Tuesday, December 9, 2008

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha....


Shukur Alhamdulilah......Selepas Solat Raya ,Saya bersama Keluarga/Rakan2/Jiran di Taman Desa Bukit Cahaya ,Cheras, KL ,telah berjaya menunaikan salah satu tanggungjawab diatas muka bumi Allah ini dengan menjalankan Ibadah Korban....
Walaupon menemui beberapa rintangan pada mulanya....dengan cuaca hujan ,kelewatan pembekal menghantar lembu hinggalah ke saat penyembelihan ...semua itu dapat diatasi dengan Selamat dan Jayanya...
CREDIT harus diberikan pada Mastermind projek ini iaitu Puan SyABAR & Suami En Md Noor dan tak lupa pada Puan Salina ( Tauke Ayam ) dan suami Bro Rohaizad, ......Hanya Allah yg dapat membalas PENGORBANAN kalian....
Dj Epoi tahun ni......1st time juga melibatkan diri secara dekat dalam kerja2 penyembelihan ini...memandangkan tahun ni Agak Berani ckit ( Fobia Tgk Darah )
Ucapan Terima Kasih & Salam Kenal juga diucapkan pada semua yg terlibat hari itu, Buat Mak Ndak & Pak Ndak ( ISMA CATERER ) lauk pauk yg dimasak hari tu memang sedap bangat!! heheheh
Dj Epoi Dan Saiful Nazim ( Adik Dj Epoi )

Harapan Dj Epoi Agar permulaan yang baik ini dapat diteruskan bagi memupuk semangat Persaudaran Diantara Kita Semua.....
Mewakili Tuan Tanah KEDAUN.... ( Puan Yasmin & En Md Noor ) Memohon Maaf kirannya ada terkurang apa jua didalam menjalankan Majlis Korban ini....anggaplah ini langkah pertama dalam seribu langkah yg akan kita lalui bersama...
Terima kasih diucapkan buat semua jiran/sahabat handai /keluarga yang sudi meluangkan masa.
Jutaan terima kasih buat ( RESTAURANT FARIS RZ & KATERING ) En RAMLI & Pn Zihan sudi bersama dan mendermakan LEMBU tersebut buat kami...Hanya Allah yg mampu Membalasnya...

Gambar Bro yg menyembelih Lembu pada hari tersebut bersama Saiful Naim & Bro Mus (Tauke Bas - Baju Hitam )
Orang Kuat Majlis - Puan Salina ( Tauke Ayammas )bertudung Cokelat & Kak Ba'Yah Isteri Abg Mus ( Tauke Bas )
Gambar Atas - Kebanyakkan Cooks yang terbaik dalam Dunia adalah dari Kaum ADAM

Gambar Bawah-Ketua Tukang Masak .......Pak Ndak & Mak Ndak....Syabas!!!! Sedap!!!!

Antara Gegambaww candit waktu tengah belasah SUP GEAR BOX
Gambar Rakan2 yang menati sehingga jam 2 pagi heheheheh ...menunggu Lembu Misteri

P/S Kekadang nk tergelak juga bila ingat gelagat si Penyembelih pertama ( Ketawa dalam hati dah la eik!!!! ) NAWAITU...biar Betul hehehehehehh
P/S -Terima Kasih Buat Kakak Tersayang KAK MIN ( SyABAR ) & Bro MD NOOR....bagi kitaorang semua adik beradik tumpang BERAYA kat sana.
P/S - Terima kasih buat Bro Mus yang copat2 carik back up utuk tukang sembelih eheheh
P/S - Tahun Depan kalau ader lagi jangan lupa jemput Dj Epoi sekeluarga eik!!!
SyABAR & BrO MD NOOR sekeluarga

Tahniah Buat semua...

Sunday, December 7, 2008

Lembu..MISTERI....!!!!!

