Tuesday, May 26, 2009

Gua gi Jepun......

Salam....

Hehehehe... siut ...jer tajuknya kan?........ heheeheh......kantoi!!! kantoi!!!

Adoi!!! Adoi!!!! pening sungguh kepala Gua..... dari semalam sampai... hari ini.....
Tapi dalam pening-pening ...best gilak dapat makan kat RESTAURANT TENJI - Japannese buffet D' Month Kiara......hehehehehh

Sebenarnya hari ini Gua nyer Projek Mega Fantasia Gua.... ada CPC ( Cross Project Audit ) .....
Alhamdulilah tgh hari tadi dah seatle semuanya...........
Takder isu-isu yang besar meletuuuuuup kat Gua nyer projek heheheheheh....
Jom layanzzzzzzzzz makan2 kat sana....
Gua kasik 5bintang untuk restaurant nih!!!! bukan nak puji...tapi memang Best Gilak siut!!!
Suasana & Makanan nya sedap!!

KERAPU BARA........walaweiiiiiiiiii!!!!



P/S - Seorang .....Rm 88++ jer weih!!!!!

  • P/S - Owh.....Cik Riben kiter g terjah Kak SYAbAR diam-diam noooooooooo......maafkan Gua ...Lu datang Gua tak perasan kedatangan Lu kat sini dik....

KakMin







Abang Sulung....

Salam ....
Gambaw nih Gua .....waktu amik waktu Gua nak gi hantar anak2 Gua
ke sekolah & taska diaorang..........

Robocop
Sponge Bob
Ben10

Tengok ar....aksi2 si SYAMIL ( ROBOCOP ) dok pegang adik dia heheheeehh



Alhamdulilah....................
Dah boleh harap dah ABG LONG ( Syamil )nih......!!!!!


Moga ....Syamil boleh menjadik Sulung & Abg Contoh buat adik2nya......

Monday, May 25, 2009

Pagar Corak Makin Diminati

PAGAR yang tersergam indah memperlihatkan kemegahan dekorasi pemilik dan memukau pandangan setiap tetamu. Bagaimanapun, perancangan konsep kediaman lebih menarik jika reka bentuk pintu pagar diberi tumpuan utama.

Pintu pagar atau jeriji bukan saja mampu menjadi penghias dekorasi rumah supaya nampak cantik dan bergaya tetapi juga untuk mengelak kejadian tidak diingini. Selari dengan perkembangan semasa, ada pemilik yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan pagar reka bentuk terkini.

Pintu pagar antara elemen dekorasi terawal yang ditatap tetamu dan keluarga ketika berkunjung ke kediaman dan fungsinya bukan setakat melindungi rumah semata-mata.

“Fungsi pintu pagar yang dulunya hanya untuk keselamatan isi rumah kian dipelbagaikan dan berkembang sebagai pelengkap konsep hiasan kediaman. Corak pelbagai jenis dan warna serta eksklusif yang diterapkan pada pintu pagar berasaskan kemasan besi tempawan (wrought iron) menyebabkan ia diminati.

“Sebenarnya, untuk memilih corak pagar ini bergantung kepada cita rasa pemiliknya. Sama ada konsep moden, kontemporari, nusantara atau tropika, kediaman lebih bergaya jika dekorasi pintu pagar yang dipilih sesuai dan tidak keterlaluan,” katanya.

Beliau berkata, pemasangan besi hiasan bercorak bukan saja pada pagar tetapi sesuai dipasang pada selusur tangga, tingkap dan balkoni yang pastinya membuatkan ia tampil berbeza jika reka bentuknya kreatif.

Terdapat beberapa motif hiasan besi tempawan tiga dimensi flora dan fauna selain corak yang menerapkan keunikan identiti tempatan sebagai simboliknya termasuk corak padi dan tumbuhan tropika.

“Corak bermotifkan identiti tempatan seperti `rural charm’ mempunyai makna tersendiri dalam mengembalikan nostalgia kedesaan kepada setiap penghuni kediaman. Motif `rural charm’ memberi kesan secara langsung kerana istilah desa itu sendiri menggambarkan ketenangan dan keharmonian semula jadi.

“Menyedari keunikan itu, para pengusaha seperti saya mengambil peluang mempelbagaikan motif hiasan pada pintu pagar dalam usaha memenuhi cita rasa pemilik kediaman dan memulihara nilai estetikanya dengan gaya tersendiri,” katanya.

Setiap corak tiga dimensi seperti kelopak bunga direka khas dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan pemilik dan risiko pembiakan nyamuk serta besi tidak mudah berkarat.

“Pintu pagar besi tempawan antara produk yang memerlukan ketelitian dan kreativiti dalam penghasilannya sebagai langkah memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.

“Biasanya motif flora yang diletakkan pada pintu pagar itu banyak mengikut permintaan pelanggan dan ada kalanya menguji kemampuan jika pelanggan meminta pemandangan hutan hujan tropika direka pada pintu pagar itu,” katanya.

