Monday, December 15, 2008

Wall Paint Decoration..


Salam.....
Projek Fantasia kali ini membawakan gambar2 Wall Paint Decoration buat korang...yg minat dan berani untuk membuatkan satu kelainan pada dinding rumah..
Apa yang korang tengok sekarang adalah design 2 Modern yang mana ada mengunakan Sticker dan ada yang menggunakan Original paint......., bagi korang yang mempunyai bakat2 seni/kreatif korang boleh try buat kat small panel dinding rumah dulu....takut nanti tak jadik dah nampak cam Tadika ler pulak hahahah.......Tapi design haruslah bersesuain ngn Tema Rumah.....esp mengikut actual frame2 gambar, bunga deco, grill, dan tak lupa juga mengikut lantai bilik tersebut....memandangkan ada yg menggunakan timber flooring, marble,laminate floor, tikar getah dan lain2 ...semua ni kna consider juga...
Kebanyakkan colour cat yang digunakan adalah dari cat yang MAHAL...
Untuk makluman lagi cat itu terang/strikking...lagi mahal hargannya.......nanti bila Gua free gua citer tentang pemilihan cat dan buruk baiknya cat...k....
Next time.. Gua pubblishkan gambow2 Wall Painting yang menggunakan hasil cetusan tangan Gua ....
Korang layan lah gambow2 ni dulu....
Ader aper2 question boleh roger2 Gua ok....

Selamat Mencuba!!!!










Sunday, December 14, 2008

Suked Mengidam !

Salam.......

Kepada anda dirumah! Aksi-aksi ini dilakukan oleh Mak Buyung2 Profesional....
Please dont try this at home heheheheh......

Korang Tengok lah aksi2 (Suked) yang mengidam nak naik beskal......





















Thursday, December 11, 2008

Antoo Fighter!!!

Salam
Dikesempatan cuti minggu lepas Gua bawa ngn Anak Bini g lepak2 kat Sunway Piramid sesambil layan Wayang kat TGV nengok ANTOO FIGHTHER.....best gila ..pasal dah lama tak g nengok wayang bersama.....Shioooook ohhh....
Robocop.. Gua entah..dia tau mana ntah... citer tu.....ajak Gua gi nengok Antoo Fighther....mula2 ingat nk nengok citer abg Gua....AFDLIN SHAUKI ( LOS & FAUN )

KOMEN ANTOO FIGHTER.....
  • Satu citer fantasi gila babai arahan ( CHUNK ) yang mana makluk2 Hantu...datang menyerang donia......,Kalau korang dah nengok Citer Md Khalid ( Filem Zombie kampung Pisang ) jalan citer ni lebih kurang macam tu ler juga.....tapi citer ni menggunakan teknologi baru..( Teknologi menda entah!!!! ala 2 CICAK MAN )
  • Citer ni lebih kepada HUMOR..diselit lawak2 Bangang.....lakonan RADi OAG , AWIE & Harun Salim Bachik bersama pelakon2 kurang ternama.

Mak Buyung ( Suked ) tgh beratur beli tiket....
Gambow dalam TGV...gua curik2 tangkap hehehehhe
Robocop & Sponge Bob bile dapat kluar rumah dah macam kluar darik Penjara ...Hyper gilak.......!!

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Hari Lahir Si Kembar

SELAMAT HARI LAHIR
SAIFUL NAZIM & SAIFUL NAIM Yg Ke 22

SAIFUL NAZIM & SAIFUL NAIM Bersama Tok Tersayang Hjh Bedah
Saiful Naim Bin Abdul Rani & Wan Suraya

Semoga Berjaya..buat Si Bujang Saiful Nazim ( Gua tahu Lu minat meniaga.. )
Alhamdulilah....
Raya Korban Tahun ni korang berdua BERTUAH kerana hari lahir korang berdua ..jatuh serentak ngn Hari Raya Korban ,semoga ulangtahun kali ini membawa seribu makna buat diri korang berdua..

