buat keluarga Arwah

DJ EPOI


......................................................................................................

Assalamualaikum..

Kepada semua warga pembaca blog Hamiza-NKY ini,

Saya adalah wakil kepada KAMARIAH BT MD YUSOF (HAMIZA [Nama panggilan] )..

Dengan ini, saya harap dapat sedekahkan Al-fatihah utk beliau yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.30a.m 7hb Februari 2010 di h0spital Sg.Bul0h..

Pada 4.2.2010 (khamis) yg lalu, waktu petang, beliau mengadu sakit perut yg amat sgt. Pada mulanya kami menyangka beliau hanyalah sakit perut biasa sahaja. Kami mendapatkan rawatan drpd pembantu perubatan & seterusnya refer ke hospital sungai buluh kerana sakit yg tidak reda sehingga awal pagi jam 2. Setelah membuat pemeriksaan x-ray, doktor masih ragu sama ada beliau berkemungkinan menghidap sakit Gastrik atau Apandiks.

Lebih kurang jam 5 pagi, beliau telah dihantar ke wad utk pemeriksaan lanjut. Tengahari 5.2.2010, hari jumaat, kami dimaklumkan beliau telah melalui rawatan ctscan dan doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil di bawah bahagian bawah hati dan di bahagian pembuluh darah utama yang menyalurkan darah ke buah pinggang pula telah koyak dan darah beku telah menghalang pengaliran darah ke buah pinggang yg secara langsung sebelah buah pinggangnya telah rosak. Itulah yg menyebabkan beliau sakit yg teramat sangat.

Kami diberitahu beliau akan dipindahkan ke hospital Serdang pada malam itu utk membuat pembedahan kerana pakar saluran darah hanya terdapat di Serdang, HKL dan IJN. Walaubagaimanapun, pemindahan tidak dpt dilakukan kerana tekanan darah yg terlalu tinggi. Jadi, doktor terpaksa menunggu tekanan darah menurun hingga ke tahap seminimum yg boleh supaya tidak menghadapi risiko yg terlalu tinggi. Doktor telah menangguhkan pemindahan pd mlm itu ke pagi sabtu 6.2.2010..

Pada pagi sabtu 6.2.2010 pula, tekanan darah masih tidak turun ke tahap yg dikehendaki namun keadaan beliau tidak menampakkan sebarang tanda2 kritikal. Hanya di waktu tengahari pada waktu melawat, lebih kurang jam 1.30pm tiba2 semua yg melawat terkejut apabila beliau tiba2 kekejangan dan semua doktor yg berada disitu bergegas memberikan rawatan. Segala usaha telah dilakukan termasuk memasang mesin2 bantuan dan doktor telah melakukan ctscan sekali lagi di bahagian otak pula.

Setelah itu, kami dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat pula saluran darah dibahagian tengah otak telah pecah. Dan menurut doktor berkemungkinan peluang beliau utk terus hidup, amat tipis. Sehinggalah kami diberitahu lebih kurang jam 5.30a.m, beliau telah pun pergi menghadap Ilahi.

--------------------------------------------------------------

Saya berharap anda semua dapat memaafkan Arwah sekiranya terlanjur kata dan sebagainya. Saya berharap anda semua dapat memanfaatkan artikel-artikel yang telah dipostkan oleh beliau sebelum ini. Semoga segala yang baik mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran kepada Arwah.

Harapan saya sebagai wakil beliau, sm0ge Arwah ditempatkan bersama dgn 0rg2 yang beriman. Aminn..

Al-Fatihah.....



Walaupon....Gua tak pernah bertemu ataupun Link di Blog Arwah
Beliau juga BLOGGER seperti kitaaaaaaaaaaaaa!!

5 comments:

fuadnis said...

al-fatihah....

daripadanya kita datang dan kepadanya jua kita kembali..:-(

ciK LyndaWawa igUana said...

al fatihah untuk arwah..

Nur Kasih said...

Innalillahiwainnailaihirojiunn...Al-Fatihah..semoga rohnye dicucuri rahmat oleh Allah swt hendaknya dan diampunkan segale dosa2nye yg ade..Amin..

aYu said...

alfatihah untuk arwah..
teringat abah..
abah pergi 7 januari..
=(

Ieza said...

Al-fatihah..aduh sedih tul bila tahu cite2 camni..