Saturday, January 31, 2009

Dj Epoi & ACU SAYANG


Gerun Tak???

Dari kengkawan Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain....
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau
diserang oleh askar kafir.....

kita sering mendengar pemimpin-2 kita
menggunakan modal seperti ini..
"Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai...."

Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika
ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh
para militari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa
dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya
hari celaka bagi mereka.

Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir
dalam bentuk reverse engineering iaitu:
Bagaimana jika kita yangdiserang oleh kuasa kuffar seperti
negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kita?


MALAYSIA DISERANG ???

untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)
AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas..
ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia ...
lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya(CARRIER)
di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru
berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia ...
AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia
yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan,
TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menyerang
Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda
atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera
Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang
Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah,
Afghanistan adaPengganas Taliban,
Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan
Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi
suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan
Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...
YBWakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya...
semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi
masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri,
menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang
dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab...
Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi...
yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula....Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya,
diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu...membedil...menembak Rakyat Malaysia ...
mereka membunuh Orang tua...perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...
sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.

Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom
Perlis,Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Datang lagi pesawat musuh silih berganti.....Apabila selesai pesawat
pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....

datang lagi pesawat musuh silih berganti....Johor pula dibedil dengan
peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO
yang sentiasa melalui ruang udaranya...
menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan
negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari
bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat
mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun
anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa
umatIslam Bosnia ...muncung senapang ditujukan di kepala anda...
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya2006...
diajukan muncung senapang...DAMMMMMM...
anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan,
Palestin mati ditembak..anda tidak mempunyai perasaan apa-apa...
sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih
anak mati ditembak di depan mata.....Anda menangis ketakutan....

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung,
di bawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem.
Anda dipukulseparuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan
anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....
tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak
menuju ke hutan berhampiran di sebuah bukit untuk
menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata...
INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku di depan mata
anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan
peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan,
tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri..
Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata...Isteri dirampas untuk diperkosa...didepan mata!!!!
kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban..dan
tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar.
Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...
mereka tidakbernasib baik seperti anda...Diatas bukit itu juga...
anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk
membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat...
mengeledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda,
Hizbullah atau Jemaah Islamiah...

tetapi umat Islam lainyang jadi mangsa...Sementara menunggu sakaratul
maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...

BANTUAN ALLAH....
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN
MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA...

ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN
ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!!

ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH
DARIPADA INDONESIA ,SELATAN THAILAND , BANGLADESH ,
PAKISTAN ,DAN NEGARA OIC YANGLAINNNNNN...
BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu.... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR
UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerangMalaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas
tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"
(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan
negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut bersyukur...
kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni",
Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai.(Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah
ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia "
( Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk
Islam Malaysia yang dilanda peperangan"
(Pemimpin Arab Saudi)
..bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN
ISLAM SEPERTI DIATAS DI KALA ANDA MEMERLUKAN
BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan. ......

Entry nih Gua cilok dari Blog... Geng BARU GUA
Moh !!!!..... Layan Kat Sini - ACU SAYANG
Tq Acu...Best Gila ENTRY nih......

Friday, January 30, 2009

Dj Epoi & Cik Din



Salam.....
Sekali lagi Tahniah Buat Cik Din ...( Adik Ipar Gua )
Seperti yg dijanjikan klau dapat SCORE point tinggi Gua akan kasik something Hadiah yg special...

Tahniah.....dapat ANUGERAH DEKAN...

Terimalah Hadiah yang tak seberapa dari Gua....
Moga Baju nih akan bagi semangat buat Lu untuk terus STUDY.....
Kalau nak lebih sukses dalam STUDY...Lu ikut tips yang Gua kasi nih kat bawah!!!!
Original BEB!!!!!


1) Ambik Jersey yang Gua kasik...
2) Ambilkan sebaldi Air
3) Rendamkan Jersey dalam baldi selama seminggu....
4) Ambil air Baju tersebut minum.!!!! Sebut Nama DJ Epoi 3 x

Hahahhahahahaha

Buat Achik - Point tuh dah dekat sangat dah tuh........Tahniah Gak!!! kat Lu...
Tunggu!!!

