Friday, October 10, 2008

Batu Nisan....?


Salam...

Alhamdulilah...kita dah berjaya, mengharungi bulan puasa yang mulia ini dengan yg terbaik,Sebelum cerita2 lain diadaptasikan buat rakan semua..izinkan saya untuk mengingatkan diri saya sendiri dan juga rakan semua tentang pentingnya ziarah menziarahi...
Pada yang berpuasa penuh...PASTI merasakan kenikmatan Aidilfitri ini dengan penuh Keriangan, Pada yang tak posa penuh...jangan lupa ganti balik...ha.ha.ha sendiri mau ingat?
Tetapi disebalik keriangan tersebut....ingatkah kita pada Ibu Bapa, Seluruh Keluarga dan rakan2 yang telah awal meninggalkan kita daripada dunia yg fana ini?
Jadi seperti tahun2 yang lepas Dj Epoi tak pernah tinggalkan aktiviti ziarah ke KUBUR.. cepat atau lambat PASTI akan sampai kesana...

Al- Fatihah
Semua yang telah pergi meninggalkan kita
Terutama buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Para sahabat Nabi, serta pengikut2nya
Buat Kedua Ibu Bapa Kita, Keluarga ,Rakan semuanya dan skalian muslimin dan muslimat.

Ingat Mengingati

Sempatkah anda menziarah Kubur tahun ini?
Marilah kita teruskan tradisi ziarah menzirah ke kawasan Kaf....Wau....Ba....Ro (kubur)
Sedihkah anda kiranya Kubur kita tidak diziarahi oleh anak2 & ahli keluarga dihari kelak? Walaupun hukumnya sekadar sunat?

Perkarangan Perkuburan Masjid Kulim ,Kedah. Arwah Tok Mah, Tok Chak , Pak Chak dan Keluarga
Perkarangan Perkuburan Tok Wan Ismail di Kampung Nyior Setali Mergong, Alor Setar, Kedah.

Dj Epoi dan keluarga juga sempat tahun ini ke Perkuburan Pak Ngah Hasyim dan Mak Ngah Hasyim dan Tok Wan Abdullah di Karangan Kulim Kedah.

Tq Buat Cameraman Abg Nazim

2 comments:

SYAbAR said...

Bukan harta jadi ukuran
pertalian kasih sayang diutamakan
anak cucu penyambung warisan
ingat-mengingati cari keberkatan yang dah pergi jangan dilupakan

MariaFaizal said...

This entry makes me think deeper of where we end up eventually.I have tonnes & tonnes things to be learned!!!