Showing posts with label Tips2 dan Petua Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips2 dan Petua Kesihatan. Show all posts

Saturday, January 23, 2010

Tips - Tile Dapur Tertanggal


Salam........

Pernah tile dapur rumah anda terjadik begini ?
Boring kan? bila keadaan camnih...
Nak masak ponk dah malaskan?
Heheheheheh ....
" alasan nak makan luar ar tuh ? "


Ini adalah salah satu kes yang terjadik pada rumah Customer Gua.......

Nanti Gua kongsikan....camana nak seatle menda nih....k

Kalau Luorang mempunyai sebarang masaalah berkenaan ngn rumah luorang....
Just....email or roger Gua k.......nak panggil tolong seatlekan ponk boleh....
No hal nyer lah.........

Alahaiiiiiiiiii...siannya......


Untuk sebarang Tips...dan kerja2 RENOVATION & DECORATION Rumah...
Terjah ...ke
FOLDER PROJEK FANTASIA
yang lepas2 k

Thursday, January 21, 2010

Dj Epoi ...Sakit ?

Assalamualikum........tak jawab....dosa

Dj Epoi ....keluar UTUSAN MALAYSIA !.........YES!!! betul!
Dj Epoi ....masuk HOSPITAL !...........YES!!! betul!

" Camana nih eik? "

" Betul ! "
Sebenarnya Gua baru saja keluar dari Hospital Sunway di Petaling Jaya jam 3
petang tadi..


Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana?

Itu yang melambak Gua perolehi di FACE BOOK , YM & SMS Text...dan tak kurang yang direct "Roger" Gua

Terima kasih lah buat semua yang perihatain Dj Walaweiiiiiii ini .
Buat rakan2 baru ....salam kenal dari Gua....toucheee...toucheeeeee...toucheeee....
Nanti pelan2 Gua FOLLOW luorang semua k...

Memang.... Blog Gua melutuppppp abis sehari dua nih....
Semalam ....traffic Blog ini... mencatat hampir
900 lebih pungunjung...


pada jam 8.30 malam semalam.....huhuhuuuuu.......menakutkan siut!
Dan pada ketikanya .......ONLINE USER Blog ini ....mencatat rekod tertinggi iaitu
36 pungunjung serentak......
mak aihhhhhh!!! dari dunia mana lah pengunjung nih datang ...huhuuu...

Nak Storeyyyy...Lorry..kat semua ....
Yeszaaaaaaaa.....memang betul Muka Gua terpampang di dada akbar Utusan Malaysia semalam dalam slot
MASYARAKAT BLOG

Walaweiiiiiiiii .....memang tak pernah Gua termimpi atau terpikir ....melalui blog Gua boleh masuk dalam surat khabar....

Itu yang membuatkan sampai Gua masuk Hospital semalam ?
Nanti Gua citer kat last Entry nanti....k
Ucapan Jutaan terima kasih buat
UTUSAN MALAYSIA

yang memberikan ruang buat Gua untuk terus berkarya dalam slot2
Casa Epoian & Projek Fantasia

Credit buat
Suhana Diamillikku rakan Blog Gua

Reporter Utusan Malaysia - Puan Mariatul Qatiah Zakaria
Cameraman Bro Shaifudin Mohd Noor ...

Selepas Gua membaca semua bahan yg disediakan di akbar Utusan.....yeszaaaaa memang satu RENCANA yang tarbaik...buat semua kami.... Blogger2 di Malaysia ini....
Gua kongsikan kegembiraan kejayaan ini.....
buat semua BLOGGERS MALAYSIA.

Berbalik ngn citer Gua terdampar kat Hospital semalam dan hari ini....
Bukannya Gua terkejut yang Muka tak hensem Gua kat Utusan Malaysia...
sebaliknya....untuk melancarkan lagi perjalanan hidup Gua sebagai seorang Usahawan ...
Gua perlu bersedia dari segi
Mental dan FIZIKAL

Dah hampir seminggu Gua rasa tak selesa di bahagian pinggang Gua......
kaki sebelah kanan Gua terasa kebas semacam jer beb!
Sebelum.....perkara2 yg serius berlaku.....
elok kiranya Gua gi buat FULL CHECK UP!

Buat kawan2 baru yg ingin jadik usahawan....
menda nih HARUS beb!....
jangan main2 ..kang tak berasap dapur kang! huhuuuuuuu.......
nanti Gua storey dalam tips2 USAHAWAN k

Selepas gi Check UP ...
Doktor menasihatkan Gua untuk berehat di Hospital buat sehari dua....
walaweiiiiiiiiiii...

Anak Gua camana?
Bini Gua camana?

Adoiyaiiiiiiii....Gua turutkan juga Dokter tuh beb!
Ini semua penting bagi Gua owhhhhhhh...

Selepas menjalani imbasan X - RAY & MRI ada beberapa masalah yg berlaku di tulang belakang Gua......nak kata tak SERIUS!.....menda nih SERIUS! beb!!

Nanti senang Gua citer k

Itu jewlah yg Gua nak storey malam nih....besuk Gua kembali ngn citer2 Casa Epoian Gua k...

Sesampainya Gua di rumah Gua petang tadik....
Gua terus ke Pusat Penjagaan anak Gua....
Windunya.....Gua pada 3 beradik ini
ROBOCOP,SPONGE BOB & BEN10
Mpuahhhhhhh!