Motif hiasan yang ditampilkan pada pintu pagar banyak menggabungkan ideanya dan mengikut permintaan pelanggan supaya segala yang dihasilkan memenuhi cita rasa semua pihak sesuai dengan bajet dikeluarkan.

Untuk Mendapatkan Tips2 ...Untuk Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah jom gi TERJAH blog Gua yang satu lagi kat bawah

http://www.djepoi.blogspot.com

Jejak Kasih..!


Gua sedang dalam proses untuk menaik taraf LAYOUT blog Gua.....


Buat semua FOLLOWER2 & kawan2 semua......!
Tolong kasikkan Link2 anda semua...K.....

Buat kekawan baru Gua alu-alukan kedatangan anda kesini......Jom kita sama2 tukaw link.......
Yang Jauh Kita Dekat-Dekatkan....
Yang Dekat Kita Rapat-Rapatkan
Yang Rapat- Kita Erat-Eratkan.....

Gua...takut Gua tertinggal Link kawan2

No Problem.....Gua tak pilih Bulu nyerrrrrr...........!!!!!

Sila Tinggalkan Jejak anda...dalam Komen ENTRY ini...

Di TERJAH!! rakan Blogger....

Salam......
Nih aper Kes nih.......dok...tongek...!! Tonggek nih!!!!
HEhehehehehhehehe.....jangan marah ahhhhhhhhh!!!!

Hari minggu semalam...seawal jam lebih kurang 11 pagi Gua diterjah oleh rakan Blogger Gua....iaitu Bro Apai & Sir Pajil............Designer2 terbaik Gua ......


Tuan nyer Blog nih sebenarnya adalah X Student kepada ISTERI Gua
( Suked8787 ).....
Gua sendirik ponk dah makan tahun gak.....tak jumpa ngan Apai nih.....heheheheheh
P/S - Teringat Gua ...waktu sekolah diaorang buat Majlis Tamat Latihan hehehehehe........siMAmat nih siap bawa Geng2 diaorang perform Show gituh heheheheh!!!! Rap gila babai siut!!!! .....waktu tuh juga diaorang sewa SET P.A Gua untuk majlis yang malatop tuh!!!

TUJUAAN......
Tujuan nyer datang TERJAH umah Gua.....tak lain tak bukan....nak serahkan KAD KAWIN beliauuuuuuu....walaweeeeeeeeiiiiiiiii nak kawin dah adik Gua yang sorang nih........susah2 jer mai TERJAH Pondok Buruk Gua heheheeeeee

Tahniah lah kat yang sorang lagik tuh ....MAK ANDEH...nyer......( B ) yang bakal menukar Status
Dari......... anak DARA ke......anak tak _ _ _ _ Hah!! Hah!!! Haaaaaaaaaaaaaaaaah......
Tet!!!!! ( Sensored )
Janagan marah ahhhhhhhhhhhh .........!! Gua terlebeyyyyyy!!!!

JOM LAYANzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZ

Sesi Sarapan Pagi hehehehe...Cokodooooook jew heheheheheh

Mamat JOHOREAN nih memang seorang Cameraman yang mantop bagi Gua.....
korang gi arrrr Terjah Blog nyer....kalau nak tengok hasil sentuhan2nya...

Rasanya ....lpas rumah Gua....diaorang nak gi ke Pulau Hawai plak lpas nih.......nak undang orang2 kat sana plak hehehhehehehe
( Seluar BERMUDA sedONDon diaorang pakai hah!!! haha!!! Hahaahaaah )

Mata & Bulu Keeeening....alaa2 THE ROCK weih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Walauponk Gua rasa.....Gua tak sampai kat JB waktu kenduri Lu....
Tapi ........!!!!KOLEKSI lagu2 KAHWIN GUA sampai beb!!! heheheheh

SELAMAT PENGANTIN BARU
Advanceeee....dari DJ EPOI & FAMILY........


P/S - Kalau Dekat harus Gua ........tompang jadik DJ untuk majlis koworang.....Tapi apakan daya..........Inshaallah....Apai HADIAH pasti ADA...



Design terbaru ......untuk KREW2 .....DJ EPOI
yang direka khas oleh APAI....
Mantop Beb!!!

Comel kan?

Selain daripada minat Mendecor Rumah , Melukis & Layanz Muzik.........
Gua minat sangat untuk memelihara HAIWAN kecil......lagik CUTE MUTE......

Antara Binatang Peliharaan yang Gua pernah pelihara .........selain daripada IKAN dok dalam Akuarium.....ni arrrrrrrr..kat bawah nih.........................

TUPAI ( COCO ) namanya..
ARNAB ( BIT..BIT) namanya....
KUCING HUTAN ( BELANG ) ala2 HARIMAU siut!!!
KURA2 (KURA2 jugak namanya ) hehehehhe
HAMSTER ( Putih , Tompok, )
Burung Cocatail ( JHON & MIMI)

Skank yang masih SETIA ngn Gua & Anak2 sebagai penyeri......nih hah....! kat bawah nih...



Sunday, May 24, 2009

Kebaikan Susu Ibu






Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu
  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

NOTA : BABY AFIQ menggunakan 100% Susu Ibu dari mula Kelahiran Hingga kini.....