Buat Adik Nazim...Abg Anuar sekeluarga ucapkan selamat berjaya berjaya dalam bidang kerjaya yg baru...
  • Didoakan agar sihat sentiasa dan dilundungi Allah Swt
  • Moga Panjang Umur Murah Rezki
  • Gembira & Happy ngn kerjaya baru
  • Jangan Putus Asa dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah
  • Kumpul Duit banyak2 moga dapat realisasikan Bisnes yg diranicangkan..
  • Selamat mencarik Jodoh heheheheh....
  • Buat Yang terbaik untuk mengembirakan MAMA & AYAH..
Buat Adik Naim....Selamat menempoh alam rumah tangga.....
  • Moga Panjang Umur Murah Rezki
  • Layarilah bahtera rumah tangga dengan Aman,Bahagia dengan bertolak Ansur dalam menjalankan kehidupan seharian
  • Buat Yang Terbaik untuk Isteri Tersayang jangan gadow2 hahahahah
  • Kerja kuat cikit, kumpul duit banyak 2 beli rumah....heheheh ( Beli Sewaktu Muda untung beb!!!! )
  • Buat Yang terbaik Untuk MAMA ,AYAH & MERTUA
Permintaan Abg Anuar tahun ni .....simple!!!!
HAYATI ERTI PENGORBANAN MAMA & AYAH terhadap korang berdua..

ADIK NAZIM - Bersungguh 2 dalam Kerjaya yg baru.....
ADIK NAIM - Bersungguh 2 terhadap membina Empayar Keluarga

DJ EPOI

BUKAN SEMUA YG KITA SUKA...org suka!!!!
BUKAN SEMUA YG ORANG SUKA kita suka!!!!

Tuesday, December 9, 2008

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha....


Shukur Alhamdulilah......Selepas Solat Raya ,Saya bersama Keluarga/Rakan2/Jiran di Taman Desa Bukit Cahaya ,Cheras, KL ,telah berjaya menunaikan salah satu tanggungjawab diatas muka bumi Allah ini dengan menjalankan Ibadah Korban....
Walaupon menemui beberapa rintangan pada mulanya....dengan cuaca hujan ,kelewatan pembekal menghantar lembu hinggalah ke saat penyembelihan ...semua itu dapat diatasi dengan Selamat dan Jayanya...
CREDIT harus diberikan pada Mastermind projek ini iaitu Puan SyABAR & Suami En Md Noor dan tak lupa pada Puan Salina ( Tauke Ayam ) dan suami Bro Rohaizad, ......Hanya Allah yg dapat membalas PENGORBANAN kalian....
Dj Epoi tahun ni......1st time juga melibatkan diri secara dekat dalam kerja2 penyembelihan ini...memandangkan tahun ni Agak Berani ckit ( Fobia Tgk Darah )
Ucapan Terima Kasih & Salam Kenal juga diucapkan pada semua yg terlibat hari itu, Buat Mak Ndak & Pak Ndak ( ISMA CATERER ) lauk pauk yg dimasak hari tu memang sedap bangat!! heheheh
Dj Epoi Dan Saiful Nazim ( Adik Dj Epoi )

Harapan Dj Epoi Agar permulaan yang baik ini dapat diteruskan bagi memupuk semangat Persaudaran Diantara Kita Semua.....
Mewakili Tuan Tanah KEDAUN.... ( Puan Yasmin & En Md Noor ) Memohon Maaf kirannya ada terkurang apa jua didalam menjalankan Majlis Korban ini....anggaplah ini langkah pertama dalam seribu langkah yg akan kita lalui bersama...
Terima kasih diucapkan buat semua jiran/sahabat handai /keluarga yang sudi meluangkan masa.
Jutaan terima kasih buat ( RESTAURANT FARIS RZ & KATERING ) En RAMLI & Pn Zihan sudi bersama dan mendermakan LEMBU tersebut buat kami...Hanya Allah yg mampu Membalasnya...

Gambar Bro yg menyembelih Lembu pada hari tersebut bersama Saiful Naim & Bro Mus (Tauke Bas - Baju Hitam )
Orang Kuat Majlis - Puan Salina ( Tauke Ayammas )bertudung Cokelat & Kak Ba'Yah Isteri Abg Mus ( Tauke Bas )
Gambar Atas - Kebanyakkan Cooks yang terbaik dalam Dunia adalah dari Kaum ADAM

Gambar Bawah-Ketua Tukang Masak .......Pak Ndak & Mak Ndak....Syabas!!!! Sedap!!!!

Antara Gegambaww candit waktu tengah belasah SUP GEAR BOX
Gambar Rakan2 yang menati sehingga jam 2 pagi heheheheh ...menunggu Lembu Misteri

P/S Kekadang nk tergelak juga bila ingat gelagat si Penyembelih pertama ( Ketawa dalam hati dah la eik!!!! ) NAWAITU...biar Betul hehehehehehh
P/S -Terima Kasih Buat Kakak Tersayang KAK MIN ( SyABAR ) & Bro MD NOOR....bagi kitaorang semua adik beradik tumpang BERAYA kat sana.
P/S - Terima kasih buat Bro Mus yang copat2 carik back up utuk tukang sembelih eheheh
P/S - Tahun Depan kalau ader lagi jangan lupa jemput Dj Epoi sekeluarga eik!!!
SyABAR & BrO MD NOOR sekeluarga

Tahniah Buat semua...

