Tuesday, March 2, 2010

Projek Fantasia - Iman Qasih

Salam.....

Gua kembali lagi ke Tadika IMAN QASIH di SEPANG.
Kali ini Gua kembali lagi untuk kerja-kerja melantai konkrit di sekeliling Tadika ini...
Alhamdulilah.....kerja ini berjaya disiapkan keseluruhannya dengan mengambil masa 3hari.
PANAS & HUJAN menjadik....UJIAN pada kami disini.........
mana idaknya..base kami di Sunway Kinrara Puchong....
lokasi kerjanya pulak di SEPANG ....pergi balik....90 kilometer lebey beb...huhuuuuuuu...
yang menjadik masaalah kami adalah.....CUACA yang sering bertukar ganti ketika ini....
Ada ketikanya...apabila Gua arranggekan masa untuk kesana.....tetiba CUACA di PUCHONG dan SEPANG berbeza.....Puchong tak hujan .....di Sepang Hujan...hehehehe.....camana tuh eik ? hehehhehehhe....

Apa-apa pun....ITU SEMUA BUKAN ALASANNYA....!

Jom layanzzzzz...gegambaw dan TIP-TIP RENOVATION RUMAH dibawah....

Alhamdulilah.....kenyang perut Gua dan Krew2 Gua.....
Dapat makan cekodok tepung Tadika weih.....heheheheh
Gua rasa...cam Gua plak yang jadik Baby kat situ heheheheh

Untuk langkah permulaaan......selain daripada ukuran akhir tinggi lantai....
kecerunan sesuatu lantai harus juga dititik beratkan.....kang takut pulak ada air yang bertakung di lantai baru konkrit....heheeheheh....

Pastikan disetiap kawasan laluan kenderaan HARUSLAH diletakkan Besi BRC.
Tak boleh....BRC saiz besar......saiz kecik pun jadiklah.....
Peranan BRC disini adalah untuk mengukuhkan lagi lantai konkrit itu untuk menampung beban kenderaan

Pastikan penghujung lantai konkrit dikorek sedikit bagi memastikan penambahan ketebalannya , Ianya bagi memastikan setiap penghujung konkrit lebih kuat .

Walaupon lantai ini tidak dibebani untuk laluan kenderaan......
Disini.....Gua gunakan bancuhan konkrit yang sebetulnya.....iaitu
Pasir Kasar, Cement dan Batu Aggregate 3/4
Gua jamin.....konkrit ini tidak akan pecah atau retak yang serius....
Kirannya ada pun hanyalah.....HAIR LINE CRACK disebabkan gegaran sekeliling seperti PILING dan Hentakkan yang Kuat.

Apa itu KONKRIT?
CEMENT + BATU AGGREGATE + PASIR + AIR

Antara Cabaran kami....
Menanggalkan BATU slab asal...

Lantai Konrit dijalankan separuh bahagian dahulu...
Takut Hujan Beb!

Untuk permukaan laluan kenderaan
TEKNIK BROOM FINISH dibuat




Lantai Cement di sekeliling yang telah siap ..Walaweiiiiiiiiiii
Pemasangan BRC pada laluan kenderaan




Kerja - kerja melicin sedang dijalankan...


Kerja-kerja melicin dan meluruskan pada sisi hujung konkrit
100% PROJEK FANTASIA Complete
Nantikan Kerja2 AKHIR pemasangan tangga keselamatan disini...
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Tips - Tips Decoration dan Renovation boleh dilihat di Folder PROJEK FANTASIA k...
Just KLIK jer kat situ....
Selamat menjalankan PROJEK RENOVATION....!

1 comment:

azieazah said...

Memang hebat..!

Kak Azie tabik dengan pekerja yang cekap macam ni, wpun tak pakai smart, nampak selekeh, tapi kualiti kerja memang tiptop nih!

Syabassss!