--------------------------------------------------------------

P/S - Gua Sudah Bersedia untuk
CONTEST CASA EPOIAN!
HADIAH MENARIK
Yang tak pernah luorang pikirkan menanti luorang semua beb!
Terbuka buat semua Follower & Pengunjung2
epoi8787.blogspot.com
Mungkinkah RUMAH anda yg terpilih?
Nantikan!

RAkan Opis Gua sebelum nih...
Mr Loo
&
Adik Maliga

Tq ya......

Yang nih.....kawan Gua waktu kat spital huhuu...
Ingat arr Bro Rahsia kita berdua jam 2 pagi huhuuuu..

Thursday, January 14, 2010

Peluang Untuk Berkongsi ....Walaweiiiiii

Salam.....
Sekadar berkongsi apa yg patut di muka bumi Allah ini..

Pepatah Gua ..

APASALAH REZKI , ILMU YG TUHAN KASIK..
KITA SAMA-SAMA KONGSIKAN

Just ....ingin mencarik dan membantu antara rakan Blogger yang mempunyai masaalah tentang Align CenterKesihatan Diri sendiri atau Anak .....di peringkat yang SERIUS
Yang mana segala citer2 hariannya di tulis didalam blognya.
Masaalah anda munkin dapat dipertengahkan dengan melalui media cetak ini.
Ini mungkin peluang untuk anda berkongsi kisah suka dan duka sepanjang anda menempuhinya dengan rakan2 diluar sana.

Kalau semalam ....Gua di INTERVIEW oleh Reporter UTUSAN MALAYSIA berkenaan ngn Perniagaan Online Renovation & Decoration yg Gua jalankan.....

Kini....Gua mencarik rakan yang seperti diatas untuk di Interview oleh UTUSAN MALAYSIA.

Anda boleh cadangkan rakan anda kepada saya dengan sekadar segera..
Insyallah.....benda yang baik ini .....jangan ditangguh-tanguhkan...

Blogger yang dicadangkan haruslah berada di kawasan Klang Valley .

Keiklasan dan Kejujuran untuk diperkongsikan dialu - alukan
Gua mencari diantara rakan2 yg betul2 Serius dalam hal ini...
tq

Salam Sayang...
Salam Perkongsian...
Dj Epoi

Buat semua....!
Diminta untuk link kan menda yang baik ini dalam entry anda..
Tolong yaaaaaaaa.....

Tuesday, January 12, 2010

Terima Kasih.... Ya ALLAH !

Allah .....Itu Maha Adil...

Allah mendengar apa yang Gua inginkan......
Allah memberikan petunjuk kepada Gua untuk meneruskan perjuangan yg baru bermula ini...
Sekarang........! Hanya Gua yang akan menentukan Hala Tuju kehidupan Gua...

Terima Kasih....Ya Allah...

Saturday, December 12, 2009

7 C pada Wanita 8c pada Lelaki yg perlu dielakkan



Sifat Lelaki dan Wanita

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:


7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.


2. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.


3. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.


4. Cuai


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.


5. Celupar


Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.


6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.


7. Cabar


Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........



8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah-marah tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macamlah dia betul se
mua, atau seumpamanya.

2. Ganas

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.



3. Gementar

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.


4. Gabrah


Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja, dan sebagainya.


5. Gentleman tiada Langsung

Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal

Bahasa kedah-bohong atau tipu.


7. Ganggo Keterlaluan

Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.


8. Gatal

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.


Wednesday, December 2, 2009

Update Ben10 di IJN

Assalamualaikum...
Semalam.....Check Up Gibik2 Afiq lagi........ kat IJN Jalan Tun Razak


Kalau sebelum nih.....kul 10.00 pagi baru Gua sampai kat IJN..
Kali ini.....kitaworang datang awal sikit siut.......jam 8.30 pagi kitaworang dah sampai kat sana....
Takut siut!.....takut nak menunggu giliran yang begitu lama...huhuuuuu...bosan sebelum ini....

Jam 8.30 pagi ....pon dah ramai yang menanti angka giliran siut!!

Hasil daripada datang awal......
Seawal jam 11.30 check up dah selosaiiiiiii..huhuuuuuuuu...
Check Up yg lalu..... jam 3petang pon tak selosai lagi.........tak pasai2 nak kena amik leave sehari penuh...huhuhuuuuuu....
Saper2 yg nak gi Check Up kat IJN...better datang awal k....
Kat sana....1st Come....1st serve....

Dokter yang merawat Ben10 kali ini adalah Dr MAZENI ALWI
Orang nya Sporting dan......Sempoi......

Dokter kata..perkembangan Baby AFIQ macam biasa jer......takder banyak yang berubah....
Yang paling tak sedap dengar............
"Baby AFIQ tetap akan menjalani OPERATION juga"
....
Dokter bagitau.....buat masa sekarang tiada apa sangat yang perlu dirisaukan....memandangkan tiada lagi kebiruan pada Afiq just tunggu Afiq bear sikit...dalam 2 hingga tahun........batuk2 dan demam2nya masa ini adalah disebabkan kekurangan anti body dalam badan Afiq....

Apa yang kami berdua bimbangkan ketika ini.......selepas daripada Afiq ditahan wad tempohhari .....badannya susut sesangat....nampak dah cekung sikit muka nya........dah kurang montel daripada dulu...huhuuuuu sedihnya.....


Itu pon ...Doktor kata .....itu perkara biasa......aiiihhhhhhhh....camana nih?
Tak per...tak per......minggu depan Gua ada satu lagi follow up check up..... ngn Gomen Hospital kat SERDANG......Gua nak tengok ....apa pula kata Dokter kat sana.....huhuuuuuuu.....

