Friday, October 10, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H"
Di kesempatan ini, Dj Epoi ( Saiful Anuar Bin Hj Abdul Rani )sekeluarga, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,Semoga Allah SWT menerima baik segala amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya, amin.
Anak Ikan Berenang Dikali,
Cekal mengharung , Deras airnya,
Ramadan itu pergi tak kembali,
Syawwal hadir , Shukur ditanda...
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah dan berjaya.
SAIFUL ANUAR BIN ABDUL RANI
ISTERI TERCINTA - SUSILAWATI BT ABU BAKAR
ANAKANDA - MUHAMMAD SYAMIL
ANAKANDA - ANAS SUFYAN
Mewakili
AYAHNDA & BONDA
- HJ ABDUL RANI BIN ISMAIL
- HJH SITI ARPAH BT ABDULLAH
AYAHNDA & BONDA
- ABU BAKAR BIN JUSOH
- CHE NUN BIN ISHAK
10 Syawwal 1429H
Sunway Kinrara Puchong Selangor
Marilah kita mengeratkan lagi.. tali sillaturahim sesama kita, yg jauh..kita dekat2kan, yang dekat.. kita erat2kan.
Siapa lagi kalau bukan KITA ?
Labels:
AIDILFITRI,
FAMILY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
mie dah kata dah..sekali pon menaip..mesti hebat laaa...tahniah..tahniah *clap..clap..clap*
Post a Comment