Friday, August 29, 2008
Ihya Ramadhan
Pejam celik pejam celik kita dah nak masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kat sini Dj Epoi cuma nak rakan-rakan sume berposa penuh walaupun yang tahun lepas x bayar abis lagi. Hehe..
Hope sepanjang bulan Ramdhan yang mulia ini kita bolehlah tingkatkan sedikit sebanyak amalan kita walaupun sebuk bekerja.
Time2 coping makanan kat bazar Ramadhan tue jgnlah membazir sgt, jgn ikut nafsu makan kita yang kuat gler tuh. Nanti tym bukak pose perut dah penuh gler pastu x abis plak tuh.. dah terlantar kekenyangan.. Pastu abisla.. kot-kot x gi solat tarawih.. dok tersandar kt umah... huhu...
Tengah keje plak jgn la wat-wat terlupa tengah pose, nanti dok makan breakfast ke, lunch ke kat ofis lak.. kantoi la besar-besaran x pose nanti... Ngeh3x...
Papepun Selamat Datang bulan Ramadhan yang penuh keampunan dan mudah-mudahan kita sume termasuk dlm golongan yang diredhaiNYa.
Amin...
P/S Tolong masukkan comment anda ( Topik -Sebab2, Sepanjang Bulan Ramadan waktu berkerja dipendekkan )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
puasa jangan tak puasa....allah nampak apa yg kita buat walau menyorok dia mana jua..hehehehe
Assalamualaikum.
Alhamdulillah,
Akhirnya dapat kita sama-sama memasuki madrasah ramadhan dan mudah2an kita dapt melaluinya dgn cemerlang apabila di penghujung madrasah ramadhan ini kita dpt grad dgn 1st class honor.
Mari sama-sama menghayati ayat ALLAH ini di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yg berbunyi:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang2 yg beriman, telah difardukan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah difardukan ke atas orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa"
ALLAH mengakhiri kefarduan puasa dengan 1 pengharapan iaitu "mudah-mudahan kamu bertaqwa". Bermakna tidak semua orang berpuasa akan termasuk golongan yang bertaqwa.
Bagaimana mudh2an kita tergolong dlm golongan yg bertqwa?
Ada 2 (dua) perkara yg perlu kita jaga sepjg bulan Ramadhan ini iaitu
1) Mubattilat
2) Muhabbitat
Apa yg dimaksudkan dgn Mubattilat?
Mubattilat adalah kita menjaga perkara-perkara yg boleh membatalkan puasa seperti
1) Makan & minum di siang hari dgn sengaja
2) Keluar haid dan nifas
3) Bersetubuh dgn sengaja
4) Keluar mani dgn sengaja
5) Pengsan sepanjang hari
6) Murtad
7) Gila walaupun sekejap
8) Melahirkan anak
9) Muntah dgn sengaja
10) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka
Apa pula yg dimaksudkan dgn muhabbitat?
Iaitu perkara2 yg menyebabkan pahala puasa menjadi kurang/semakin kering seperti:
1) Bercakap perkara2 lagho
2) Bercakap lucah
3) tidak menutup aurat
4) Memandang aurat orang lain
Maka di sini kita lihat pula tiga (3) tingkatan orang yg berpuasa iaitu:
1) Awwam
2) Khawas
3) Khawasul khawas
Orang2 yg termasuk dlm golongan awwam ialah mereka yg berpuasa yg hanya menjaga perkara2 yg berkaitan dgn mubattilat shja.
manakala org2 yg termsuk dlm golongan khawas adalah org2 yg menjaga perkara2 yg berkaitan dgn mubattilat dan muhabbitat.
Dan puasa golongan khawasul khawas adalah puasa golongan para nabi, para anbiya', para sahabat dan salafus soleh..
Mudah2an kita termasuk di dalam golongan yg berpuasa pada peringkat khawas dan seterusnya barulah kita termsk dlm golongan yg bertaqwa sepertimana yg digambarkan oleh ALLAH Azza Wa Jalla dlm ayatNYa td..
Sekian sahaja tazkirah saya pada kali ini..
Wallahualam
Hiez@hidhir
Trainee
Post a Comment