Friday, May 15, 2009

Terima Kasih Semua

Salam

Alhamdulilah dikala Gua buat entry nih ( 1.04 am ) nampaknya Baby Afiq dah boleh tidow Ok sikit..... dari malam semalam......takder batuk2 lagi.....

Gua ucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan buat keluarga Gua...
Terima kasih yang tak terhingga buat Ibu & Bapa Mertua yang sampai dari Kedah awal pagi tadi....juga buat Abg Ipaw dan kakaw ipaw Gua ( Abg Nizam & Dr Juliana ) yang membawa Baby Afiq ke klinik untuk rutinnya untuk Menyedut Oksigen....

Baby Afiq sekarang ....masih lagi ke Klinik untuk sesi menyedut Oksigen.....( 2kali satu Hari )

Gambar Terbaru.....Pagi ini.....

**************************************************************************************

Kat sini Baby Afiq nak sampaikan ucapan terima kasih buat Mak Caq sekeluarga kerana mengambil berat terhadap Baby Afiq ....dari Afiq dalam kandungan hingga kehari ini.....
Tak terbalas Budi Baik Mak Cak sekeluarga
Mphuaaaaaaaah!!!!!

Afiq Doakan agar Kakak Amni & Pak Caq cepat semboh seperti hari2 biasa.....
Tak sabaw nak gomoi-gomoi ngn Pak Chaq.......
Mak Caq jangan risau.....Afiq tau diaorang kuat owhhhhhhh.....

Pak Chaq & Kakak Amni jangan malas2 makan ubat nooooooooo......


Ayah & Pak Caq ( Hubby Kak Syabar )

Afiq teringat waktu kita semua jalan2 gi Bandung hari tuh!!! Sempoi.......
Moga semuannya sihat & sukses hendaknya......


Buat Kakak Qashreena , Untie Yanti & Uncle Yang pandai main Gitar........
Bila nak mai umah Afiq?

Mama & Ayah cakap Tq pasal bagi semangat kat diaorang .........!
Jangan marah arrrrrrrrr......Afiq Gurau......


Kakak Qashreena .....Ingat lagi tak...waktu nih?

Terjah....!! Mummy Baby Lyana



Salam.....Kak Lyana....
Ayah kiter kim salam....kat Mummy & Daddy...Akak......

Afiq nak ucapkan salam kenal untuk Kakak Lyana & Family kat sana....

Ayah kiter sker sangat.... bila dia dah dapat tunaikan ....untuk kasik Hadiah yang dijanjikan untuk Contest Ole2 Bandung bersama ngn kita tempohhari........
Dia mintak maaf banyak-banyak....pasal lambat cikit hantarkan Hadiah tuh ...almaklumlah ....dia sibuk ngn Kluar masuk spital..heheeheehhee.....
Ayah kita cakap dia malas nak Poskan Hadiah tuh!!! Tak Best katanya ........dia lebih seronok dapat sendirik hantarkan Adiah tuh!!!! Boley Buat segment TERJAH katanya......

Semoga..... Mummy & Daddy akak sker ngn Hadiah Baju Hot Rock Cafe yang tak seberapa tuh!!!!
Ayah kita cakap .....Mummy akak Rock & Sempoi arrrrrrrr........hehehehheeh
Tapi lpas kasik hadiah tuh........dia ashik membebel jer dalam keter.......katanya FRUST gila!!! tak dapat jumpa akak Lyana......pok..pek..pok...pek dalam keter....
Inshaallah bila2 snang nanti dia Gi Terjah lagi katanya.....

Kawan2!!! nak tau lagi sambungan Entry nih.....gi TERJAH kat ENTRY Mama Lyana.....
http://baby-lyana.blogspot.com/2009/05/diterjah-uncle-dj-epoi.html
Ayah kita dah lewat dah nih.........nak gi kerja hehehehhe.......

Assalamualikum...

P/S - Kirim salam sama Daddy Akak yer......
P/S - Akak Riben........ Ayah kita cakap Tunggu yer.......heheheheh...... Adiah tuh Kita yang simpankan tau....heheheheheh


Akak Lyana......Abg Robocop & Sponge Bob kirim salam.....