Sunday, December 7, 2008

Lembu..MISTERI....!!!!!

Salam......Salam Aidil Adha Buat Semua Rakan Blogger

Sebenarnya sehingga jam sekarang 11.18 malam lembu yg dinanti-nantikan masih tak muncul 2 lagi........kepala Gua dah naik biul dah tunggu lembu ni!!!...tension x10....,Mana idaknya besuk dah nak raya....semua persiapan dah dilakukan dari Tukang sembelih yg Gua dah booking.. sampai la.a.a.a rempah ratus untuk menyiapkan sup GEAR BOX.....janji jam 11 pagi pastu tukar jam 12 pulak pastu jam 5..........pastu postpone lagi jam 7...entah berapa kali postpone daaaaaaaa!!!!!!
(Mastermind) projek ni Guanyer Sister(SyABAR) dah kehulu-kehilir dari pagi tadi sampai skang.....pendek kata Mandi LEMBU....Minum LEMBU....semuannya LEMBU hariini.....makan pon dah tak lalu katanya..hahahahah..sabar...sabar eik....SyABAR....
Bila senang nanti Gua update lagi citer LEMBU ni...eik......

Kita layanz dulu gegambor Orang dok tengah tunggu lembu......!!!!!


Abg Ipor Gua ngn Bro Rohaizad dah zzzZZZZZZZ tunggu lembu yg tak kunjung tiba!!!!!
Kekawan semua yg terbaca ENTRY ni.....doakan agar kemuncululan Lembu Misteri ni eik...

BRO ROHAIZAD ( A.J.K LEMBU ).....tidur2 ayam.. tunggu LEMBU MISTERI

P/S Salam AIDIL ADHA.......
P/S Buat SiRibenMerah...gua pinjam gambow lembu lu dulu eik..memandangkan lembu gua masih lagi jadi MISTERI......

DJ EPOI

Friday, December 5, 2008

10 Kebaikan COCA COLA






10 Kebaikan Coke...Cubalah! !!

Cubalah korang sumer terai dan buktikan secara saintifik.

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais! aduhhhhh meleleh beb!!!

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC, time
raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

P/S Dj Epoi tertarik ngn citer ni sebab gua adalah salah sorang yang finatik untuk kumpul koleksi COCA COLA DUNIA....... Inshaallah pas baca citer2 dan kesan yg tak baik, Gua akan cuba buangkan dan kurang minum Coca Cola ni heheheheh
P/S - Gegambor diatas adalah Gua nyer.... WORLD Koleksi Coca Cola yang kat umah.
P/S - Cut N Paste jer ngeh x3

Wednesday, December 3, 2008

Kumbang Yg Disembelih...

Setelah sekian lama Gua ...gua tak upload Entry untuk JALAN2 CARI KENYANG dj EPOI....,Hari ini gua berpeluang melantak KARI KEPALA IKAN ngn kawan2 kat Restaurant E & O ... di Selayang,
Kisah nya bermula dari panggilan Mamat ni yg selalu *kena taruk* ngn gua pasal service tak bagus...,Hari2 Gua *skrewww* bagai nk gila kat company diaorang.......
Konon2 nya nak KAW TIM Guaa ler ceritannya.........
Hambik.........kau!!! satu TENTERA......gua ajak join gi makan sekali ( Satu Office )....haahhahaa padan ngn muka dia....
Restaurant ni sempoi gak menu2 dia....Yg paling Best! UDANG BESAU...( Besau Penumbuk ader kot..) , KARI KEPALA IKAN, SOTONG BESAU yang ader telur kat dalam tu....sedap siuuuuuut!! yg lain tu biasa2 ajer...
Satu sudut Restaurant ni Gua terpandang ader PLAK & Gambar Maria Tengku Sabri ( Pengacara Jalan2 Carik Makan) tengah dok baiiiiknyer...sareeeeek sapedeeeeeeek ngn Krew2 TV3..


Mamat ni tengah dok nak... *KAW TIM* Gua..........( Sorry Beb !!! ) gua bukan spesis tu hahahah

Kesimpulan Kat Sini........
Bagi Gua ..kerja tetap Kerja.....

P/S Buat Korang semua yang melantak tadik....hehehheeh bila time korang ....jangan lupa Gua plak hahahahah
P/S Kesian Mamat tu...entah berapa ratuih ler kna bayor tadi ..gulp..guulp...guuuuuuuuuulp