Tiada sebarang ubat diberikan...........hanya Dokter cakap
lebihkan perhatian terhadapnya...
Jangan bagi Baby nangis lelama.....takut nanti.......jantung nya berdegup laju.....dan baby boleh kebiruan...

Mulai daripada hari ini........Gua nak Update ....berapa kos belanja yang dikeluarkan untuk Baby Afiq selama mendapatkan rawatan di Hospital IJN & SERDANG......untuk rujukan rakan2 yang senasib dengan Gua....

Jika rakan2 yang ingin kongsikan pengalaman bersama orang yang tersayang dalam penyakit

JANTUNG BERLUBANG & SALURAN DARAH SEMPIT

Roger Gua k.....
Dj Epoi
013 - 207 8787

Betapa teruk nya nasib...kitaaaaaaaaa!
Masih ada lagi yang lebih teruk daripada kita..........!


KOS RAWATAN IJN terkini mengikut bilangan rawatan

  1. Rawatan 1 ) DEPOSIT RM 500....jangan terkejut OK.....kalau orang takder duit camana?
  2. Rawatan 2 ) Kos keseluruhan RM 85.00
  3. Rawatan 3 ) Kos keseluruhan RM 85.00

Friday, November 6, 2009

Beberapa Kaedah Berkesan Mengurangkan Stress

Beberapa Kaedah Berkesan Mengurangkan Stress - Siri 1
Penulis: Amiene Rev (C) 2008


Stres atau tekanan perasaan adalah sesuatu yang tidak disenangi dan boleh menjejaskan daya tumpuan kita terhadap aktiviti kehidupan seharian yang perlu kita tempuhi. Di sini terdapat beberapa panduan berkaitan dengan cara-cara untuk mengurangkan stres.


Petua Selepas Bangun Pagi
Elakkan tidur pada waktu pagi. Tidur pada waktu pagi boleh mendatangkan tekanan perasaan. Sekiranya jam loceng anda berbunyi, pastikan anda tidak mematikan jam loceng tersebut semata-mata untuk menyambung tidur. Ini kerana usaha anda untuk tidur kembali selepas terjaga pada waktu pagi boleh menyebabkan tenaga anda semakin berkurangan akibat tekanan.

Udara segar pada waktu pagi seharusnya dimanfaatkan untuk menyegarkan kembali nafas dan minda anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya untuk menghirup udara segar pada waktu pagi. Lakukan senaman ringkas dan mulakan aktiviti pagi anda dengan penuh rasa ceria dan fikiran yang positif.

Kurangkan Kafein Hindari Stres
Sebarang jenis makanan atau minuman yang mengandungi kafein seharusnya dielakkan daripada tersenarai dalam menu sarapan pagi. Sekiranya perlu, ambil makanan atau minuman berkafein dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan kafein yang terlalu banyak pada waktu pagi akan melambatkan kelancaran pemikiran anda, dan ini boleh menjejaskan daya tumpuan anda. Akibatnya, anda akan mengalami stres. Anda disarankan memakan epal pada waktu pagi untuk melancarkan lagi daya pemikiran anda.


Sarapan Pagi Baik Untuk Pengamal Diet
Badan dan otak anda memerlukan zat dan garam mineral yang secukupnya untuk memulakan pagi anda dengan sempurna. Oleh itu pastikan anda bersarapan pagi sebelum melakukan kerja-kerja rutin anda. Sekiranya waktu tidak mengizinkan anda untuk menyediakan sarapan pagi, maka makanlah makanan yang boleh dibawa bersama ke tempat kerja seperti snek lobak atau apa-apa makanan yang berkhasiat dan ringkas.

Makan pada waktu pagi juga dikatakan berkesan untuk pengamal diet. Jangan terkejut sekiranya anda dapati, orang yang tidak meninggalkan sarapan pagi akan memiliki berat badan yang lebih unggul berbanding orang yang selalu meninggalkan sarapan pagi. Berat badan yang ideal pasti akan memberikan satu perasaan positif terhadap diri anda dan secara tidak langsung boleh mengurangkan stres.


Kurangkan Stres Dengan Aktiviti Senaman
Senaman bukan sahaja bagus untuk memperbaiki stamina dan kelenturan anggota badan, malah boleh juga membantu menguatkan mental dan menghindari stres. Semasa anda bersenam, endorfin akan dibebaskan untuk meningkatkan tenaga anda. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih selesa dan bersemangat.

Stres atau tekanan mental selalunya akan menyebabkan badan anda rasa lemah dan kurang bersemangat, maka senaman adalah salah satu cara untuk menyihatkan kembali fizikal dan mental anda.


Kemaskan Rumah dan Hiaskan Bilik
Sekiranya kita berasa stres, mengemas rumah atau bilik sewa yang menjadi tempat tinggal kita boleh memberikan perubahan kepada jiwa kita. Bilik yang ceria, kemas dan cerah akan dapat menimbulkan suasana yang damai.

Anda tidak perlu memberi barang-barang perhiasan yang mahal-mahal, cukuplah sekadar mempamerkan apa-apa objek yang dapat memberikan rasa diri anda dihargai. Contohnya barang-barang hadiah pemberian kawan, piala-piala, sijil, gambar foto bersama orang tersayang dan aliran udara yang baik.

Bilik yang pengap, panas dan lembab akan mendatangkan rasa resah kepada diri anda, maka pastikan anda mempunyai cara untuk mengatasi masalah ini.