Thursday, May 14, 2009

Hargailah isteri anda......


TERIMA KASIH BUAT SEMUA...........
GUA HARGAI SEMUA KOMEN KAWAN2 SEMUA.....
Gua tutup dulu episod-episod sedih..........Dah tak tahan dah nih weihhh..................
Aper korang ingat Gua lelaki ....Gua rock....Gua Badan Besau....tak reti sedey2 ker heheheheh......

Gua NAk tujukan ENTRY nih buat ISTERI Gua .....dan semua yang bergelar ISTERI....


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...

Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,

Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,

Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid,

Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry Ini Gua Cilok dari Sahabat Gua...yang berada di Yangon Myanmar....Bro Alid
Semua Entry2 nyer Gua layanzzzzzzzzzzzzzzzzzz....kat sini ....... best siut!!!!!!!
http://newtownkopitiam.blogspot.com/
Terima Kasih Alid

Gua akan Update kan citer Baby Afiq.........dari masa ke semasa....
Skank tengah dok minggung lagi nih........

Wednesday, May 13, 2009

Dugaan Buat ku......

Salam......

Allah maha Mengetahui......
Allah maha Penyayang......
Allah yang maha Mendengar.......

Aku Diduga lagi............!!!!!!
Semalam Result keseluruhan dari IJN ( Institut Jantung Negara ) Baby Afiq telah kuterima......
Aku & Isteri terpaksa menerima ujian yang maha Kuat ini.........
Ku pasrah..yang baby Afiq hari ini genap usiannya 3 bulan ...hari ini.....dimaklumkan
Doktor dari IJN yang baby bongsuku ini mengalami

JANTUNG BERLUBANG.....



Ya...ALLAH......ujian ini amat kuat bagi Aku & Seluruh Keluargaku.......
Mampukah Aku?
Mampukah aku untuk menjadik Ayah yang terbaik untuk Anak2ku ini...
Semalam tidurku tidak ketahuan...........ashik terjaga saja bila kedengaran rengekkan Baby Afiq & Anas Sufyan....yang demam panas.....
Ya Allah......kuatnya Ujian mu ini....

Hatiku tambah gelisah yang amat bila ...setiap jagaan ku.....Isteriku menagis disisi Baby Afiq....
Ya Allah berikanlah kekuatan buat Insanmu ini.......

Hari ini sebetulnya Aku dah mula masuk kerja......selepas rehat yang panjang di Hospital tempohhari......Aku diberikan Cuti Rehat selama 12 hari...............Bagiku Cuti ini penuh BERMAKNA & BERSEJARAH buatku.... sepanjang Kehidupanku di Muka Bumi ini....

Dugaan demi dugaan yang hebat sepanjang bergelar Ayah kepada anak-anakku ....
Ya Allah.........Ku Pasrah dan Reda atas Dugaan ini.......
Berikanlah kekuatan pada Baby Afiq ini.....yang mana belum lagi mengenal erti KESAKITAN dan UJIAN Mu Ya Allah.....
Aku Hanya mampu menangis dan mampu meminta pertolonganmu Ya Allah ...darimu juga ujian ini datang dan daripadamu juga kupohonkan Kekuatanmu ini Ya Allah..........

Ku tak mampu lagi untuk melihat tangisan Baby kecil ini Ya Allah.....
Tangisan Babyku ini......belum lagi ku memahami sepenuhnya .....Apa Jua keinginan dan ucapan yang ingin disampaikan kepadaku........
Ya Allah.....berikanlah ku kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang Indah bersama Isteri & Anak - anakku..........

Tiada istilah PUAS...dalam hidupku ini untuk melihat pembesaran anak-anakku........
Aku Belum lagi Bejaya mencapai matlamat sebagai seorang yang bergelar Ayah & Suami....yang sempurna.......
Ya Allah aku memohon daripadamu.........berikanlah Petunjuk agar Aku tidak Cuai & Mengabaikan tanggungjawabku kepada Mu , Isteri tercintaku ,Anak2 ,Keluargaku dan seluruh Sahabat2ku dan Bumi ini...