Salam......Salam Aidil Adha Buat Semua Rakan Blogger

Sebenarnya sehingga jam sekarang 11.18 malam lembu yg dinanti-nantikan masih tak muncul 2 lagi........kepala Gua dah naik biul dah tunggu lembu ni!!!...tension x10....,Mana idaknya besuk dah nak raya....semua persiapan dah dilakukan dari Tukang sembelih yg Gua dah booking.. sampai la.a.a.a rempah ratus untuk menyiapkan sup GEAR BOX.....janji jam 11 pagi pastu tukar jam 12 pulak pastu jam 5..........pastu postpone lagi jam 7...entah berapa kali postpone daaaaaaaa!!!!!!
(Mastermind) projek ni Guanyer Sister(SyABAR) dah kehulu-kehilir dari pagi tadi sampai skang.....pendek kata Mandi LEMBU....Minum LEMBU....semuannya LEMBU hariini.....makan pon dah tak lalu katanya..hahahahah..sabar...sabar eik....SyABAR....
Bila senang nanti Gua update lagi citer LEMBU ni...eik......

Kita layanz dulu gegambor Orang dok tengah tunggu lembu......!!!!!


Abg Ipor Gua ngn Bro Rohaizad dah zzzZZZZZZZ tunggu lembu yg tak kunjung tiba!!!!!
Kekawan semua yg terbaca ENTRY ni.....doakan agar kemuncululan Lembu Misteri ni eik...

BRO ROHAIZAD ( A.J.K LEMBU ).....tidur2 ayam.. tunggu LEMBU MISTERI

P/S Salam AIDIL ADHA.......
P/S Buat SiRibenMerah...gua pinjam gambow lembu lu dulu eik..memandangkan lembu gua masih lagi jadi MISTERI......

DJ EPOI

Friday, December 5, 2008

10 Kebaikan COCA COLA






10 Kebaikan Coke...Cubalah! !!

Cubalah korang sumer terai dan buktikan secara saintifik.

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais! aduhhhhh meleleh beb!!!

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC, time
raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

P/S Dj Epoi tertarik ngn citer ni sebab gua adalah salah sorang yang finatik untuk kumpul koleksi COCA COLA DUNIA....... Inshaallah pas baca citer2 dan kesan yg tak baik, Gua akan cuba buangkan dan kurang minum Coca Cola ni heheheheh
P/S - Gegambor diatas adalah Gua nyer.... WORLD Koleksi Coca Cola yang kat umah.
P/S - Cut N Paste jer ngeh x3

Wednesday, December 3, 2008

Kumbang Yg Disembelih...

Setelah sekian lama Gua ...gua tak upload Entry untuk JALAN2 CARI KENYANG dj EPOI....,Hari ini gua berpeluang melantak KARI KEPALA IKAN ngn kawan2 kat Restaurant E & O ... di Selayang,
Kisah nya bermula dari panggilan Mamat ni yg selalu *kena taruk* ngn gua pasal service tak bagus...,Hari2 Gua *skrewww* bagai nk gila kat company diaorang.......
Konon2 nya nak KAW TIM Guaa ler ceritannya.........
Hambik.........kau!!! satu TENTERA......gua ajak join gi makan sekali ( Satu Office )....haahhahaa padan ngn muka dia....
Restaurant ni sempoi gak menu2 dia....Yg paling Best! UDANG BESAU...( Besau Penumbuk ader kot..) , KARI KEPALA IKAN, SOTONG BESAU yang ader telur kat dalam tu....sedap siuuuuuut!! yg lain tu biasa2 ajer...
Satu sudut Restaurant ni Gua terpandang ader PLAK & Gambar Maria Tengku Sabri ( Pengacara Jalan2 Carik Makan) tengah dok baiiiiknyer...sareeeeek sapedeeeeeeek ngn Krew2 TV3..


Mamat ni tengah dok nak... *KAW TIM* Gua..........( Sorry Beb !!! ) gua bukan spesis tu hahahah

Kesimpulan Kat Sini........
Bagi Gua ..kerja tetap Kerja.....

P/S Buat Korang semua yang melantak tadik....hehehheeh bila time korang ....jangan lupa Gua plak hahahahah
P/S Kesian Mamat tu...entah berapa ratuih ler kna bayor tadi ..gulp..guulp...guuuuuuuuuulp

Dj Epoi & Suked Merempit !



Salam.....
Setelah hampir 2 tahun Gua tak Merempit ketempat kja...Hari ini Gua kembali manjadik MAT REMPIT..... tapi Gua tak keseorangan..beb!!! Gua ditemani oleh sorang Minah Rempit yang gambor kat bawah tu.......hahahaha
Agak2 korang Motor Num berapa yg kita orang naik eik!!
1? 2? 3?4?5?6?