DJ EPOI - FREE PALESTINE

Thursday, January 29, 2009

Maggie Curry Rempah BABAS

Bila Perut lapowwwwww!!!!
Kaki dah malas nak kekedai!!!
Bila kesian nengok bini yang dok sarat ngandung terjadilah RESEPI spontan nih.....
Maggie Curry Udang Rimau berempahkan serbuk Curry BABAS....

Lpas sampai jer rumah dari Tempat kerja....Gua terus kedapur...
Buka Pei Sejuk......Capai Udang Rimau 6 ekor
Fish Ball 6 Bijik
Secooooooooooooet rempah curry BABAS..untuk menambahkan Umphhhh!!!!! maka jadiklah aper yang korang nengok nih....!!!!!
Hhehehehehhehehe......Layanzzzzzzzzzzzzz
Hasil Keseluruhannya........
P/S - Gua buat sendirik tau!!!
P/S - Sajer Gua testkan tambah serbuk Curry BABAS tuh!!! konon2nya nak tambah KICK kan lagih kuah tuh..... hahahhahahaha
P/S - Free jer Gua promote Rempah Curry BABAS nih......

Dj Epoi - Free Palestine

Dj Epoi & Ally COCO

Cuti yang lpas..Gua berkesempatan membuat terjahan kat bilik ELLY ....( Band COCO )
Mak oi.....!!!! ingat kalau dah kaki music ni ...kat jamming studio jer ader set drum......
Walaweeiiiiiiiii dalam bilik tidow ponk ader gak set drum.......
Buat korang....ni lah sepupu ROCK STEADY Gua........mamat nih kaki pukul ( DRUMMER ) band COCO yang tengah POPULAR ngn lagu MENGINTAI LANGIT
Ally ni....adalah adik kepada Vokalis/Composer/Lead Guitar kumpulan SHARIN BAND ( ROCK UNITED )
Buat ALLY .....Gua doakan yg terbaik buat Lu.....

P/S Mana CD lagu F.O.C untuk Gua..?
Dj Epoi - Supporter Local Band

P/S - ALLY Masih SOLO & Bujang hehehehehh

Dj EPOI - FREE PALESTINE

Monday, January 26, 2009

Syamil & Anas

Anak2 Tersayang .....
Dj Epoi & Suked8787


Muhammmad Syamil Bin Saiful Anuar
03-01-2003
Pantai Cheras Medical Centre



Anas Suyfan Bin Saiful Anuar
18-02-2006
Pantai Cheras Medical Centre

Wednesday, January 21, 2009

Dj Epoi Happy Gila!!!!!!

Salam....
Wow!!!!!!
Mungkin korang sumer tangkap jealous nyerlah ngn aper yg korang tgk nih!!!!!
Pasal......tak caya ker?

Toucheeeeeee...Thocheeeeeeee..Thocheeeeeeeeeeeeee...
Ni buka rasuah tau........!!! ni adalah salah satu amalan yang normal bila time raye cina kat tempat kerja Gua...
Itu baru sebahagian jer kotak limau yg korang tgk!!.....separuh lagik dah abis gua bedak2kan kat kawan2 Gua...
Murah sungguh Rezki Gua awal tahun nih...hehehhehe...
Buat semua yang memberikan ANG POW , Buah Limau & yang Queue nak belanja Gua makan....terima kasih ler kat korang......
Selamat Tahun Baru Cina....Buat Semua Sub Con2 & rakan2 yg beragama Cina
Moga Tahun tahun mendatang akan bertambah lipat lagih REZKI korang sumer...

Hari ini Pepatah Dj EPOI sebelum ini..dah terbukti dan berkesan untuk Gua walaweeeiiiiii...

APASALAH REZKI YANG TUHAN KASIK KAT KITA ,SAMA2 KITA KONGSIKAN!!!

Semalam Dapat Surat Bonuihhhhhhhh!!!
Semalam Dapat ANG POW!!!!! Hari ini dapat lagih!!!!!
Semalam Dapat LIMAU!!!! Hari ini dapat lagih!!!!!
Hari ini dapat GAJI.....
BESUK dapat DUIT KUTU...Mak Oiiii!!!! Shooooooknyerrrrrrr!!!!!!!!!!!

Suhaimi....kita kasik PAK HAJI ( TRAINEE ) kita jelousssss hahhaha..tu lah.. suruh sambung kontrak training kat sini dia tak mau hahhahahah....