Aku Reda Dan Pasrah diatas Ujian ini Ya Allah.....
Ku Mohon Keampunan......atas apa jua perbuatan yang Ku dah lakukan sepanjang Hidup Ku....
Kau bukakanlah pintu hatiku untuk kejalan Mu Ya Allah...

Afiq Safwan!!!
Ayah Takkan Biarkan Kau Keseorangan untuk menempuhi segala dugaan & ujian yang bakal mendatang......
Itu Janji Ayah!!!!

Buat SUE ( Isteriku )
Allah Hanya memilih orang2 yang kuat untuk Ujiannya......
Kita Dipilihnya...........Inshaallah jangan ..... susah hati wahai Sayangku.........
Kita Akan Hadapinya sama2..........
Jangan Sedih2 & jangan Nangis-Nangis....yer!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat Semua....... kata2 ku ini bukan untuk menagih simpati.....
Biar kan Ku luahkan apa yang Tersirat dalam hati ini buat KEKUATAN demi Anak-Anakku...
Ku Pohon Doa dari Semua untuk kesihatan Afiq Safwan....dan kesihatan anak2 kita

Dj Epoi
Tiada Istilah Kalah dalam Hidupku.........Demi Keluargaku

Wednesday, May 6, 2009

Mengapa Wanita /Isteri Tersagatlah...istimewa...!!



Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Bila Gua terlantar kat Spital selama 5 Hari yang lalu..........salah satu pelajaran yang Gua belajar ialah tentang MENGHARGAI ISTERI......so layanz jer lah.....citer kat bawah nih!!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

SUKED I LOVE U SO MUCH!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 5, 2009

Mama Oh Mama!!!


SELAMAT HARI IBUIbunda Gua - Umi Hjh Arpah bersama ngn Cucunya......Syamil & Anas

Orang kata Gua lahir dari perut Mama..!!!..
( bukan org kata...memang betul ponk..)

Bila dahaga, yang susukan aku....
mama
Bila lapar, yang suapkan aku....
mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...
mama
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
mama
Bila bangun tidur, aku cari....
mama
Bila nangis, orang pertama yang datang .....
mama
Bila nak bermanja, aku dekati....
mama
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mama
Bila nakal, yang memarahi aku....
mama
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mama
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mama
Bila takut, yang tenangkan aku....
mama
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mama
Aku selalu teringatkan ....
mama
Bila sedih, aku mesti talipon....
mama
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mama
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mama
Bila takut, aku selalu panggil...
"mamaaaa!!! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mama
Bila ada masalah, yang paling risau....
mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mama
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mama
Yang selalu berleter kat aku...
mama
Yang selalu puji aku....
mama
Yang selalu nasihat aku....
mama
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mama

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
MAMA

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
MAMA

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
MAMAku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
MAMA

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
MAMA

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
MAMA

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak...
lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

DJ EPOI - SAYANGILAH & GEMBIRAKANLAH IBU & AYAH kita......selagi mereka masih bersama kita......

**************************************************************************************
Tak bagi Banyak.......Bagi Cikit!!!!
Tak bagi Hari ini......Bagi Besuk!!!!
Jangan Tak Bagi Langsung .....heheheheheh


Buat Rakan2 Blogger Yang Bergelar Ibu............Selamat Hari Ibu Buat Korang Gak!!!


Dj Epoi Dah Kluar Spital!!!


Salam...

Alhamdulilah Shukur Kehadrat Allah S.W.T.......
Jam 3.30 Ptang tadi.....Gua dah dibebaskan daripada Penjara sementara...Kat Spital Sunway....
Ptang tadi....Doktor buat last pemeriksaan untuk Gua...........katanya...semuannya dah semakin bagus.....Boleh Kluar hari ini .....................Yahooooooooooooooo!!!!!

Doktor SAHKAN Gua....keracunan makanan tahap gaban!!! Gua rasa puncanya dari Bandung Indonesia....