Banyakkan Berinteraksi dan Berhubung Dengan Masyarakat
Hidup bersendirian akan menyebabkan anda rasa kesunyian. Warga tua yang tinggal berseorangan di rumah selalunya memelihara kucing atau anjing sebagai teman setia mereka. Orang muda juga tidak dapat lari daripada kesunyian. Apabila anda tidak ada teman untuk bercakap, maka carilah teman yang boleh memberi teladan kepada anda. Libatkan diri dalam aktiviti sosial dan pastikan anda sentiasa bertegur sapa dengan rakan-rakan di tempat kerja, jiran-jiran di sebelah rumah atau sesiapa sahaja yang anda selalu temui dalam kehidupan seharian anda.

Pernahkah anda berjalan dengan arah yang bertentangan dengan seseorang tanpa menegurnya? Pernahkan anda pergi ke kedai runcit, mencari barang keperluan, meletakkannya di atas kaunter dan kemudian membayar tanpa bertegur sapa atau bertanya khabar kepada penjaga kedai? Cuba ubah rutin tersebut. Agama kita, Islam menggalakkan kita mengucapkan salam kepada sesiapa yang kita temui, ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama manusia, selain membantu untuk menghilangkan stres.

Apabila kita merasai diri kita wujud dan diterima oleh masyarakat sekitar, kita akan berasa gembira dan ini akan dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan atau stres yang sedang kita hadapai pada satu-satu masa.

Thursday, October 29, 2009

KEBAHAGIAAN

"MaNuSia YaNG BAHAGIA iaLaH MaNuSia YaNG BeRJaYa MEMBAHAGIAKAN iNSaN2 Di SeKeLiLiNGNYa" - SaBDa JuNJuNGaN

"BAHAGIA seseorg manusia x terletak pada penilaian orang lain, duka seseorg manusia x sama dirasai orang lain, ttp BAHAGIA yg hakiki adalah ketaqwaan yg semua manusia patut miliki."
"KiTa HaNYa BoLeH HiDuP SeKaLi SaHaJa Di MuKa BuMi iNi, TeTaPi JiKa KiTa MeNJaLaNi KeHiDuPaN YaNG BAIK, SeKaLi SaHaJa SuDaH MeMaDai" - Joe E.LeWiS

FALSAFAH HIDUP SAIDINA ALI R.A

DOSA terbesar adalah TAKUT

REKREASI terbesar adalah BEKERJA

KESALAHAN terbesar adalah PUTUS ASA

KEBERANIAN terbesar adalah SABAR

GURU terbaik adalah PENGALAMAN

RAHSIA terpenting adalah KEMATIAN

KEBANGGAAN terbesar adalah KEPERCAYAAN

KEUNTUNGAN terbesar adalah ANAK SOLEH


PEMBERIAN terbaik adalah PARTICIPATE

MODAL terbesar adalah PERCAYA DIRI

MuTiaRa KaTa
aMBiLLaH WaKTu uTK BeRFiKiR,
iTu aDaLaH SuMBeR KeKuaTaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeRMaiN,
iTu aDaLaH RaHSia DaRi MaSa MuDa YaNG aBaDi.



aMBiLLaH WaKTu uTK BeRDoa,
iTu aDaLaH SuMBeR KeTeNaNGaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeLaJaR,
iTu aDaLaH SuMBeR KeBiJaKSaNaaN.


aMBiLLaH WaKTa uTK MeNCiNTai DaN DiCiNTai,
iTu aDaLaH HaK iSTiMeWa YaNG DiBeRiKaN TuHaN.



aMBiLLaH WaKTu uTK BeRSaHaBaT,
iTu aDaLaH JaLaN MeNuJu KeBaHaGiaaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK TeRTaWa,
iTu aDaLaH MuZiK YaNG MeNGGeTaRKaN HaTi.


aMBiLLaH WaKTu uTK MeMBeRi,
iTu MeMBuaT HiDuP TeRaSa BeeRTi.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeKeRJa,
iTu aDaLaH NiLai KeBeRHaSiLaN.


aMBiLLaH WaKTu uTK BeRaMaL,
iTu aDaLaH JaLaN MeNuJu SYuRGa.


-----------------------------------------------

Untuk Kerja Decoration & Ubah Suai Rumah
sila layari Dj Epoi Blog
( Folder PROJEK FANTASIA )
atau KLIK dibawah




Wednesday, October 28, 2009

30 Rahsia Wanita Yang Perlu Lelaki Ketahui



1. Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Apabila seorang wanita tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu memberi dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita berasa sukar apabila hendak mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu apabila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada kamu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, rakan-rakannya akan mengetahui berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi, jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan daripadamu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hai' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. Jadi,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi.

OTAI MOTIVASI
Posted by Mohamad Fauzi Saad

Thursday, July 30, 2009

Atasi Sifat Marah !


Marah mempunyai perkaitan rapat dengan stres atau tekanan perasaan. Kemarahan juga boleh mencetuskan kelakuan agresif. Ini akan mendorong manusia untuk bertindak ganas, terjebak ke kancah pergaduhan, peperangan, penganiayaan, penindasan dan pembunuhan.