P/S - Tolong Orang Jangan Harapkan Balasan eik!!!! tak baik!!!
DJ EPOI - FREE PALESTINE

SPEEDYMAID & Dj Epoi

Salam....
Projek Fantasia kali ini membawakan kerja2 baru yang begitu mencabar untuk semua Krew EPOI8787...
Alhamdulilah ....walaupon Benda2 ni agak baru bagi Gua nyer Krew2....
Semuanya SUKSES mengikut MASA & SPESIFIKASI yang diberikan

Terima Kasih buat Abg Rosli Joyo ( General Manager ) yang memberikan kepercayaan buat EPOI8787 WARISAN KREATIF......untuk projek nih....tak lupa buat orang kuat SPEEDYMAID Captain Shubhi ( Executive Manager )......terima kasaih diatas sokongan dan tunjuk ajar yg diberikan..
Kalau tersalah terkurang Gua mohon mahap bebanyak....Yang TERBAIK dah Gua laksanakan...

Inshaallah Gua janji akan improvekan lagi mutu kerja untuk memuaskan semua yg berurusan ngn kitawoooorang......








P/S - Tahniah Buat Semua Krew2 EPOI8787

Gua ...seronok dan teruja bila... Gua dapat belajowww benda2 baru esp ( Mesin Baru & System2 Komersal Dobi )
Sekali Lagi ...Terima Kasih SPEEDYMAID........ader kjaaaa....jgn lupa carik Gua lagik...heehehee

Dj Epoi - FREE PALESTINE

Tuesday, January 20, 2009

Dj Epoi Tumpang Bangga!!!!

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!

http://images.alqassam.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SSpprAoKCDQAACcGhHQ1/aboutreika.jpg?et=Mw0AYbKwNGCGwIvU1UORbw&nmid=0
Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan pe min at bolas epa k Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolas epa k Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.

Aboutreika merupakan seorang pemain bolas epa k kebangsaan Mesir. Melalui s epa kan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan k epa da pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola s epa k paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolas epa k dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

http://images.alqassam.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SSppvQoKCDQAACfdBTQ1/aboutreika2.jpg?et=ipQxR0JDBrvS1qGC7DlyPg&nmid=0
Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza ". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel . Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.
Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran k epa danya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel sel epa s menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu me min ta maaf kerana mengusik isu sensitif k epa da bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian . Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.
Di Gaza, satu pertandingan bolas epa k yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.

http://images.alqassam.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SSpp6goKCDQAACwdKm01/sujud.jpg?et=1BdnzDrtJB2dSeOLm2PxVw&nmid=0

Selain peristiwa "Sympathize with Gaza " , Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej " We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad " sel epa s menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.
Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran k epa da dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.
Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh k epa da perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. " ..merupakan pendakwah Islam ", menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.
Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut s epa tutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.
Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

http://images.alqassam.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SSpp2QoKCDQAACgSC-41/gaza2.jpg?et=uFMas4x9d8sRbYjHz9t42A&nmid=0
Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza "? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel , "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk k epa danya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.

Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.
TQ - Kak Azrina ( Kakak Ipar Gua )
Dj Epoi - Free Palestine

Monday, January 19, 2009

Happy Birthday Ain

Salam....
Selamat Bertemu Kembali buat semua keluarga....
Buat Ain ( Sepupu Dj Epoi )....SELAMAT HARI LAHIR yg ke30....walaweiiiiiiiiiiiiiiii....dah tua dah hang nooooooooo?

Dj Epoi & Family semua ( Ayah Long & Umi ) ucapkan Selamat hari lahir ..selamat panjang Umur....Moga diberikan kesihatan dan rezki yang baik untuk Ain dan semua ahli keluarga.....
Buat semua.. semalam......Lu orang semua sempoi abis!!!!
Dj Epoi & Family 1st time ....sampai kat Gudang tuh!!! terkejut beruk gak!!! ingat ka Office ka menda? ( Besau Gilak siuuuuuuuul rumah lu orang)
Buat Mak Lang,Abg Ain,Kak Baby,Lin,Mizi,Ain & Hafiz....Gua tumpang bangga bila tengok relationship diantara kita adik beradik kembali rapat.........especially semua ponk dah beranak pinak!! haahaha....,Elly Lu tak termasuk eik!!! pasal Lu masih lagi songsang dalam mencarik jodoh...hahahhahaa
Berbalik....makan2 semalam....memang lauk pauk yg DIORDERRRRRRRRRRRRRRR...semalam
semuanya sedap2....Nasi Ayam,Laksa,salad buah dan Jeng...Jeng fav Gua......Rojak Buah ( Credit ) untuk tukang potong Buah..dan tukang yang mencampurkan kicap itam tuh!!!! saper eik?......

