Saturday, January 16, 2010

Tips Hiasan Dalaman

Mencari idea untuk mengubah gaya kediaman menjadi sesuatuyang agak rumit jika tiada rujukan khusus,malah,jadi kebiasaan kepada kebanyakan orang menjadikan majallah hiasan dalaman sebagai pencetus idea untuk menghias rumah.

Menggayakan hiasan dalaman rumah hampir sama seperti fesyen pakaian,yang senantiasa berubah mengikut musim dan kemunculan produk baru.

Bagi yang bujang,citarasanya berbeza,mahukan hiasan ringkas berbanding yang berkeluarga selain faktor kos yang perlu dikeluarkan juga jadi penentu.

Berikut beberapa tips sebagai panduan menghias rumah.

Menentukan gaya hiasan dalaman.

Ramai yang peka dengan kepentingan memilih gaya hiasan dalaman tetapi tidak bijak mengadun gaya,lalu terhasillah gaya 'rojak' yang serabut.Trend penataan kediaman sekarang banyak berkonsepkan gaya moden klasik dengan pengaruh era 50-an,60-an dan 70-an dapat dilihat melalui pemilihan lampu,hiasan seramik,kaca dan permaidani yang diolah corak serta rekaannya dari gaya retro moden klasik.

Tema ini sesuai untu kediaman pemilik muda kerana gaya retro akan menampakkan imej muda dan funky.

Skema Warna.

Memilih warna tidak sukar kerana biasanya berdasarkan warna kegemaran seisi kediaman.Namun,penggunaan warna tertentu menjadi terapi.

Warna selamat adalah biru kerana ia bukan sekadar apa yang kita lihat tapi warna itu menjadi simbol ketenangan.Merah,jingga dan kuning pula memberi tenaga.

Jika anda mempunyai anak yang agak lasak,disyorkan tidak menggunakan kumpulan warna ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kanak-kanak itu bertambah lasak. Sebaliknya gantikan dengan hijau dan biru lembut.



Bagi ruang makan,boleh gunakan warna merah kerana mampu membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet manakala pekmilihan warna biru gelap,hitam dan kelabu pada ruang yang s alah boleh menyebabkan tekanan.

Titi Tumpu Atau Feature Wall.

Penggunaan titik tumpu adalah untuk memberi visual luas pada ruang kediaman.Titik tumpu sesuatu ruang mungkin dinding dan aksesori hiasan seperti langsir atau bingkai gambar pada dinding.

Jika kediaman anda sempit,pilih warna neutral seperti krim atau putih dan titik tumpunya dari warna gelap untuk memanjangkan ruang.Langsir juga mempunyai fungsi sama seperti feature wall dan jika anda seorang yang kreatif,feature wall boleh dihiasi dengan lakaran lukisan atau paparan bingkai gambar menarik.

Bagaimana memilih feature wall?

Buka pintu utama kediaman dan lihat bahagian yang tertangkap pada pandangan mata.Pilih feature wall yang tidak mempunyai pintu dan tingkap.

Bagaimanapun,memilih titik tumpu untuk bilik tidur tidak sama seperti ruang lain.Gunakan dinding dibelakang katil sebagai feature wall.

Pilih Perabot Sesuai.

Memilih perabot tidak harus dipandang mudah.Membeli sette atau meja makan perlu mengikut bilangan penghuni.Keluasan ruang dan gaya tata rias kediaman juga perlu diambil kira.

Jangan beli apa yang tidak diperlukan bagi mengelak pembaziran.Reka letak perabot juga perlu dititik berat,elak memilih atau membeli perabot yang menghadang penglihatan mata kerana menyebabkan ruang besar kelihatan sempit.

Pencahayaan.



Pencahayaan terbahagi kepada dua jenis iaitu cahaya keputihan(daylight) dan cahaya kemerahan(warmlight).Cahaya keputihan biasanya terhasil melalui penggunaan lampu kalimantang biasa dan menghasilkan imej yang rata serta kaku.

Berbeza dengan cahaya kemerahan melalui lampu bercahaya merah membuatkan kesan visual yang terhasil kelihatan cantik dan membentuk bayang lembut.Malah cahaya kemerahan juga mewujudkan persekitaran selesa.

Kemasan.


Penggunaan kemasan(soft furnishing) dalam kediaman adalah untuk melembutkan suasana dekorasi.Ia biasanya terhasil melalui pemilihan langsir,hamparan permaidani atau kusyen.

Ada yang memilih untuk menggunakan alas meja atau alas katil daripada fabrik lebihan langsir untuk menampakkan keserasian.














2 comments:

nadnye said...

cantiknya

Naz said...

memang cantik... rumah saper bro??