Ketika seseorang itu sedang marah, jantungnya akan berdegup dengan lebih cepat dan turun naik nafasnya semakin pantas. Hal ini meningkatkan metabolisma badan, menjadikan kekuatan manusia meningkat untuk seketika. Suara akan menjadi lebih kuat, mata terjegil dan wajah bertukar menjadi merah padam


Manusia ini terdapat dua jenis. Pertama, jahil, iaitu manusia yang tidak tahu atau tidak sedar bahawa dia telah menyebabkan seseorang itu berasa marah. Kedua, syaitan, iaitu manusia yang tujuannya menyebabkan orang lain berasa marah. Kategori pertama itu boleh ditegur. Kategori kedua itu, agak pelik sedikit kerana sememangnya sifat syaitan, mahu melihat manusia tidak berada di dalam keadaan bahagia.

Sekiranya seseorang itu membuatkan anda berasa marah, maka hendaklah dia ditegur terlebih dahulu. Perundingan dan perbincangan boleh dibuat pada peringkat awal. Perbincangan hendaklah fokus kepada punca kemarahan. Apakah yang membuatkan seseorang itu berasa marah terhadap seseorang yang lahir?


Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).
Ada pun punca kemarahan yang sukar diubati adalah kemarahan yang dicetuskan oleh perasaan dengki. Dalam kes ini, seseorang manusia berasa marah kepada seseorang kerana diasak perasaan hasad dengki. Hasad dengki ini adalah salah satu sifat syaitan.

Dalam kes ini, sekiranya ada sesiapa yang berasa marah kerana hasad dengki, maka hendaklah kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya hasad dengki itu lahir kerana lemahnya hati melawan hasutan syaitan. Hati yang lemah boleh dikuatkan dengan zikir dan istighfar. Apabila kita beristighfar, maka kita memohon ampun kepada Allah. Semoga terlindung daripada hasutan dan perangkap syaitan.
Kemarahan juga boleh dipadamkan dengan wuduk atau air sembahyang. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi kes berasa marah kerana perbuatan seseorang yang jahil, kemaafan adalah jalan yang terbaik. Ini kerana pesalah melakukan kesalahan tersebut secara tidak sengaja. Dengan memaafkan seseorang, tekanan perasaan atau stres akan beransur-ansur hilang.
Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)

"Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)." - Jaafar bin Muhammad.

Kalau Tak Abis lagi marah!
Yang Dah beranak pinak. ....tuh!!!!...............
Moh!!!!!!...............main2 ngn Gibik-Gibik!!!
Tenang jew rasanya......!!!!!

Monday, July 27, 2009

Dj Epoi & KempenThalassaemia


Salam.....

Alhamdulilah...kali ini Gua turun padang lagi untuk bersama2 Masyarakat di Perumahan Polis Desa Tasik Cheras pada hari Jumaat malam Sabtu lepas untuk kempen kesedaran
Penyakit THALASSAEMIA
18 Julai - 30 Julai

Untuk Pengetahuan anda semua......
Ketika ini.....untuk penyakit Thalassaemia amat memerlukan sokongan kita semua...
Sebagai masyarakat Malaysia yang Perihatin ....marilah kita sama2 untuk turun padang untuk bersama2 menjayakan apa jua bentuk kempen kesihatan....

Apa yang Gua nak ingatkan kat sini .......betapa Perlunya..kita bersama2 untuk apa jua kempen kesihatan ............kerana ianya pernah terjadi kepada persikitaran Gua sendiri......

Tak jadi kat kita ......tak apa arrrrrrrrr.....
Tapi!! bila dah terjadi kepada keluarga kita..... amacam?
Oleh itu .......marilah kita sama2 membantu rakan kita yang amat memerlukan....

Macam2 bentuk bantuan yang boleh kita sumbangkan.....
Bukan sahaja dari segi RM & Material....
Sokongan Moral juga .........perlu siut!!!!

Ok lah.....!
Bagi anda yg berada di sekitar Lembah Kelang....apakata kita sama2 REDAH gi kat EKSPO jualan di Perumahan Polis Desa Tasik Sg Besi.....

Ada pelbagai Jualan diadakan.....
Dan bagi anda yg kaki KAROK!!!!
Serendah RM2 anda layak untuk menyertai pertandingan KARAOKE....
Hadiah Istimewa menanti anda.....
Tak Salah Gua ........num 1 ......Hadiahnya Rm 300 ringgit kut!!!

Jom!!
Sesekali kita Turun Padang.....untuk Kempen ini...Jom!!!!
Bro Sham...........Best Pren Gua ponk turut serta berbakti sebagai Penyelia Sukarela untuk Kempen nih!!!!
Tahniah Bro!!!
Otai.....yang kat bawah nih pulak adalah SIFU Gua di dalam bidang Audio Karaoke....
Jimi namanya.......juga merangkap kaki Bulu heheheheh


P/S - Gua tujukan lagu WE Are The World - MJ
Untuk semua yang yang menjayakan apa jua Program atauponk Kempen Kesihatan.....

Thursday, July 23, 2009

Tips Serangan Jantung

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg81NMsKC31IZNvbwzrp471dpGQOiMqhMXACnPhtjJTWjNTFQGQLfTRJRDGXjQ3Ft1fCny8X3Be3Zq6b5zmaPK0slYfPtLvfaV5Jt8GeAgSvli9pwFeM5IMSeoo3Suj_MVnI1PxiB2_K_7e/s320/gambar+jantung.jpg

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisqOGJBcOlCmiOzKtqSvqAt-cTJHNdLVFdWXc4WRt-rWE7_XsKSGIx0EubTfr14S7C9OSuf6bHn7GA8buxWr-fgeZzMntpGXwFSiX__8YUdZbQIIkG60GiZDLokxWooBOhFbIBx9jNyIk/s320/gambar+jantung.jpg