P/S Korang Bayangkanlaaaaaaaa.....Gua yg sebesau anak Gajah ni....naik ngn bini Gua yang nak masuk 7bulan ngandung naik motor num 4 gi kja pg tadi!!! Perghhhhh camana la.. kan.. naik Yamaha EGO tu..?
Antara Kenangan Terindah & Sejarah yg Gua dan Isteri Gua Catat Hari Semalam...
  • Best dapat naik motor together2 kembali walaupon dua dua dah bersize 3 x XL ,waktu on the way g tempat kja langsung kitaorang tak toleh kiri kanan heheheh... takut orang gelakkan..siutt.
  • Toringat kembali zaman cintan dolooooooou 2
  • Sempoi...pasal tak tempoh banyak traffic jam!
  • Takkan Gua nk suruh Bini Gua duduk atas Tayar Motow Besau yg lain tu plak,...dah la seat nyer satu ajeeeer..
  • Sampai office kekawan Gua semua kih..kih..kih kat gua..
Antara Koleksi 2 Motor Kesayanagn Gua dan adik Gua.......

Dj Epoi Live To Ride
Ini ler Motornyaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Tuesday, December 2, 2008

DeCor STONE


Projek Fantasia kali ini membawa anda untuk belek-belek gambar2 Batu/Stone untuk Wall Decoration....
Terdapat banyak jenis2 batu DECO yang permukaan nyer berbagai- bagai jenis.....ada yang kecik, yang besau, yang licin....baik pon yg berkerutu macam * bontot kuali* hahahaha...
Setengah dari batu2 yg Gua tunjukkan ni adalah diimport dari NEGARA ASIA spt Myanmar, Thailand, China,Burma, Indonesia, India dan lain2.
Agak kurang batu2 Deco ni diimport dari negara Asia Barat seperti Egypt, Turki tak kurang dari Italy, Spain dan negara2 yg sewaktu dgnnya....
Harga bagi batu Deco ini ada yg mengikut Kilogram, Keping, Meter Square dll.....
Untuk Detail2 seperti ,Teknik Pemasangan,Teknik Penjagaan Batu,Keburukan,Kebaikan & Kesesuaian area yang nk dipasangkan nanti Gua ceritakan lagik k.....Layanzzzzzzzzzzzzzz






Ada sesetengah Deco Stone ni dah *dicplak* dan dibuat di Malaysia Esp Sungai Buluh......






Batu Kat Atas ni adalah Batu Yg Gua Paling Suka!!! Ianya Dipanggil JURA STONE...ataupong ader org Panggil JURASIC STONE...cantik,sempoi, kemas,less maintenance & sesuai dipasang kat mana2 saja...

P/S- Gua tak leh nak tulis banyak2 pasal Gua nyer Advisor dah bagi signal kat gua heheheh..
P/S- Klau ader aper2 pertanyaan korang boleh email kat gua - epoi8787@yahoo.com tak pon tinggalkan comment anda kat blog ni ok..

SELAMAT ber DECO!!!

Monday, December 1, 2008

2nd Award ( TINIE )

Alhamdulilah Syukur x 3
AWARD ni adalah yg ke 2 yang Gua Dapat!!!!!! Walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
Memang gua tak sangka dalam minggu yg penuh serabut ni ( Kereta Gua Excident, Van Gua Rosak )Muncul plak Kegembiraan dari rakan semua.....tq..tQ..TQ
Award ni gua dapat dari Sis Tinie ( GENG!! STESYEN BAS LAMA ALOR SETAR ) Gua Panggil dia MIE/TINIE
Gua memang respek betui ngn Sis Tinie nie...yang banyak membatu Gua dengan tak jemu2 tunjuk ajar dalam line IT nie.. almaklumlah Gua Budak Sekolah DARULAMAN..tak macam Budak2 Sek ASMA hahahahah.....
Gua nak habaq mai kat hangpa ...memang Sis Tinie ni memang layak sesangat mendapat AWARD darik kekawan Blogger semua disebabkan dia ni cukup sifat2 BLOGGER TEGAR!!

Terima Kasih laaaa..kat LU..yang menghargai Gua ..