Buat kekawan semua.....Gua ingatkan! janganlah ambik mudah tentang kesihatan diri.............buatlah pemeriksaan awal walauponk rasa demam sikit2 jer........jangan tunggu dah kronik baru....nak gi buat check up!!!
Kes Gua nih.........lain cikit...........1st Gua salahkan Doktor Klinik yang tak dapat detact punca penyakit Gua..........ashik dok kasik ubat Panadol & 65o jer!! last2 dah melarat baru nak kelam kabut!!! siut!! betul.......
2nd Gua salahkan Gua sendiri.....pasal sendiri yang ambik Mudah sakit sikit2 nih!!! Padan Muka Gua hahahaaha...........gelak besau skank...

Buat Mama Ayah dari Kampung Terima kasih Banyak2 Datang mai KL..
Buat Isteri Tersayang.......Gua bangga punya Isteri yang pandai Berdikari dikala Gua tak sihat nih!!! .....yang setiap hari berulang alik ke Hospital menjeguk Gua.....terima kasih juga membawa gibik2 Gua..... BEN10 , Sponge Bob & Robocop datang Spital......
Wa Caya lah!!!

Buat seluruh keluarga, sahabat handai yang datang melawat Gua....Terima kasih banyak2
Tak Lupa Buat Semua Yang Mendoaakan Kesihatan Gua....hanya Allah yang mampu membalas Jasa Kalian

Nanti Gua Update lagi.........
Kat Spital tak bley nak update LINE INTERNET slow sangat2....tak boley nak upload gambar...

Assalamualikum..

Saturday, May 2, 2009

Dj Epoi!! Masuk Hospital Weih!!!!!!



Salam......

Selamat hari Perkerja semalam....
Terima kasih pada yang mendokan Gua.....

Untuk pengetahuan semua.....semalam ( 1/5/09 ) dalam semua dok shok2 bercuti dan beriadah bersama Keluarga memasing.......Gua sebaliknya pulak........
Gua dimasukkan diSunway Medical Centre
bagi mendapatkan rawatan lanjut tentang kesihatan Gua yang agak kureeeeeeeeng selepas kembalinya dari Bandung Indonesia tempohhari....kali ini...Doktor tak kasik chance lagik....terus dia sumbat Gua ke WARD siut!!!

Gua harap kekawan semua jagalah kesihatan diri ngn sebaik mungkin....buat lah apa check up yang patut mengikut jadual tertentu....dapatkan nasihat daripada Doktor2.

Bagi Gua................!!! bila dah jadik macam nih!!! dah tak guna *sekupang habuk!!!* banyak aktiviti2 yang dirancang bersama keluarga dan rakan2 terpaksa Gua cancelkan......siut!!! betul...
Yang bagusnya bagi Gua ...bila jadik macam nih juga.. buat Gua ...............banyak 2 musabah diri Gua sendiri..........mungkin banyak kesilapan Yang Gua dah lakukan kat Tuhan di Bumi nih.....Inshaalah Gua akan Cuba perbaiki Diri Gua sendiri....

Hari pertama Gua kesini........Gua kompius habis beb!!! Anak2 Gua......Bini Gua entah macama mana lah skank nih......, semalam diaorang semua melawat Gua........sedih beb!!!! tak tahan weih!!! tengok anak Gua 3 orang tuh!!!!
Sian kat Bini Gua...........macammana lah dia nak handle 3 orang Hensemmmm Boy tuh!!!
Adooooooooooooi!!! tak tahan Gua siut!!!!! ( Gua tau Bini Gua memang Kuat Dan Cekal ) I Lap U Sue.......( Suked8787 )

Nanti Free2 gua sambung balik k.....

P/S Terima kasih buat semua ahli keluarga sahabat handai yang menziarahi Gua semalam...
Buat Sue .....Abg betui2 tak leh tidow weiiiiiiiiiiiih semalam teringat kat anak2 dan U.....terima kasih kerana membawa Pujaan Jantung Hati Gua - P1 W Max & Lapptop Gua ...heheheheheh....tak ar sunyi sangat......................harap2 jangan lah Gua blur-blur dik ubat2 yang entah ke menda tuh!!!!!.......

Assalamualikum...............
Dj Epoi