Buat Ain...
Abg Anuar respeklah kat Lu.....dari segala serbi....Lu memang kepala hardcore...gak.. macam Abg Ain tuh ( Independent )........Dengar kata minggu depan nak turun Dubai jumpa Hubby eik ?......fuyoooooooooooo......(clap x3) teroooooooooja Gua siuuuut!!!! terobat lar....windu gibikkecik tuh dan mak gibik kat PAPA ....hahahah...
Mr Pa!!!! ( Hafiz ).......hah tunggu menda lagik!!! blehlah start carik minyak unta ker..minyak senyonyong ker..minyak ? heheheh....Gua kalau tak nyakat hangpa mana shok!!!
Buat Sharin Band & Coco korang nyer Entry tungguuuuuuuuuuuuu!!!!!! rajin2 jengah kat sini k..

P/S- Buat Fizi & Lin.......jangan dok renyehhhh...renyehhhhhhh haaa...a.. rumah hangpa bila lagi!!! makan2 BBQ?

P/S Projek Besau DJ EPOI seterusnya......... Inshallah.. RAYA TAHUN 2009 Bertempat D Teluk Kechai....kita sama2 cuba ader kan Jamuan/Perjumpaan Keluarga Allahyarham Tok Hj Ismail & Tok Hjh Bedah...
Buat Semua tolong bagi feed back & suggestion k
....

Yang Jauh....Kita Dekat...Dekatkan.......
Yang Dekat...kita Rapat-Rapatkaaaaaaaaaaaaaan

DJ EPOI - FREE PALESTINE

Sunday, January 18, 2009

Decor Coffee Table

Salam...
Bagi ...semua yg masih tercari2 design untuk cofee table.....
Hari Gua kasi Lu orang....tengok gambow2 menarik & tertarik......
Gua sendiri ponk ader gak keingginan untuk patern2 yg Gua pubblish rini.....
Semua coffee table nih adalah IMPORTED Design......
Harga....Gua tak berapa pasti...., rasanya sure mahal.....

Tapi diingatkan pada yag tak berapa ada masa dan yg ader sifat malas nak.. Godek2 tukaw air akuarium nih...lupakanla jer lah...eik...hahahhahaha
Layanzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!











P/S - Kalau teringin......STANDING BY new scope of work...hahahhahaa

Dj Epoi - FREE PALESTINE

Saturday, January 17, 2009

Baby AIDA & Dj Epoi

Salam.....
Alhamdulilah shukur....jam 10.30 pagi....ni.....Gua baru dapat msg dari YM abg Gua..yang Baby Aida dan Ibunya boleh admit kluar....tghharini....
Gua ucapkan Terima Kasih buat semua Esp
Suked8787
SYAbar
Sis Maria
Diamlikku
Biszign
Sabrosa
Tinie
ei_dA
yg mendoakan pada Baby Aida & Kak ipar Gua....
Gua rasa gembira sangat bila......ader /wujudnya EPOI8787.blogspot.com ni....dan Follower Gua.
Sekurang2 Luahan Hati dan perasaan/keadaan yg ader dalam kepala Otak Gua dapat diluahkan kat sini.....Terima Kasih semua.....

Buat Semua Doktor , Nurse dan semua kakitangan yg terlibat di pusat Rawatan Islam ( PUSRAWI ) Jalan Tun Razak KL...Terima kasih bebanyak diatas layanan anda semua.......Gua tabik spring pada semua....kat sana...
Buat kawan2 yang g melawat kat spital dan memberi moral support Tq so much......

Jom kita layanzzzzzzzzzzzz gambar BANTAL Baby nih....!!!! Sempoiiiiiii......








Terima Kasih Buat Semua.....
Salam sayang untuk Ayah & Mama dari Kedah....& Semua adik Beradik...
From : Bapak Menakan Baby Aida ( Dj Epoi) & Family Saiful Nizar, Kak Azrina,Aishah,Adam & Adib P/s- Tq to TINIE ajarkan Gua.... buatkan Link Blogger

Dj Epoi - FREE PALESTINE