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung �

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.
60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfySgrVAHCAuQFHO2_GrNlUJA9Z88DHJ63AtYaUygg_uYVibXzyTd6Rtk21rw9QBDYQp3DCp153alFIBOlRm7oxOGfWB1CyyzAWnU5aQ2y7vMCvvqcp4vTSzdWgMHNczxKunBzCTvsguIn/s320/jantung.jpg

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Apaslah Rezki / Ilmu yang Tuhan kasik kita sama-sam kongsikan!
Dj Epoi

Saturday, July 18, 2009

Rahsia Tauge


Rahsia Tauge


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu
Menyumbang kepada KESUBURAN Lelaki dan Wanita.
Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Bagi.... yang sedang berusaha mendapatkan anak, boleh cuba petua di bawah:

Ambil segenggam kacang hijau. Rendam dalam 2 hari, hingga tumbuh 'ekor' anak tauge kira-kira dua kali panjang kepala tauge. Air rendaman mestilah sama aras dengan kacang hijau yang direndam.
Tutup bekas rendaman, kalau nak senang boleh guna tupperware/periuk.
Bila kacang hijau sudah bertukar menjadi tauge, cuci dan buang kulit kacang hijau tersebut.
Rebus tauge engan dua gelas air kira-kira 15 minit dengan api sederhana, tinggalkan air rebusan sehingga lebih-kurang segelas. Bila agak suam, tapis air rebusan dan bolehlah dimimum.
Amalkan meminum air rebusan tauge tiap-tiap pagi, bermula dari hari pertama period sehingga waktu subur.

Jika diamalkan selalu, insya Allah, adalah rezeki nanti!

Selamat mencuba!

Friday, July 17, 2009

Isteri Queen Control?


Salam Jumaat ...

Pada Hari Penghulu segala hari nih....moh!!! kita sama2 sekodeng-sekodeng aper Gua sajikan buat semua hehehehh..........

Sekadar Berkongsi!!!

Isteri lebih dominan atau queen control?

Dewasa ini, ramai suami yang mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati. Pakar psikologi berpendapat sikap lelaki yang terlalu mudah mengalah menyebabkan isteri nampak lebih dominan atau mungkin bersikap queen control. Isteri memerintah suami melakukan itu dan ini. Disuruh membasuh baju, memasak atau mengemas rumah. Tidak boleh dibantah, kalau dilawan, pasti tinggi suaranya membalas kembali. Isteri juga mengawal segala kewangan dan keputusan keluarga. Apa yang harus dibeli, ke mana pergi bercuti atau bila hubungan seksual dilakukan. Apabila isteri bersikap begini, ramai suami yang mula mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati. Umpama lembu ditarik hidung. Begitulah kata-kata kiasan yang tepat bagi menerangkan maksud wanita queen control dalam sesebuah hubungan rumah tangga.
Queen control terlalu mengongkong, disifatkan sebagai sikap menyuruh atau memerintah seorang si isteri kepada suaminya dalam keadaan memaksa, tidak kira apa jua situasi. Melihat faktor kecanggihan teknologi dunia hari ini, benarkah senario itu dianggap sudah lapuk ditelan zaman? Memandangkan wanita metropolitan masa kini lebih mementingkan etika dan nilai-nilai kekeluargaan, demi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Menjadi persoalan ramai, masih wujudkah jolokan wanita queen control pada era moden kini?
Menurut Pakar Motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi. Ia wujud dalam semua era kehidupan manusia. Tidak dinafikan, kewujudannya disebabkan beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita. Terdapat tiga jenis queen control, iaitu jenis mutlak, pertengahan dan permulaan.
Bagi yang jenis mutlak, tingkahlaku isteri adalah terlalu bersikap mengawal suami 100 peratus hingga suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri. Jenis pertengahan pula adalah seperti si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu. Manakala queen control jenis permulaan pula kebiasaannya terjadi selepas setahun mendirikan rumah tangga. Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya. Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri.
Kepimpinan lelaki terhadap wanita memang telah termaktub dalam Al-Quran. Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisaa ayat 34, yang bermaksud, "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka."
Sungguhpun begitu, selalu juga kita dapat melihat dalam sesebuah keluarga ada suami yang tidak memiliki sifat kepimpinannya, seolah-olah tidak menepati firman Allah di atas. Apabila perkara ini terdapat dalam Al-Quran, kita perlu berhati-hati memperkatakannya, sebab sebarang pertikaian membawa akibat buruk dan janganlah kita membuat kesimpulan sendiri. Biasanya lelaki sebegini bukan tidak ada daya kepimpinan, tetapi sudah ditakdirkan dia telah berkahwin dengan seorang wanita yang lebih dominan daripadanya. Maka itu, nampaklah dia lebih ‘dungu’ berbanding isterinya. Seandainya dia berkahwin dengan wanita yang berkedudukan lebih rendah daripadanya, sifat kemimpinan dan kewibawaannya pasti menyerlah.
Apakah kufu? Bukankah kufu itu bermaksud lelaki perlu mengatasi wanita sebab seseorang yang akan memimpin perlu berada di atas sedikit daripada orang yang dipimpinnya. Tentu sulit seorang lelaki dengan jawatan pelayan pejabat beristerikan seorang wanita berjawatan pengurus besar, misalnya. Lebih sulit apabila mereka bekerja di satu tempat yang sama. Perkahwinan seperti ini tidak kufu. Ia tidak begitu digalakkan dalam Islam. Apa yang perlu seorang isteri lakukan jika baru sekarang anda sedar perkahwinan anda tidak kufu? Anda masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan iaitu anda bertindak dan berperanan sebagaimana seharusnya mengikut jawatan yang anda sandang, tetapi apabila anda bersama-sama suami di rumah, letakkan diri anda di bawah sedikit daripada kedudukannya, meskipun jawatan dan gajinya lebih rendah daripada anda. Dari situlah anda boleh melihat suami sebagai pemimpin dan kewibawaan serta ketrampilannya.
Sebaik sahaja seseorang wanita itu merelakan dirinya disunting sebagai isteri, dia wajib bersedia untuk patuh dan menerima lelaki itu sebagai suami secara keseluruhan. Sebab itulah ada tempoh bertunang untuk memberi peluang dan kesempatan membina persiapan dan mencari keserasian. Seorang suami bermakna pemimpin. Adalah salah merelakan diri dikahwini sedangkan tidak rela untuk tunduk dan hidup di bawah kepimpinan. Semula jadinya, lelaki dilebihkan dalam banyak hal dalam oleh agama kita. Mengapa? Sebab lelaki diberikan tugas serta tanggungjawap yang cukup besar di hadrat Allah kelak. Semua kesalahan isteri akan tertanggung di bahunya jika dia tidak mengajar, gagal menegur mahupun memimpin dengan baik. Maka itulah dia diberikan hak dan kuasa sesuai dengan tanggungjawab yang mesti dipikulnya itu. Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina, maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya. Dalam sekumpulan gajah juga begitu dan seterusnya.
Sebenarnya semua orang adalah pemimpin, seperti sabda Rasulullah SAW, "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin." (Hadis Riwayat Muslim, hadis no. 1829 dan Imam Al-Bukhari, hadis no. 4789)
Pulihkan suami