Award ni juga Gua nak share ngn rakan2 Link Gua yg tak jemu2 bertandang kat Blog Gua.....korang ambik ler gambow AWARD ni dan masukkan dalam blog korang sekali lagi eik....,Tak yah ler Gua nk minta menda2 kat korang .....pandai2 ler korang rajin UPDATE BLOG...kerna itu adalah salah satu syarat yg wajib untuk menjadi BLOGGER TEGAR !!! tak gitu Tinie..hehehe lebih2 plak gua nikan? Pandai2 ajer.........buat syarat.
7 Org yg Gua Pilih untuk berkongsi AWARD ini adalah
SUKED - Isteri Gua yang tak jemu2 support/berkongsi BLOG EPOI8787 nie..
SyABAR - Kakak Kandung GUA & PENASIHAT PERIBADI Gua
Bro Rampage - Geng Satu SeLUar ngan Gua
Bro Apai -Designer Gila Babai Gua...
Sir Pajil - RakanBlogger
Mesin Fikir [ Nadi Naluri - Designer Name Card Gua
Khaiser - Rakan Baru Blogger Gua yang dulu menggunakan nama LIPIS GUYS
Haji Saadon ( Trainie Gua - ADIK HIDZIR )

Buat Tinie maafkan Gua .....dah terlebih laa plak AWARD yg Gua kasik ...orang kata alang-alang nk kasik!!! hahahah ( Terlebih 1 Org )
P/S - Buat Diamilikku, Sis Maria, Sabrosa,Princes Aurora, korang sumer tak yah lah!!! dah melambak dah AWARD yg korang dapat heheheheh ( Gurau jer ..!!)
P/S - Tinie & Sis Maria ...Inshaallah TAG-TAG tu akan terjawab dalam masa terdekat nie!

Dj Epoi Sentiasa
APASALAH REZKI YG TUHAN KASIK , KITA SAMA2 KONGSIKAN!!!

1st Award ( Diamilliku )

SalamSyukur...shukur..shukur....
Ini adalah award yg pertama Gua dapat since gua join Blogger ni.......

Terima kasih buat Diamilikku http://diamilikku.blogspot.com/ yg memberikan dan mengahargai Gua yg tak sampai setahun jagung dalam jalur lebar ni.....
Harapan gua ttg Award hari adalah lebih cenderung kearah TALI SILATURRAHIM diantara blogger 2 semua....
Macam rakan2 yg lain....Gua rasa award ini pon Gua nk SHARE juga dengan rakan link Blog Gua...yg selalu belek..belek gua nyer blog..,korang sumer memang sempoi !!! tanpa korang saper laaaaaaaaa... yg nk comment dalam blog gua....hahahah
Setinggi tinggi penghargaan ini Gua tujukan buat TINIE ( Geng2 Stesyen Bas Lama )Miza Radiana dan kawan Budak sekolah ASMA.
Terima Kasih juga pada rakan2 Blogger yg Lain
TINIE - Orang yg bertanggungjawab join Blogger http://nahartini.blogspot.com/
Hieder ( Student Training Gua ) IT Advisor http://jurnalislam.blogspot.com/
Bro Rampage ( Music Enggineer Gua )http://rampagejoe.blogspot.com/
Sis Maria ( Rakan Blogger )http://mariafaizal-homesweethome.blogspot.com/
Princess Aurora ( Rakan Blogger)http://princessaurora222.blogspot.com/
BrO APAI ( Mech Designer )http://biszign.blogspot.com/
Sabrosa ( Rakan Blogger )http://mysabrosa.blogspot.com/
Kaiser ( Rakan Blogger )http://serijenerus.blogspot.com/
Mesin Fikir ( Designer ) http://rubinayunal.blogspot.com/
Dan rakan2 Yg Lain

Award ni Gua nk ksik pada rakan yg senasib ngn Gua sebelum ni...( Yg Tak Pernah dapat AWARD )heheeheheeheh , semoga AWARD ni dapat membuatkan Anda Rajin2 Update Blog heheheh....Yg Paling Penting TALI SILATURRAHIM sesama kita.....
SUKED......ISTERI TERSAYANG DJ EPOI.....i lap u
SyABAR
BRO RAMPAGE

HEIDER
BRO APAI
KHAISER

P/S Masukan AWARD ini dalam Blog korang Tau!!!
TQ Diamilikku, Bro Mizan & Bakal menantu Gua gibik-gibik...ALESHA. hahahahah...jgn mare ehhh..