Bagaimana pula hendak memulihkan suami yang ‘lemah’, hilang daya untuk bertindak seperti pemimpin yang boleh diharap ini? Umum ketahui, sebahagian besar daripada punca lemah tenaga batin adalah disebabkan oleh MENTAL. Apabila minda menerima rangsangan negatif berterusan, ia menyumbang pada hilang kepercayaan diri, seterusnya ini mengakibatkan ‘hilang bisa’ yang lebih kronik. Soal kekuatan dalaman ini banyak dipengaruhi oelh keyakinan diri atau dalam istilah lain kejantanan yang benar-benar jantan. Seorang isteri mampu memulihkan suaminya dengan pendekatan psikologi.
Ingatlah empat perkara yang menimbulkan cinta:
Muka jernih
Suka menolong
Sudi menghindarkan selisih faham dan
Menjauhi munafik
Empat yang mesti dijaga:
teguh manjaga kehormatan
redha menerima sedikit
berbuat kebajikan setiap hari
memelihara lidah
Manakala empat yang membawa keuntungan hidup:
Benar perbicaraannya
Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
Baik budinya dan
Suka berterima kasih
TOLERANSI dan saling percaya adalah resipi terbaik percintaan
Dalam meneliti punca utama lahirnya sikap sebegini, queen control berlaku apabila si isteri mula melihat kelemahan suami dan merasakan dirinya lebih dominan. Tambahan apabila sejak lahiriah lagi si suami memang suka beralah untuk mengelakkan berlakunya ketegangan. Sebenarnya, suami bukanlah takut pada isteri yang begini, tetapi semata-mata malas hendak memanjangkan perkara kecil atau untuk mengelakkan perbalahan atau pertengkaran yang tercetus. Lebih-lebih lagi jika suami terpaksa bergantung nasib kepada isteri, misalnya dalam hal penyediaan makan minum, taraf pekerjaan yang rendah berbanding isterinya, soal pemberian penjagaan anak-anak dan rumah tangga, bahkan soal pendapatan. Pengaruh mertua juga turut menyumbang ke arah kewujudan sikap sebegini. Dalam soal jolokan wanita queen control ini juga, mereka tidak mahu rasa tercabar dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada pasangan. Sekaligus tidak mahu berasa rendah diri atau wujudnya jurang perbezaan di antara dua pihak, sehingga menjadi perbualan ramai. Kita bimbang jika keadaan ini dibiarkan berlaku, ia boleh mengancam institusi perkahwinan itu sendiri. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat.Adakah ia kesilapan daripada sikap lelaki itu sendiri sehingga membuatkan wanita bersikap mengongkong? Dalam kebanyakan kes, ia MEMANG silap si suami itu sendiri. Sikap beralah itu baik, tapi usah terlalu memberi muka, akibatnya nanti hilang kredibiliti diri! Isteri yang lebih dominan harus beri suami peluang untuk mengeluarkan idea, seterusnya membuat keputusan. Isteri patut patuh selagi idea-idea itu munasabah untuk diikuti dan berikan cadangan-cadangan anda tanpa menampakkan pertentangan yang ketara.Suami adalah pemimpin, ketegasan itu kadang-kadang perlu supaya si isteri tidak terbabas memiliki sifat yang salah. Realitinya, lelaki akan berasa cepat jemu sekiranya ia berterusan. Lelaki seperti ini lebih rela menjalani hidup sedemikian rupa atas sebab kasih sayang yang besar sebagaimana digambarkan oleh watak Re (Tompel) dalam filem Do Re Mi. Terpulang kepada bentuk control daripada wanita itu sendiri. Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan berasa jemu malah tidak mustahil lelaki akan berasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri.
Panduan bagi lelaki berhadapan dengan wanita queen control:

Lihatlah keserasian, kenali peribadi masing-masing dulu, sebelum ambil keputusan untuk bercinta, bertunang seterusnya berkahwin.
Terdapat pelbagai cara untuk melihat keserasian dan mempelajari psikologi serta peribadi manusia, misalnya melalui bulan kelahiran, warna kegemaran, heiriki keluarga dan juga latar belakang pendidikan.
Rangsang diri anda dengan sedikit ketegasan.
Jangan membiarkan isteri bergelumang dengan dosa bersikap queen control terhadap insan bernama suami.
Pamerkan sikap suami/lelaki yang sebenar dalam meniti kehidupan berumahtangga, bukan bermaksud harus berkasar atau memukul, sebaliknya buktikan sikap sebenar seorang suami.
Islam telah menetapkan wanita wajib menghormati dan patuh kepada suami. Ketegasan suami sangat penting bagi seorang pemimpin.
Sekiranya si wanita itu tidak menunjukkan sebarang perubahan maknanya, walaupun sudah masuk ke alam perkahwinan, suami berhak menegur isterinya atas apa jua sikap yang tidak disenanginya. Ini kerana, sikap isteri yang menyenangkan adalah pahala untuk dirinya.
Jika tidak senang dan redha dengan sikap isteri, si suami hendaklah meluahkan rasa tidak senang itu dengan cara mengasingkan tempat tidur.

Renung Tenungkan.....Selamat Beraaaaaaaamal!

Dj Epoi - Apasalah Rezki , Ilmu yang Tuhan kasik....kita sama2 kongsikan....!!

Thursday, July 16, 2009

Kepuasan Seks ..Jgn Syok Sendiri..

Salam........

Bila Gua terbaca Entry nih....
Gua kunci Mulut rerapat!!!!
Gua tutup sebelah mata.......Gua intai2 gatai hehehehehh
Shhhhhh!!!!! Diam Tau...!!!!!

Kepuasan Seks, Jangan Syok Sendiri


Nikmat Seks mengasyikkan. Namun tidak semua pasangan akan merasainya ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Adakalanya hanya sebelah pihak saja merasai kepuasan setiap kali aktiviti itu berlangsung.

Sekadar gambar hiasan

Memuaskan pasangan anda akan memberikan kebahagiaan bersama

Keadaan ini sudah pastinya akan menyebabkan ada yang kecewa dan tidak berpuas hati. Akibatnya ada antara pasangan terutama isteri yang mengelak dan menolak untuk mengadakan Sememangnya ada banyak cara untuk melakukan seks tapi sedikit cara untuk merasai . Bagi memastikan hubungan intim dinikmati oleh kedua pihak anda mungkin boleh mengaplikasikan tip di bawah.

Santai
Lakukan dengan santai dan perlahan, terutamanya bagi pihak suami. Tidak perlu terburu-buru mahu menikmati orgasma sebaliknya rasai sentuhan-sentuhan yang dilakukan oleh pasangan. Cara itu anda bukan saja akan mendapat tapi juga ‘kejutan-kejutan kecil’ yang menyeronokkan.

Sentuhan
Sentuhan nikmat di bahagianbahagian tertentu pasangan pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh itu ingatlah bahagian mana yang boleh medatangkan pada
pasangan. Selain itu terokai juga bahagian-bahagian yang sebelum ini belum pernah anda lewati. Siapa tahu sentuhan di bahagian tersebut mampu memberi kepuasan dan sensasi yang luar biasa pada pasangan anda.

Penuhi Keinginan
Tanya pasangan apa yang mampu membuatkan dirinya berasa puas dan nikmat semasa hubungan intim. Penuhi keinginannya sebaik mungkin. Ataupun perhatikan tindakan yang boleh memberikan respons yang mengasyikkan dari pasangan. Praktikkan setiap kali bersama dengannya.

Lakukan sepenuh hati
Jangan mengambil mudah aktiviti seks. Sebaiknya berikan tumpuan dan lakukan sepenuh hati untuk memastikan pasangan dan diri anda sendiri berpuas hati. Hasilnya pasti akan sempurna. Baik pada suami atau isteri belajarlah untuk menyerahkan diri pada pasangan setiap kali melakukan hubungan intim. Relakan diri untuk diperlakukan oleh pasangan selagi tidak melewati batas-batas agama. Pasti akan mendapat yang tiada tara.

Atur jadual
Aturkan jadual khusus untuk bersama di ranjang terutama jika anda dan pasangan sama-sama sibuk. Sisihkan waktu walaubagaimana sibuk sekalipun anda berdua, paling kurang seminggu sekali untuk anda dan pasangan. Gunakan waktu berdua untuk saling terbuka, memahami peribadi pasangan, keinginan dan fantasi seksual masing-masing.

Memanjangkan sesi pemanasan
Pemanasan atau foreplay, dapat membantu membina keyakinan diri dan menyiapkan diri untuk melakukan hubungan seks. Keyakinan dan juga kesediaan diri pastinya akan menghasilkan . Sekiranya anda atau pasangan belum bersedia sudah pasti seks seperti dipaksa. Perasaan seperti ini tidak akan memberi kepuasan baik pada anda dan juga pasangan. Oleh itu pastikan anda dan pasangan benar-benar bersedia.


P/S - Ayang oh Ayang.... ....malam nih malam apa?


Artikel yang Gua dapat ini http://www.seks-melayu.info/



Kepada Editor: Ribuan Terima Kasih Diatas Komen & Teguran yg membina.........heheheehh